Pengikut Blog Panglima

Translate

Video Pilihan

14 Julai 2013

@Umnoonline : Duta Vatican City Tak Wajar Keluar Kenyataan Timbulkan Kegelisahan Umat Islam - Menteri Jamil Khir

KUALA LUMPUR, 13 Julai – Tindakan Duta Vatican City Ke Malaysia Biskop Joseph Marino mengeluarkan kenyataan berhubung penggunaan kalimah Allah bagi penganut Kristian di negara ini tidak sepatutnya berlaku kerana menimbulkan kegelisahan awam serta boleh menggugat perpaduan rakyat Malaysia.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata kenyataan itu amat tidak wajar dikeluarkan mana-mana pihak sebagai menghormati sensitiviti umat Islam di negara ini.
“Sikap bertoleransi antara agama di negara ini sewajarnya diambil kira oleh semua pihak dalam mengeluarkan kenyataan yang boleh ditafsir sebagai mengganggu keharmonian antara agama di Malaysia,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Beliau menarik perhatian bahawa Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan sebelum ini memutuskan kalimah Allah hanya khusus diguna pakai oleh umat Islam di Malaysia dan tidak wajar disalah guna oleh mana-mana pihak.
“Saya menasihatkan semua pihak untuk tidak mempolemikkan isu kalimah Allah ini sehingga ia diputuskan di mahkamah kelak,” katanya.
Sebuah gabungan pertubuhan bukan kerajaan Islam-Melayu semalam mendesak kerajaan mengusir Biskop Joseph Marino berhubung tindakan beliau mengeluarkan kenyataan yang didakwa, antara lain, memuji hujah Persekutuan Kristian Malaysia berhubung penggunaan kalimah Allah dalam kalangan penganut agama itu di negara ini.


Panglima : setiap apa yang berlaku mesti ada isyarat di sebaliknya. Keberanian wakil Vatican City di Malaysia ini harus dilihat dari konteks yang luas dan menyeluruh. 
Secara umumnya apabila pihak Kristian berani menimbulkan perkara yang sensitif ia mungkin satu tindakan untuk membela agama yang dianuti dan diperjuangkan olehnya. Ia akan dilihat sebagai tindakan cukup berani demi agama Kristian yang akan diganjari dengan kemulian di sisi Tuhan Jesus mereka percayai.
Namun di sisi umat Islam ia akan menjadi satu ancaman apabila hak kalimah suci Islam cuba digunakan oleh penganut agama Kristian. Di saat ia telah diputuskan dan sudah menjadi satu ketetapan di sisi undang-undang yang tidak boleh dipersoal oleh bukan Islam. Apatah lagi cuba dibangkitkan oleh seorang tokoh agama Kristian yang menjadi wakil di sebuah negara majoriti umat Islam bernama Malaysia.
Sikap ini jika tidak diikuti dengan tindakan meminta maaf dan mengenakan tindakan sewajarnya kepada wakil bernama Biskop Joseph Marino sudah tentu ia akan menunjukkan pihak Vatican bersetuju dan tidak kisah ia dijadikan isu. Sedangkan di dalam usaha memelihara keharmonian antara agama, ia akan dilihat sebagai usaha yang mengundur ke belakang bukan sebaliknya.
Sesungguhnya kejadian yang berlaku ini menggambarkan bagaimana pihak lain berani menolak ketetapan pihak Majlis Fatwa Kebangsaan akibat perpecahan sesama kita sendiri. Harii ini jelas PAS masih lagi tidak dapat menerima perjuangan UMNO menegakkan Islam dengan dilemparkan berbagai tuduhan yang tidak enak didengar atau dibaca oleh kita.
Allah Taala sendiri telah mengingatkan kita bahawa perpecahan akan melemahkan umat Islam bukan memperkuatkan mereka dan ia juga akan menjadi punca hilangnya kehebatan umat Islam yang sepatutnya digeruni sehingga tidak berani diusik sedikitpun hak agama kita oleh mana-mana pihak.
Perkara ini tidak patut berulang lagi dan patut dikritik oleh semua pihak yang mahu melihat keamanan kekal meliputi kehidupan setiap nyawa di tanah tumpah darah tercinta ini. Kecualilah mereka mahu melihat Malaysia menjadi sebuah negara yang berbunuhan antara agama ekoran tindakan pihak tertentu mengkritik perkara yang menjadi lambang kesucian agama Islam sehingga menimbulkan kemarahan tidak terperi penganut Islam yang membawa kepada tindakan luar kawalan.
Kepada pihak Vatican City elok dibuat tindakan segera memanggil pulang wakil mereka demi menjaga keharmonian antara agama dan demi mengelakkan dari persepsi bahawa pihak gereja seakan menyokong suara pembangkang yang turut memperjuangkan perkara yang sama.
Berhati-hatilah berbicara wahai Bishop !

Tiada ulasan:

Cari Blog Ini

Translate