Pengikut Blog Panglima

Translate

Video Pilihan

18 September 2013

@Khairykj ulas cabaran Akhramsyah dan Tun M Sokong 4 Pemuda @lokmanadam @razaliibrahim @jamawijaafarofficial @tunfaisal Jadi MT

Khairy Jamaluddin

SHAH ALAM 17 Sept. - Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin bersikap terbuka terhadap ahli pergerakan tersebut yang bercadang untuk bertanding serta mencabarnya dalam pemilihan parti Oktober ini.

Menurut Menteri Belia dan Sukan itu, langkah tersebut selaras dengan pindaan dalam Perlembagaan parti yang membenarkan sesiapa sahaja bertanding merebut semua jawatan dalam parti termasuk jawatan Ketua Pemuda UMNO.

"Saya sendiri sudah mengumumkan untuk bertanding mempertahankan jawatan Ketua Pemuda UMNO bulan lalu dan mengalu-alukan sesiapa pun yang mahu bertanding mana-mana jawatan dalam UMNO terutama Ketua Pemuda.

"Ini membuktikan pemilihan ini dilakukan secara terbuka dan demokratik," katanya ketika ditemui dalam majlis menandatangani perjanjian penajaan kejohanan Cabaran Golf Tan Sri Muhyiddin (TSM) 2013 anjuran Yayasan Golf Amal Tan Sri Muhyiddin (TSMCG) di sini hari ini.

Majlis itu disaksikan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang juga pengasas TSMCG.

Khairy mengulas laporan berita berhubung pengesahan Akhramsyah Sanusi iaitu anak bekas Menteri Besar Kedah, Tan Sri Sanusi Junid untuk mencabarnya dalam pemilihan parti Oktober ini.

Melalui entri dalam blog beliau thoughtsintangents.blogspot.com, Akhramsyah, 39, memberitahu, beliau berhasrat berbuat demikian bagi mengembalikan kegemilangan pergerakan itu.

Dalam perkembangan lain, ketika diminta mengulas teguran bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad berhubung keadaan tenat UMNO, beliau berkata, parti terbesar orang Melayu itu sememangnya memerlukan peralihan generasi dengan kemunculan pemimpin muda.

"Tetapi, penting bagi kita untuk menggabungkan antara orang muda dan pemimpin-pemimpin berpengalaman. Sebab itu saya mengharapkan perwakilan UMNO memberi sokongan kepada empat calon Pemuda UMNO yang akan bertanding jawatan Ahli Majlis Tertinggi parti nanti.

"Proses meremajakan parti seharusnya sentiasa berlaku dan perlu dilakukan secara gigih. Terjemahannya adalah dengan kita memberi tempat kepada calon-calon pergerakan itu untuk menduduki jawatan berkenaan," ujarnya.

Empat pemimpin Pemuda UMNO berkenaan adalah Naib Ketuanya, Datuk Razali Ibrahim; Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican (Ketua Penerangan Pemuda UMNO); Datuk Sohaimi Shahadan (Pengerusi Biro Ekonomi Pemuda UMNO) dan Pengerusi Unit Media Baharu Pemuda UMNO, Tun Faisal Ismail Aziz.



© Utusan Melayu (M) Bhd 


Sent from my iPhone

4 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Saudara Blogger

Mohon anda siarkan posting ini yang sebelumnya telah saya kirim ke Blog Ridhuan Tee sebagai respon kepada artikel beliau bertajuk Mengubat Hati Melayu. Saya mahu supaya semua melayu yang terlalu ghairah dengan Tahalus Siasi PAS-DAP nampak kesan buruk yang menanti kita (melayu/islam) jika PAS masih mahu berTahalus Siasi dengan DAP. Berbanyak terima kasih dari saya jika anda sudi menyiarkan.

TAHALUS SIASI atau TAHALUS SIAO-SI. Which is which ? (Yang mana satu ?)

(Melayu tidak bersatu hati. Masing-masing mempunyai agenda tersendiri. Melayu tidak mahu dengar nasihat sesama Melayu. Melayu memandang rendah sesama Melayu. Inilah hati Melayu) .. seperti yang ditulis oleh Ridhuan Tee

Benar dan benar dan memang benaaarrrrrrrrr ........

