Pengikut Blog Panglima

Translate

Video Pilihan

28 Jun 2013

Blogger Pembangkang Perlu Suruh @Anwaribrahim Berhenti Dulu Sebelum Desak @Zahid_Hamidi Berundur !!!


Blog pembangkang http://batuvskayu.blogspot.com/2013/06/zahid-hamidi-disaran-berehat-sehingga.html memetik berita Harakah Daily tentang kes Menteri KDN DS AHmad Zahid Hamidi :


KUALA LUMPUR: Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi harus berehat daripada tugas beliau sehingga siasatan ke atasnya selesai, kata Ahli Parlimen Sepang Hanipa Maidin.

Beliau berkata, Zahid harus berbuat demikian bagi mengelakkan konflik kepentingan dalam kes membabitkan saman seorang ahli perniagaan ke atas beliau.

"Oleh kerana beliau seorang menteri apabila ada satu tuduhan atau kes saman yang mempunyai asas, paling kurang beliau diminta untuk bersara atau lebih baik beliau sendiri meletakkan jawatan.

"Tapi kalau beliau rasa beliau sendiri nak pertahankan jawatan, beliau kena berehat dahulu seperti mana yang dilakukan oleh menteri-menteri Umno yang lain," kata beliau ketika ditemui di Parlimen hari ini.

Mahkamah Persekutuan hari ini menolak permohonan Zahid untuk mengenepikan saman yang dikemukakan ke atasnya oleh seorang ahli perniagaan.

Hanipa yang juga ahli jawatankuasa PAS Pusat juga berharap Peguam Negara melakukan pendakwaan ke atas Zahid dan tidak mengamalkan pendakwaan terpilih.

"Kuasa pendakwaan di bawah Peguam Negara. Jadi saya harap Peguam Negara tidak mengamalkan budaya pendakwaan terpilih terutama apabila melibatkan menteri," katanya.

Zahid dituduh menyerang dan melakukan cubaab bunuh ahli perniagaan Amir Bazli Abdullah, dalam satu kejadian pada 2006.- hd



Panglima : sebelum desak beliau sepatutnya mendesak Anwar Ibrahim terlebih dahulu berhenti dan meletak jawatan dari tugas beliau sebagai Penasihat atau sebagai apa jua jawatan dalam parti atau negeri. Ini kerana beliau masih mempunyai kes di Mahkamah yang diperingkat Mahkamah Rayuan. Dijangka kes beliau akan didengar pada 22 Julai 2013

Ini baru betul dikatakan seimbang dan selari dengan apa yang diperkatakan oleh mereka. Jangan menuding jari kelingking berkait.

Jangan hanya menyerang tetapi membuatkan kebodohan anda yang memang selalu menyokong perkara bodoh dan orang bodoh terpampang di pandangan mata pembaca dan rakyat Malaysia.

Apa motif semua peguam Pakatan anak beranak Karpal Singh tangkas membela mangsa ? Nampak  dalam fikiran kita bahawa dendam mereka kepada Kerajaan BN mahu dilunaskan di mahkamah bukan melalui pilihanraya.

Pernahkah Nik Aziz meletak jawatan atau berehat ketika menantunya disiasat ? Pernahkan ada jaminan dibuat bahawa beliau semasa menjadi MB tidak akan campur tangan atas kes menantunya Arif Fahmi ?

Tindakan polis jangan dikaitkan dengan Menteri atau disebut dipengaruhi oleh Menteri kerana pada awal hari beliau dilantik sudah jelas bahawa Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi memberi jaminan tidak akan mengganggu tugas polis yang telah menjalankan tanggungjawab menangkap pesalah yang melanggar perlembagaan negara.

Jika ini juga mahu dijadikan 'modal' politik maka kita yakin suasana di dalam negara tidak akan aman sampai bila-bila jika masih ada manusia yang bermentalitikan bahawa semua perkara perlu dipolitikkan.

Perkara ini perlu diselesaikan antara Menteri KDN  dan pengadu yang membuat dakwaan kes yang berlaku 7 tahun yang lalu dan tidak perlu dicampur oleh pihak yang hanya mahu mengaut keuntungan atas kejadian yang berlaku.




Tiada ulasan:

Cari Blog Ini

Translate