Pengikut Blog Panglima

21 Julai 2013

Dakwat kekal: Wan Ahmad jawab @RafiziRamli & Dedah Sebab Daftar Pemilih SPR Tidak boleh Dicabar Di Mahkamah

Timbalan Pengerusi SPR Datuk Wan Ahmad Omar nampak 'tak goyang' langsung dengan dakwaan Pengarah Strategi PKR Rafizi Ramli kononnya beliau dan Pengerusi SPR Tan Sri Aziz Yusof ada hubungan rapat dengan syarikat pembekal dakwat kekal yang digunakan semasa pilihanraya umum ke 13.
kb-wandakwatMalah beliau menyifatkan Ahli Parlimen Pandan itu tidak lebih dari ' penabur fitnah'.
Wan Ahmad berharap Rafizi terima akibat kerana buat fitnah pada bulan puasa tuduhnya dan Pengerusi SPR Tan Sri Aziz Yusof ada kaitan dengan pembekal dakwat kekal pada PRU 13.
"Tak apalah jika dia mahu mengatakannya pada bulan puasa, biarlah dia menghadapi akibatnya. Kita tidak ada masa untuk melayan orang yang menabur fitnah," kata Wan Ahmad dalam sidang akhbar Pangkalan TUDM Gong Kedak dekat Kuala Besut selepas memantau  proses pengundian awal pilihanraya kecil di situ Sabtu.

Bagaimanapun, beliau belum memikirkan sama ada mahu mengambil tindakan undang-undang terhadap Rafizi kerana dakwaan tersebut.
Minggu lalu, Rafizi menggunakan sidang Dewan Rakyat mendakwa setiausaha dan pengerusi SPR itu mempunyai hubungan rapat dengan pembekal dakwat kekal bagi PRU lalu.
Rafizi kemudian mengulangi tuduhan di luar Parlimen tanpa menyebut nama kedua mereka secara spesifik.
Kenyataan seorang Ahli Parlimen dalam sidang Dewan Rakyat dilindungi oleh imunitui Parlimen manakal di luar tidak.

kb-wan5xx
Wan Ahmad berkata, tuduhan itu tidak benar sama sekali dan menganggapnya sebagai satu fitnah dan pembohongan.
Katanya, beliau dan Abdul Aziz tidak mengendalikan perolehan dakwat kekal itu secara langsung, tetapi sebaliknya, tugas itu diamanahkan kepada urusetia dan Setiausaha SPR, Datuk Kamaruddin Baria.
Katanya, mereka mematuhi sepenuhnya peraturan prosedur Kementerian Kewangan.
"Sebagai ahli Parlimen sepatutnya mereka tahu perkara ini," ujarnya
Dalam perkembangan lain, Wan Ahmad menegaskan Seksyen 9A Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 (Pindaan 2002) yang melarang campur tangan mahkamah ke atas daftar pemilih yang digazetkan tidak boleh digugurkan bagi melancarkan proses pilihan raya.
Katanya, jika peruntukan bagi seksyen itu digugurkan, suruhanjaya itu akan berhadapan dengan masalah untuk melaksanakan sesuatu pilihan raya mengikut Perlembagaan Persekutuan.
"Jika kita benarkan daftar pemilih dicabar di mahkamah, bila kita nak buat pilihan raya? SPR nak guna daftar pemilih yang mana kerana orang asyik mencabar di mahkamah.
"Kalau parti politik atau orang ramai secara berterusan mencabar keputusan mahkamah, kita tidak dapat buat pilihan raya," katanya.
Beliau mengulas mengenai gesaan pembangkang supaya kerajaan menggugurkan pindaan Syeksyen 9A Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 yang menyebabkan daftar pemilih yang digazetkan tidak boleh dicabar di mahkamah oleh mana-mana pihak.
Beliau berharap semua pihak termasuk pembangkang yakin dengan daftar pemilih SPR kerana ia melalui beberapa proses perundangan sebelum digazetkan.
"Sebelum SPR gazetkan daftar pemilih, ia telah melalui pelbagai peringkat proses undang-undang.
"Kita buka kepada proses bantahan, siasatan awam, pengesahan bantahan sebelum ia boleh digazetkan," katanya. – 20/7/2013- OLEH ROSLAN BIAN



Sent from my iPhone
Catat Ulasan