Ini lah dia puncanya melayu semakin lama semakin lemah dalam penguasaan politik di negara ini.

Saudara Ridhuan, izinkan saya menambah sikit lagi kepada kenyataan anda itu ...

" Melayu adalah satu kelombok masyarakat yang hidup penuh dengan kepura-puraan. Melayu juga adalah pelakon yang paling hebat di pentas sandiwara di negara ini "

Saya ada fakta, ini bukan tuduhan liar. Hanya melayu yang " membuta babi " sahaja yang tidak mahu menerima hakikat. Ini dia faktanya :

MELAYU BERSATU HATI, BERSATU MATLAMAT, BERSATU PERBUATAN DALAM SOLAT TAK KIRA SAMA ADA SOLAT NAFSI (SENDIRI-SENDIRI) ATAU SOLAT JAMAAH KERANA AGAMA MEREKA HANYA MENERIMA DAN MENGIKTIRAF SOLAT YANG SEBEGITU RUPA SAHAJA. LALU MEREKA MENIPU TUHAN MEREKA (ALLAH) SEOLAH-OLAH MEREKA BERSATU SEBAGAIMANA YANG DIPERINTAHKAN OLEH TUHAN MEREKA. SETELAH SELESAI SOLAT MAKA MEREKA KEMBALI BERCAKARAN HANYA KERANA MEREBUT KUASA DAN BAHAGIAN, WALHAL MEREKA SEPATUTNYA DUDUK BERBINCANG SESAMA JAMAAH UNTUK MEMBAHAGIKAN KUASA DAN BAHAGIAN SAMA RATA SAMA ADIL DI KALANGAN MEREKA ATAS NAMA SEMANGAT PERMUAFAKATAN ISLAM.

Saya tidak takut mahu mengatakan ADA MELAYU YANG SANGAT SADIS KEPADA TUHAN MEREKA SEHINGGA TERGAMAK BERPAKAT DENGAN MUSUH ISLAM UNTUK MENEGAKKAN ISLAM DI BUMI MALAYSIA INI SEDANGKAN SAUDARA SEISLAM ADA DI SEKELILING MEREKA.

Saya ingin mengingatkan kepada kelompok melayu tersebut HANYA MUSUH ISLAM YANG GILA (SAKIT MENTAL) SAHAJA YANG AKAN DENGAN IKHLAS MEMBANTU ANDA UNTUK MENEGAKKAN AGAMA ISLAM.

Saya ingin bertanya kepada kelompok melayu tersebut ANDAI KATA MEREKA (MUSUH ISLAM) MINTA ANDA MEMBANTU MEREKA BERJUANG UNTUK MENEGAKKAN AGAMA MEREKA ADAKAH ANDA SANGGUP ATAS NAMA TAHALUS SIASI.

Saya ingin memperbetulkan persepsi anda ANDAI KATA ANDA TIDAK SANGGUP UNTUK MEMBANTU MUSUH ISLAM DALAM PERJUANGAN MENEGAKKAN AGAMA MEREKA, SEDANGKAN ANDA DI BANTU OLEH MEREKA (MUSUH ISLAM) DALAM PERJUANGAN UNTUK MENEGAKKAN AGAMA ISLAM .. Jangan anda sebut permuafakatan anda dengan mereka sebagai TAHALUS SIASI .. paling tepat sebut saja sebagai TAHALUS SIAO-SI (KERJASAMA GILA-MATI).

Apa itu TAHALUS SIAO-SI : Satu pakatan diantara dua pihak yang secara terang dan nyata bermusuhan sejak berzaman, dengan matlamat untuk mengalahkan satu lagi pihak yang menjadi musuh bersama mereka, dan setelah berjaya mengalahkan musuh bersama, mereka akan kembali bermusuhan seperti keadaan sebelum terbentuknya TAHALUS SIAO-SI diantara mereka.

Saya katakan pakatan PAS-DAP sebenarnya jatuh dalam kategori TAHALUS SIAO-SI. Maksud saya, setelah Umno berjaya dijatuhkan maka PAS dan DAP akan kembali bermusuhan seperti sebelumnya, malah saya jangka akan lebih dahsyat lagi. Dan akhirnya keamanan dan kesejahteraan negara akan menjadi GILA dan akan ada rakyat yang MATI (Terkorban).

