Pengikut Blog Panglima

Translate

Video Pilihan

03 Mei 2014

myMetro | Wanita maut diserang sawan terkejut lihat pokok tumbang


Wanita maut diserang sawan terkejut lihat pokok tumbang

Oleh Kalidevi Mogan Kumarappa


Kuala Lumpur: Akibat terkejut tengok pokok yang hendak tumbang, seorang wanita lewat 30-an diserang sawan sebelum maut dalam kejadian di Jalan Development Kepong kira-kira 6.02 petang tadi.

Penolong Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur, Azizan Ismail berkata, pihaknya menerima panggilan daripada orang awam yang menyatakan seorang wanita maut dihempap pokok.


Bagaimanapun, katanya, apabila sepasukan anggota bomba dari Balai Bomba Jinjang dikejarkan ke lokasi kejadian, mereka mendapati wanita itu tidak mengalami sebarang kecederaan akibat dihempap pokok.

"Wanita itu dipercayai sedang berjalan dengan memegang payung dan ketika tiba di lokasi kejadian, dia nampak pokok itu hendak tumbang.


"Terkejut melihat itu, mangsa dipercayai diserang penyakit sawan dan jatuh di bawah pokok yang tumbang itu," katanya kepada Harian Metro.


Menurutnya, mangsa yang mempunyai dua anak itu ditemui dalam keadaan mulut berbuih akibat serangan penyakit sawan
.
Mayat mangsa sudah dihantar hospital untuk dibedah siasat.

Sementara itu, akibat hujan lebat dan ribut petir bermula jam 5 petang tadi,
Azizan berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan selepas beberapa pokok tumbang di Jalan Bukit Bintang di hadapan Bangunan LTAT dan di hadapan Hotel Prince, Jalan Loke Yew, Jalan Kepong dan Taman Maluri.

Bagaimanapun, katanya, menjelang 7.30 malam semua pokok tumbang itu sudah dibersihkan bagi melancarkan trafik.Artikel ini disiarkan pada : 2014/05/03

See more at: http://www.hmetro.com.my/articles/Wanitamautdiserangsawanterkejutlihatpokoktumbang/

Tiada ulasan:

Cari Blog Ini

Translate