Pengikut Blog Panglima

Translate

Video Pilihan

23 Jun 2013

Black505: PR Tak Sempat 'Superimpose' Gambar Kerana Red Bean Army Dah Lumpuh ?

Panglima yakin Red Bean Army masih ada namun memperlahankan gerakan mereka. Satu Suruhanjaya perlu ditubuhkan untuk menyiasat dana RM 1.4 bilion sejak 6 tahun lalu yang dikatakan disalur kepada pasukan ini.

Kita juga jangan berlengah lagi perlu memperkasakan jentera siber kita yang masih berterabur dan bertempur sesama sendiri.Ada juga yang sudah berundur kerana kecewa tidak dipeduli.

Sayang jika semangat anak muda dan anak tua yang rajin berkorban masa tenaga dan dana sendiri demi cinta mereka kepada negara tidak dikumpul dalam satu pasukan ! 

Mereka perlu dipimpin dalam satu pasukan bawah satu arahan. 

Sekali lagi Red Bean Army perlu disiasat hingga ke akar umbi. Malaysia akan sangat berterima kasih jika pihak berkuasa dapat banteras pasukan ini hingga ke akar umbi.

Baca artikel portal IsuHot di bawah :


Dalam himpunan-himpunan anjuran PR yang lalu, mereka cukup pantas mengemaskini berita secara langsung lengkap dengan gambar-gambar yang memberi kelebihan di pihak mereka.  Bukan itu saja, mereka juga pantas membuat superimpose ke atas gambar-gambar yang mana dilihat 'kurang sempurna' terutamanya jika jumlah peserta kurang memuaskan, bagi menambah bilangannya.

 

Kali ini, peserta Black505 hanyalah lebih kurang 10,000 dan tidak mungkin akan mampu mencapai lebih dari 20,000.  Namun, hairan sekali kerana sehingga kini masih tidak muncul gambar superimpose bagi menunjukkan jumlah kehadiran mencapai sasaran iaitu 1 juta dari mana-mana pihak PR, terutamanya Malaysiakini.

 

Malah, di dalam laman-laman sosial juga pihak PR nampaknya tidak begitu aktif seperti biasa sama ada di pihak PAS, PKR mahupun DAP.   Mungkinkah ini kerana Red Bean Army telah lumpuh atau enggan terlibat lagi?

 

Walaupun tidak sempat memalsukan gambar, itu tidak bermakna mereka tidak akan cuba berbohong.  Menurut Johari Abdul, yang memberi ucapan sebentar tadi, jumlah yang hadir ialah 55,000.  Namun, kita pasti jika beliau melayari laman sosial yang rata-ratanya sedang mengemaskini status masing-masing secara langsung berkenaan Black505, maka beliau akan malu sendiri.   Semua gambar yang dimuatnaik dari semua pihak, tidak dapat membantu untuk menggambarkan penyertaan yang lebih dari 10,000.

 


Tidak salah dikatakan bahawa inilah himpunan PR yang paling hambar sehinggakan khabarnya terdapat beberapa kumpulan peserta Black505 memilih untuk pulang ke hotel, mungkin tidak tahan panas atau tidak tahan menghirup 'udara segar dari sumatera'.

 

Tiada apa yang dapat kita katakan kepada puak-puak PR ini selain, 'jihad la sangat!'

http://www.isuhot.com/?p=11455


Sent from my iPhone

Tiada ulasan:

Cari Blog Ini

Translate