Di bawah ini ialah penjelasan status Adun BN kawasan Bertam yang dikaitkan dengan isu penswastaan UiTM konsesi 23 tahun.
Dengan sengaja fakta dimanipulasi sehingga menjejaskan nama baik beliau dan BN pada akhirnya.
Kenyataan melalui telegram ini seperti berikut :
Rafizi berbohong kerana semasa pemberian tender itu 2010, Shariful hanya ahli biasa yang tidak mempunyai jawatan di bahagian kepala batas & negeri.
Status keahlian Shariful disahkan sendiri oleh Dato Zainal Abidin Osman, Pengerusi UMNO negeri Pulau Pinang.
Shariful adalah ahli profesional & ahli perniagaan yang layak untuk berniaga seperti ADUN-ADUN lain termasuk Pakatan pembangkang.
Kenyataan Rafizi yang mengaitkan jawatan Shariful sebagai ADUN tanpa menerangkan status sebenar Shariful ketika menerima tender pada tahun 2010 itu adalah satu kenyataan yg mengelirukan dan boleh mendatangkan fitnah.
Tambahan pula, projek tersebut berjaya diselesaikan mengikut prosedur dan tempohnya.
Daripada menyibuk menjaga tepi kain pihak lawan, Rafizi dicabar untuk mempersoalkan isu pemberian tender terowong lim guan eng di pulau pinang.
Jangan bersikap hipokrit.
Komen panglima : Rafizi diam pula ketika isu tanah rizab Melayu ye. Apa agenda beliau sebenarnya?
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Berikan pendapat anda sebanyak di sini.
Komen menyalahi undang-undang akan ditanggung oleh penulisnya..
Tapisan tidak dibuat di blog ini.
Cuma ulasan mencarut dan sewaktu dengannya akan dipadamkan.