Pengikut Blog Panglima

Translate

Video Pilihan

22 September 2013

Mesyuarat EXCO Selangor di Thailand - Penghormatan Terakhir Untuk Chin Peng? MYKMU.NET

Berikut pendedahan MyKmu tentang misteri mesyuarat kerajaan Negeri yang diadakan di Thailand. Yang pasti mengejutkan kita semua ekoran hampir masa dan tempat Chin Peng meninggal dunia.

Namun kaitan antara pembangkang dan komunis bukan ini kali pertama kita mendengarnya.

Mereka boleh berkata ini adalah satu fitnah namun hakikat jelas depan mata ialah mereka memang membela Mat Indera dan pemimpin pembangkang juga anak saudara Chin Peng seperti Nga Kor Ming dan Ngeh Kor Ham seperti didedah banyak buah blog sebelum ini.

Bacalah pendedahan dibawah :

Oleh Nur Azlina Shaari

Menurut sumber, sebuah kerajaan negeri telah mengadakan mesyuarat EXCO khasnya di Thailand pada minggu lalu bagi memberi peluang beberapa EXCOnya menghadiri majlis memberi penghormatan terkahir kepada bekas ketua Komunis Malaya paling kejam mendian Chin Peng.

Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim dan para EXCO Negeri Selangor dikatakan telah mengadakan Mesyuarat tersebut di World Club Hotel, Bangkok, Thailand. Khabarnya seramai 18 orang yang antaranya Exco Selangor dan pegawai kerajaan negeri berlepas ke Bangkok dari KLIA kira-kira jam 10 pagi pada 18 September iaitu pada hari Rabu lepas.

Kita sedia maklum, kematian ketua Parti Komunis Malaya (PKM), Chin Peng pada Hari Malaysia, 16 September lalu memberikan pelbagai impak kepada parti Pembangkang hinggakan mereka meroyan ke tahap yang sangat kritikal.

Mereka mempersoalkan tindakan kerajaan yang enggan membenarkan mayat juga abu pembelot negara ini dibawa pulang ke Malaysia.

Jadi, apakah modus operandi Khalid bersama orang bawahannya pergi ke Bangkok dan mengadakan mesyuarat Exco Negeri di sana?

Ia dapat dirungkaikan seolah-olah mesyuarat tersebut hanyalah alasan buat Pakatan Rakyat untuk pergi memberikan penghormatan terakhir kepada pengkhianat negara yang dianggap oleh puak Pembangkang sebagai pejuang kemerdekaan.

Juga, sebagai usaha dari kerajaan PR untuk mempertahankan saham politik dengan sebahagian masyarakat Cina untuk memberi penghormatan kepada mendiang Chin Peng.

Sebelum ini, puak Pembangkang mudah melemparkan tuduhan di mana kerajaan terlalu boros dalam mentadbir kewangan negara dan telah menipu rakyat apabila menggunakan duit rakyat dalam merencanakan program dalam negara ini.

Namun, apabila berbicara mengenai mesyuarat senyap yang dijalankan di Bangkok, apakah kerajaan Negeri Selangor tidak boros membelanjakan kewangan kerajaan negeri?

Selanjutnya baca di sini:

http://www.mykmu.net/?p=35155

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Yg jadi keldai bodo ialah Adun melayu PR la... serta pencacai2...disuruh makan najis pun depa sanggup...

anti PR berkata...

Bodoh piang punya exco P'Gay'R dan PAS-pis-pus Selangor....Tak habis2 jadi keldaian DAPpigs. Kepada puak2imigresen, kastam, PGA, SB dll tu harap buat 100% check terhadap malaun2 ni bila depa nak masuk balik Malaysia termasuklah 100% full body cavity check.

Manalah tahu ada diantara keldaian ni nak seludup masuk abu bapak babi kominis Chin Peng tu...Nama pun Keldai DAPpigs iye tak......

Cari Blog Ini

Translate