Pengikut Blog Panglima

Translate

Video Pilihan

02 Julai 2013

Blog Panglimaperangcyber @panglima_cyber Akan Dihentikan Serta-Merta Mulai Malam Ini - Maaf PM @NajibRazak @MuhyiddinYassin @Zahid_Hamidi

Assalamualaikum warahmatullah taala wabarakatuh.

Pertamanya jutaan terima kasih panglima sebagai admin blog ingin ucapkan kepada semua pembaca blog panglima sebanyak 4.5 juta dari seluruh dunia semenjak 2008 - 2013 yang tidak dikenali siapa dan apa jawatan mereka.

Keduanya blog panglima ini akan berhenti mulai malam ini atas sebab tertentu yang sukar ditulis lebih terperinci di sini. Biarlah perit di hati Allah sahajalah mengetahui. Lintasan ini tiba-tiba hadir di kala memandu pulang sebentar tadi tanpa ada sebarang perkara terjadi.

Antara sebabnya yang paling utama (yang boleh dikongsi) ialah panglima perlu menumpukan kepada soal mencari rezeki tambahan untuk melunaskan hutang-hutang bertimbun keliling pinggang. 

Bukan sesekali mahu khianat kepada perjuangan!!


Mohon maaf atas pengunduran secara mengejut ini dan sesiapa yang mahu mengambil alih tugas mengemaskinikan blog tidak seberapa ini, boleh hubungi panglima melalui email atau sms.

Jika dapat dihulurkan sedikit sumbangan untuk membayar hutang yang ada tentu ia lebih bermakna agar hutang yang banyak ini akan dapat dilunaskan.

Siapakah yang mahu boleh email panglimaperangcyber@yahoo.com untuk proses saringan. 

Hanya terbuka kepada pejuang sejati alif ba ta yang berani berjuang bukan kerana sesiapa tetapi kerana Allah dan RasulNya.

Jika tiada yang berminat mungkin blog, termasuk juga Facebook dan Twitter akan ditutup buat selama-lamanya. 

Sedikit kekecewaan bila selepas PRU nampaknya pejuang maya yang ikhlas dan berjuang tanpa mengharap nama atau ganjara seperti sudah dipinggirkan. Di saat kita sedang menuju PRU14 yang lebih mencabar dengan kehadiran pengundi muda yang sangat obses dengan media siber.

Biarlah yang lebih pandai menulis kertas kerja minta projek, menipu, mencarut, menyerang sesama sendiri, mendedahkan rahsia serta pandai membodek meneruskannya. Malaysia tidak akan goyah kerana blog picisan ini terhenti.

Sekali lagi mohon maaf sepanjang 5 tahun menulis dan mengemaskini blog di sini jika ada salah dan terkasar bahasa.

Semua kekuatan yang datang ini tidak lain tidak bukan semuanya kerana semangat ingin menyedarkan orang Melayu Islam agar kembali kepada Islam dan Ahli Sunnah Wal Jamaah. Yang mahu kita mentaati Raja, pemimpin, ulama dan berkasih sayang sesama Islam dan menentang kafir harbi (yang anti Islam) yang mahu merosakkan Islam.

Semua pemimpin atau ulama yang memperjuangkan Ahlu Sunnah Wal Jamaah dan bagus dalam kepimpinannya memang sememangnya selalu diangkat dalam pena panglima begitulah sebaliknya.

Semoga pengganti panglima nanti lebih baik dan mampu mengemaskini blog dengan lebih baik kupasan dan analisanya.

Sekian, wasslam.



Sent from my iPad

12 ulasan:

Cahaya Al Majid berkata...

Salam Bro. Minta maaf sekiranya tulisan ini 'menyinggung perasaan saudara".
Bro!! Sekiranya kita berjuang atas nama Allah dan Muhammad s.a.w , tiada keperluan untuk saudara berhenti kerena perjuangan 'memertbatkan' Islam sememang ditangan kita dan bukan pemimpin. Jangan jadikan 'wang' sebagai pertaruhan untuk kita berjuang. Sekiranya kita berjuang kerana seseorang manusia, memang kecewa, tetapi sekiranya kita berjuang kerana Islam, inshaallah..Allah akan membuka jalan 'lain' untuk kita. Melakukan kerana 'manusia' dan melakukan kerana ' tanggngjawap' adalah berbeza. Fikirkanlan..gunakan sepenuhnya 'menafaat' saudara untuk kepentingan Islam.

Tkasih.

putri malaya berkata...

Terkejut. Harap fikir semula. Sy juga spt sdra cuma kerjaya berbeza. Bg memastikn islam di puncak kuteruskn jua.

Panglima Perang Cyber berkata...

Salam...saya berjuang bukan kerana wang.jika wang jadi taruhan sudah pasti hamba akan serang macam jenis orang untuk dapat wang perlindungan.

Wang perlu untuk bayar hutang bukan untuk bersukaria ke luar negara hidap curut beratus harga bergaya dengan kereta mewah dan sebagainya...

Kita perlu wang untuk lunas hutang dengan manusia dan jangan kerana wang kita gadaikan segalanya.

Tanpa Nama berkata...

tiada apa yang dapat diungkapkan hanya ucapan SELAMAT MAJU JAYA didalam apa jua urusan yang dilakukan. pemergian tuan sangat dikesali tapi saperti kata tuan keperluan peribadi patut diutamakan walau pun perjuangan itu berkait agama, bangsa dan negara tercinta.

Unknown berkata...

aku setuju kata2 admin...kalau dia guna platfom ini untuk UGUT ORANG kompom tercirit2 mai hulur duit pada admin...tapi admin bukan begitu :)

Ari berkata...

lek r bro..rehat2kn badan dlu.mungkin penat sgt tuh.dimana ada kemahuan disitu ada jln.aku dan ramai lg yg senasib dgn lu bro.yakin pada diri bro..harap bro dpt memikirkn semula.maaf klu x membantu

Suman berkata...

Salam PPC,
Gunakanlah bulan Ramadhan yang mulia ini untuk tuan berehat dan berfikir tentang hala tuju masa depan.
Wang bukan segala-galanya...
tetapi dizaman ini,
Segala-galanya memerlukan wang.
Kami faham, hormat dan menyokong apa jua tindakan yang bakal tuan ambil.
Semoga mendapat apa yang dicari.

Panglima Perang Cyber berkata...

Benar.saya cuba setakat mana terdaya moga doa anda dimakbulkan Allah untuk memudahkan urusan saya.

Panglima Perang Cyber berkata...

Saya sangat sayangkan blog ini namun jika ada yang lebih baik apa salah ditukar kemudi.

Panglima Perang Cyber berkata...

Biar susah dihormati bukan kaya dikeji

Panglima Perang Cyber berkata...

Orite Bro. Tqvm atas kata motivasi anda.

Panglima Perang Cyber berkata...

Benar saudara. Kita perlu berjuang untuk negara tetapi apa guna jika tidak ada pemimpin yang perhatin nasib kita.

Cari Blog Ini

Translate