Pengikut Blog Panglima

Translate

Video Pilihan

28 April 2014

20,000 Sertai Malam Cinta Rasul Di Lumut – Perak Today

SHARE THIS
TAGS

PERAK TODAY 2

Hampir 20,000 umat Islam hadir memeriahkan majlis selawat mega 'Malam Cinta Rasul' yang dianjurkan oleh Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), malam tadi.

Majlis yang berlangsung di Stadium TLDM itu dianjurkan sempena Sambutan Hari TLDM ke– 80.

Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir yang turut hadir ke majlis itu, berkata sambutan yang diterima amat membanggakan.

"Ramai yang datang malam ini dan ia amat membanggakan," katanya.

Tambahnya lagi, banyak manfaat dapat diperolehi daripada program sebegini.

"Program ini dianjurkan bertujuan untuk menyemarakkan semangat cinta Rasul dan menjadikan Rasulullah SAW sebagai contoh ikutan dalam kehidupan," katanya lagi.

PERAK TODAY 3

Beliau juga berkata, secara tidak langsung, program ini mampu mengeratkan lagi silaturahim di kalangan masyarakat dan warga TLDM sendiri.

"Majlis seperti ini dapat mengeratkan ukhwah di kalangan warga serta masyarakat setempat," ujarnya lagi.

Ujarnya lagi, perkara ini juga sejajar dengan Pelan Strategik Lautan Biru (NBOS)

"Usaha ini bertujuan untuk memupuk semangat perpaduan dan jalinan kerjasama sejajar dengan pelan tersebut," tambahnya lagi.

Program itu mendapat kerjasama pelbagai pihak antaranya Yayasan Kemajuan Islam Darul Ridzuan (KADIR), Lembaga Air Perak (LAP), Majlis Perbandaran Manjung (MPM), Pejabat Daerah dan Tanah Manjung serta Pejabat ADUN Pangkor.

Turut hadir Penglima Tentera Laut, Laksamana Tan Sri Abdul Aziz Jaafar.

Program Malam Cinta Rasul ini tidak ketinggalan menampilkan Habib Syech Abdul Qodir As Seggaf yang dijemput khas dari Indonesia.

PERAK TODAY 6

 

Sedutan rakaman :


http://peraktoday.com.my/?p=179149



Panglima : ketika dibuat di Dataran Merdeka dihadiri TPM Tan Sri Muhyiddin Yassin anggota PDRM turut 
Duduk atas pentas berqasidah. Kali ini anggota TLDM juga sama. Selepas kejayaan di Putrajaya, alunan qasidah 
Bersemarak ke Pahang, diikuti Perak. Suasana ini diharapkan dapat menjadikan cinta Rasul membuahkan cinta Allah dan membuang mazmumah dalam hati sehingga menjadikan hati umat Islam kembali kasih sayang kerana Islam dan bersatu melawan musuh agama yang gigih mahu menjatuhkan agama kita.



Sent from my iPhone

Tiada ulasan:

Cari Blog Ini

Translate