NANNING - CHINA. Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mustapa Mohamed meminta rakyat supaya bersabar dan memahami bahawa tindakan kerajaan mengurangkan subsidi bertujuan mengelak kesan yang lebih buruk atau "meletup" pada masa depan.
"Rakyat kena bersabar dan faham apa yang kita buat, semuanya semata-mata untuk kebaikan rakyat dan kerajaan. Kalau kita teruskan (subsidi), akan bagi kesan yang lebih serius kepada negara," katanya.
Beliau berkata kerajaan memberi subsidi untuk barangan keperluan seperti tepung, minyak masak, tong gas dan sebagainya, namun kerajaan mesti mengawal defisit yang boleh menjejaskan penarafan kredit Malaysia.
"Apabila defisit kita bertambah, penarafan kita menurun, persepsi negara negatif, dan ini akan menjejas pelaburan masa depan dan menyusahkan cucu-cicit kita, kata Mustapa pada sidang media selepas perbincangan dengan peserta pameran Malaysia pada Ekspo China-Asean ke-10 (CAEXPO).
Semalam, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan kenaikan harga petrol RON95 dan diesel sebanyak 20 sen seliter berkuat kuasa pada Selasa.
Mustapa berharap tindakan mengurangkan subsidi ini tidak memberi kesan yang terlalu besar kepada rakyat.
"Kita akan mengurangkannya secara perlahan-lahan," katanya.
Beliau berkata kerajaan membelanjakan RM20 bilion setahun ke atas subsidi minyak dan gas, yang merupakan angka yang besar.
"Kita bukannya tak boleh beri subsidi... kerajaan akan terus bagi subsidi, namun jumlahnya kena dikawal," katanya.
Pada Julai, agensi penarafan dunia Fitch Ratings menyemak unjuran penarafan kredit Malaysia daripada stabil kepada negatif. - Bernama
Fakta sebenar Malaysia bukanlah dari negara OPEC iaitu negara pengeluar minyak... krn Malaysia juga mengimport minyak dari luar yang tinggi...kadang2 fakta matematik perlu diformulasikan dari pelbagai aspek. Memang kita semua tidak mahu keadaan kenaikan ini, cuma sebagai cerdik pandai kita perlu juga mengkaji dengan lebih mendalam tanpa melibatkan elemen kebencian yg melampau. Masing2 ada pro dan kon... naik ada pro dan kon, turun pun ada pro dan kon. Cuma perlu kajian mendalam sebelum tindakan di buat
BalasPadamPada perkiraan aku macam ini impaknya kepada rakyat berpendapatan rendah.
BalasPadam1. Perbelanjaan minyak kereta. Kalau sekarang rm200 sebulan dah jadi rm220 sebulan. Setahun rm240.
2. Kos kenaikan harga barang seperti barang2 dapur, caj bas sekolah, makan tengahari dipejabat. Kalau sekarang rm500 jika kita tambah 5% aja sudah menjadi rm525. Bermakna kos tambahan setahun rm300.
3. Jumlah kos tambahan setahun menkadi rm540.
4. Kalau pun kerajaan tambah br1m menjadi rm1000 impaknya masih negatif. Net br1m yg diterima rakyat menjadi rm460 setahun.
5. Yg mendapat faedah kenaikan harga minyak ialah peniaga. ada laporan sekeping roti canai yg dulunya berharga rm0.80 sudah menjadi rm1.00, teh O-ais yang dulunya rm1.00 menjadi rm1.30. Caj Bas sekolah akan dinaikkan. Pengusaha teksi minta naik tambang. Pengusaha lori mahu tambah caj sewa.
6. Jadi macam mana ia boleh dikatakan untuk kesejahteraan rakyat. Menyusahkan rakyat adala.
Banyak perkara boleh dijimatkan
BalasPadam