Hari ini kecoh berkenaan kenyataan Naib Presiden UMNO Ds Dr Ahmad Zahid Hamidi berkenaan insiden kepala lembu diletakkan di hadapan rumah Adun Seri Delima dari DAP, YB RSN Rayer pada Sabtu 28.6.2014 jam 7 pagi.
Blog dan portal memainkan isu tersebut dengan menghentam Menteri dalam Negeri akibat kenyataan beliau semalam dalam reaksi isu kepala lembu ditemui di hadapan rumah RSN Rayer.
"Sebagai seorang ahli politik, saya bersimpati dengan apa yang telah beliau hadapi tetapi itulah harga yang terpaksa dibayar jika mulut celupar," kata DS Ahmad Zahid Hamidi
Bilakah Rayer menyebut UMNO CELAKA ?
Pada persidangan DUN pada bulan Mei Rayer telah menggelar UMNO CELAKA dan mengulanginya dalam ceramah DAP di Bukit Gelugor pada 22 Mei 2014. Tidak cukup dengan itu beliau juga menyifatkan Ketua Wanita UMNO juga celaka. Lebih malang ialah beliau juga enggan meminta maaf hingga kini. Ekoran itu pemuda Umno telah menyerbu DUN Pulau Pinang membantah kenyataan biadap Rayer kepada parti UMNO.
Video beliau mengulanginya di luar dewan UMNO CELAKA :
Dalam politik kebebasan bersuara ada hadnya. Jangan kerana ingin mencari publisiti murahan maka kenyataan tidak beradab dikeluarkan untuk menimbulkan kemarahan ahli UMNO yang berjumlah 3 juta seluruh negara.
Kita pasti jika mengikut emosi sudah tentu sudah lama Rayer tidak lagi bernafas atas dunia ini. Namun hingga kini beliau masih hidup dan tidak dijentik sedikitpun.
Kenapa baru sekarang baru dicampakkan kepala lembu ? Walhal ia sudah lebih sebulan berlaku sejak ia disebut pada 20 Mei 2014 dan tarikh kepala lembu ditemui pada 28 Jun 2014.
Boleh jadi ia untuk mengalihkan isu kemelut PKR yang semakin rabak dengan pelbagai insiden yang memalukan parti tersebut.
Sebagai parti bekas UMNO dan 'jambatan' kepada penyatuan DAP dan PAS maka kehancuran PKR sudah tentu tidak dapat diterima oleh DAP dan perlu dilakukan sesuatu untuk menutupinya.
Harapan untuk terus menipu rakyat akan sukar jika kerjasama PAS PKR DAP hancur terutama bila PKR terlebih dahulu menghancurkan diri sendiri dengan menggunakan taktik 'blackout' semasa pemilihan parti yang sedang berlangsung ketika ini yang turut menyaksikan Menteri Besar Selangor kalah di Cabang beliau sendiri.
Ketika ini muncullah kepala lembu yang dilihat boleh menjadi bahan untuk mengalih perhatian rakyat yang pasti mempunyai banyak masa membaca berita di hujung minggu Sabtu dan Ahad. Meletakkan kepala lembu yang dianggap Tuhan oleh penganut Hindu di awal Ramadhan juga sudah tentu bertujuan untuk menimbulkan anggapan seolah-olah orang Islam yang bertanggungjawab melakukannya dan mahu menimbulkan pergaduhan antara dua agama ini.
Namun gaya lelaki yang menari tanpa disedari telah menzahirkan secara tidak langsung identitinya. Meskipun berpakaian hitam kita pasti gaya menari lelaki tersebut mengikut andaian kita adalah lelaki bukan berbangsa Melayu.
Cuba lihat video ini :
Kita yakin kehebatan risikan anggota polis akan membawa kepada penemuan suspek yang melakukan aksi ini.
Dalam kenyataannya RSN Rayer menyifatkan perbuatan tersebut sebagai biadap dan tidak bertamadun
Namun adakah beliau sedar kenyataan beliau lagi tidak bertamadun dan sangat biadap apabila menggelar parti UMNO sebagai celaka ???
Selain tidak meminta maaf Rayer turut mengulanginya dalam ceramah beliau atas pentas DAP selepas itu.
Kita bersetuju dengan kenyataan Naib Presiden UMNO DS Ahmad Zahid Hamidi yang menyifatkan perkara tersebut berlaku akibat kenyataannya sendiri yang celupar ! Jika tidak kerana celupar sudah tentu tidak ada tindakan sedemikian dilakukan kepadanya.
"Sebagai seorang ahli politik, saya bersimpati dengan apa yang telah beliau hadapi tetapi itulah harga yang terpaksa dibayar jika mulut celupar," - DSAZH
semua pejuang UMNO perlu pastikan tidak ada lagi sesiapa pun yang berani mengutuk UMNO CELAKA dan menggunakan saluran undang-undang untuk membalas perbuatan mereka yang mencetus provokasi melampau kepada Melayu Islam.
Harap semua akan mengecam tindakan Rayer mencetuskan provokasi melampau yang menimbulkan kemarahan rakyat dan patut ditahan menggunakan peruntukan undang-undang. Seperti kecaman yang dilakukan Pemuda UMNO terhadap beliau di sini http://www.umno-online.my/?p=107232
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Berikan pendapat anda sebanyak di sini.
Komen menyalahi undang-undang akan ditanggung oleh penulisnya..
Tapisan tidak dibuat di blog ini.
Cuma ulasan mencarut dan sewaktu dengannya akan dipadamkan.