KUALA LUMPUR 22 Mei - Lebih 200 ahli Pemuda UMNO Wilayah Persekutuan berhimpun di hadapan ibu pejabat DAP, di Jalan Pudu di sini, hari ini bagi membantah tindakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sri Delima, RSN Ra-yer menyebut 'UMNO celaka' dalam sidang DUN Pulau Pinang pada Selasa lalu.
Kekecohan turut tercetus ketika kumpulan yang diketuai oleh Ketua Pemuda Negeri Wilayah Persekutuan, Mohd. Razlan Muhammad Rafii cuba memasuki perkarangan bangunan yang dikawal ketat oleh Unit Simpanan Persekutuan (FRU) untuk menyerahkan memorandum bantahan berkenaan penghinaan tersebut.
Situasi tegang juga berlaku apabila Razlan menempelak sikap rasis Rayer ketika Ahli Parlimen DAP Serdang, Ong Kian Meng hadir menerima memorandum bantahan tersebut.
Bercakap kepada pemberita selepas itu, Razlan berkata, pucuk pimpinan DAP perlu mengambil tindakan tegas terhadap Rayer yang jelas bertindak di luar batasan dengan mengeluarkan kenyataan berbaur perkauman itu.
"ADUN Sri Delima itu perlu menarik balik kenyataannya dan memohon maaf secara terbuka kepada seluruh ahli UMNO dan orang Melayu di negara ini berikutan kebiadaban yang dilakukan oleh beliau.
"Jika tiada sebarang tindakan disiplin diambil oleh kepimpinan DAP ke atas beliau, ini secara tidak langsung telah membuktikan parti itu menyokong amalan rasis dan cauvanis," katanya kepada pemberita selepas menyerahkan memorandum tersebut.
Razlan berkata, Pemuda UMNO di seluruh negara juga akan terus mengadakan perhimpunan bantahan jika Rayer tidak menarik balik kenyataannya.
Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Politik/20140523/po_08/Pemuda-UMNO-hantar-memorandum#ixzz32WFoOnYp
© Utusan Melayu (M) Bhd
Sent from my iPhone
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Berikan pendapat anda sebanyak di sini.
Komen menyalahi undang-undang akan ditanggung oleh penulisnya..
Tapisan tidak dibuat di blog ini.
Cuma ulasan mencarut dan sewaktu dengannya akan dipadamkan.