Wahai umat islam khasnya yang menyokong PAS, ingat lah BAHAWA PARA PEMIMPIN PARTI KAMU SEDANGKAN MENGADAKAN SATU BENTUK PAKATAN GILA DENGAN DAP (MUSUH ISLAM) YANG AKHIRNYA BOLEH MENYEBABKAN ISLAM MATI DI BUMI MALAYSIA INI.

Sedar lah kalian sebelum terlambat. Hayati dan fahami kebimbangan yang diluahkan oleh seorang lelaki bangsa Cina yang dahulunya bernama Tee Chuan Seng tetapi kini beliau merasakan dirinya adalah sebahagian daripada bangsa Melayu kerana beliau seagama dengan kita.

Ana Muslimah

Tanpa Nama berkata...

SYUKUR ALHAMDULILLAH dgn. mana-mana pencalonan pejuang Islam/Melayu yg. BERANI dan TULEN!
Asal BUKAN satu lagi Melayu/Islam LIBERAL, yg. dah cukup MEROSAKKAN perjuangan amat BERANI Islam/Melayu, terutamanya lawan MUSUH-MUSUH Islam/Melayu dari puak Satanisme Kristian Zionis DAPSYAITAN/PKR! Patutnya setiap pemimipin UMNO muda dihantar bercuti di kpg-kpg., terutamanya golongan elit, termasuk di rumah panjang, sekurangnya seminggu, dan hidup betul-betul cara kpg (bukan dilayan spt. Tuan) - baru mereka bakal paham kesempitan hidup umat Islam/Melayu dan bumiputera lain yg. miskin, dan turun balik ke bumi, dari percutian elit di hotel lima bintang atau London/Paris dsbnya. Saya pernah melawat kpg-kpg, termasuk rumah panjang, air dari telaga bercacing pun, terpaksa mereka guna!

Golongan Melayu/Islam LIBERAL, yg. pikiaq mereka tu 'intelektual' (pala-hotak mereka - kalau makan SAMBAL BELACAN KAMPUNG aku, pasti TUMBANG 'intelektual mereka!) dah cukup MEROSAKKAN perjuangan amat BERANI Islam/Melayu, terutamanya lawan MUSUH-MUSUH Islam/Melayu dari puak Satanisme Kristian Zionis DAPSYAITAN/PKR!

Skrg. makin galak si PENGKHIANAT Islam/Melayu LIBERAL dlm. UMNO, nak menguasai UMNO! Golongan LIBERAL Islam/Melayu memang PENJAHANAM agama, bangsa dan negara. Kerana mereka sudah TAKSUB dgn "demokrasi/hak asasi" SAMPAH si Barat-Zionis! Kononnya falsafah dan undang-undang Barat-Zionis yang 'terbaik' (pala hotak si KAPIR SATANIS Barat-Zionis PENIPU ini!), di mana wang, kebebasan seks termasuk homoseksual/pelacuran/pornografi/kehamilan luar nikah (termasuk kanak-kanak), dadah, alkohol dan perjudian – yg. akan terus MENJAHANAMKan akhlak dan akidah umat Islam/Melayu! Bakal kita jadi Bumiputera Islam MEREMPAT Palestin/Singapura!

Makcik Sambal Belacan – PERTAHAN Islam dan umatnya, Raja-Raja Melayu/PM/UMNO/Bahasa Melayu/K‘jaan BN, hak BUMIPUTERA Melayu dan BUMIPUTERA lain; dan hak orang miskin dari semua bangsa yang hormat Islam, dan bangsa dan hak Bumiputera.




JKKK Kota Sarang Semut berkata...

salam tuan..tolong linkkan blog saya..tq

http://www.penembak-tepat.com/

Tanpa Nama berkata...

Sokong KJ..ketua pemuda paling cool, hensem, dan lasak!! Pernah buat skydiving tuuu...masuk askar wataniah lagi ! Aku tak mampuu , hang pa mampu ???

Cari Blog Ini

Translate