Jabatan Perdana Menteri dalam satu kenyataan, malam tadi, mengumumkan hari kelepasan am berkenaan sudahpun diwartakan mengikut Seksyen 8 Akta Hari Kelepasan Am 1951 (Akta 369).
Selain itu, kerajaan turut menetapkan satu hari kelepasan am tambahan bagi ketiga-tiga Wilayah Persekutuan terbabit iaitu pada Isnin, 3 Februari 2014.
Ini berikutan berlaku pertindihan cuti Hari Wilayah Persekutuan dengan hari kedua Tahun Baru Cina yang jatuh pada pada Sabtu, 1 Februari 2014.
Menurut kenyataan itu, pengisytiharan cuti am tambahan bagi Kuala Lumpur, Putrajaya danLabuan adalah berdasarkan Seksyen 9(2) akta yang sama.
"Pengumuman ini diharapkan membolehkan orang ramai membuat perancangan awal," menurut kenyataan itu
Sent from my iPhone
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Berikan pendapat anda sebanyak di sini.
Komen menyalahi undang-undang akan ditanggung oleh penulisnya..
Tapisan tidak dibuat di blog ini.
Cuma ulasan mencarut dan sewaktu dengannya akan dipadamkan.