Harga RON97 dinaikkan 15 sen kepada RM2.85 seliter mulai tengah malam ini.
Presiden Persatuan Peniaga Petroleum Malaysia (PDAM) Datuk Hashim Othman mengesahkan kenaikan harga itu dalam temu bual dengan Bernama Rabu.
Beliau berkata harga RON97 perlu diselaraskan berikutan kenaikan harga minyak dunia, selain ringgit yang susut nilai berbanding dolar Amerika Syarikat (US).
RON97 tidak disubsidi oleh kerajaan dan harga ditentukan oleh apungan terurus berdasarkan kuasa pasaran.
Harga minyak dunia meningkat dengan minyak mentah Brent meningkat kepada AS$115.56 setong berikutan kebimbangan terhadap ancaman oleh Amerika Syarikat untuk menyerang Syria yang akan menjejaskan bekalan minyak Timur Tengah.-4/9/2013
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Berikan pendapat anda sebanyak di sini.
Komen menyalahi undang-undang akan ditanggung oleh penulisnya..
Tapisan tidak dibuat di blog ini.
Cuma ulasan mencarut dan sewaktu dengannya akan dipadamkan.