Pengikut Blog Panglima

Translate

Video Pilihan

18 Julai 2013

MKDN @Zahid_Hamidi Ibaratkan @PDRMsia Tiada Gigi Tanpa Akta Seperti EO !!!




Akta seperti EO perlu diwujudkan segera demi mengelakkan kejadian tembak menembak semakin berleluasa. Ketika jenayah meningkat Kerajaan dipersalahkan sedangkan pembangkang yang mendesak Akta pencegahan jenayah seperti EO pula tidak dipersalahkan oleh mana-mana pihak. Sedangkan punca akta dihapuskan tidak lain kerana desakan pembangkang. 

Kita harap pembangkang akan bangkit mendesak akta mengatasi jenayah dilulus segera demi mengelakkan kegiatan jenayah berleluasa walaupun kita sedar bahawa selama ini peguam dari kalangan pemimpin pembangkanglah yang sering membela penjenayah ini demi mengaut keuntungan politik yang tidak seberapa. 

Tahniah MKDN kerana menyuarakan perkara yang menimbulkan kerumitan kepada pihak PDRM ini yang pasti akan membawa kepada lemah semangat mereka untuk terus berdedikasi menegakkan Perlembagaan Malaysia demi keamanan semua jika dibiarkan.


Tiada ulasan:

Cari Blog Ini

Translate