Pages

23 Mei 2014

Rayer ulangi UMNO memang celaka dan enggan minta maaf - Utusan Malaysia


DAP sebelah tangan kanan mencalonkan calon muka Melayu keturunan Cina manakala sebelah tangan kiri membiarkan adunnya menghina parti Melayu iaitu Umno.

Sebelah kanan menaikkan elaun guru agama manakala sebelah kiri menaikkan kemarahan umat Islam apabila pertikai tulisan jawi dan azan di kawasan orang Islam.

Sebelah kanan menyuruh Anwar bertaubat namun sebelah kiri membiarkan perlakuan songsang beliau yang didedahkan oleh DAP sendiri dengan mengangkat beliau menerajui Pakatan.

Sebelah kanan mengkritik pembaziran kerajaan manakala sisi kiri pula membeli kereta mewah untuk Ketua Menteri.

Adakah DAP boleh dipercayai ?




Berita Utusan Malaysia : 

PULAU PINANG 23 Mei - Setelah menegaskan tidak akan menarik balik dan memohon maaf di atas keceluparan menggelarkan UMNO sebagai celaka, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Seri Delima, RSN Rayer sekali lagi menunjukkan kebiadapannya apabila mengulangi celaan liarnya itu di dalam ceramah terbuka DAP, malam tadi.

Dengan nada angkuh, wakil rakyat DAP itu menegaskan bahawa UMNO adalah parti yang sudah tidak relevan dan tidak pernah membantu kaum-kaum lain di negara ini.

"Biar saya ulang lagi di sini, celaka UMNO dan yang saya maksudkan ini hanya kepada parti, bukan orang Melayu.

"Saya tidak akan memohon maaf dan sesekali menarik balik perkataan ini," katanya ketika berucap dalam ceramah DAP di Island Glades di sini. - UTUSAN



Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Politik/20140523/po_12/Rayer-ulangi-UMNO-celaka#ixzz32WCtexZa 
© Utusan Melayu (M) Bhd 


Sent from my iPhone

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Berikan pendapat anda sebanyak di sini.

Komen menyalahi undang-undang akan ditanggung oleh penulisnya..

Tapisan tidak dibuat di blog ini.

Cuma ulasan mencarut dan sewaktu dengannya akan dipadamkan.