Pages

18 Jun 2014

Pas mahu kuasa MAIS, JAIS dihapus Disokong @Khalidsamad @HanipaMaidin

Pas mahu kuasa MAIS, JAIS dihapus

Oleh RODELIO JUNJUN TAUCAN
rodelio.taucan@utusan.com.my

KUALA LUMPUR 17 Jun - Pemimpin Pas Selangor hari ini mendesak Majlis Agama Islam Sela-ngor (MAIS) tidak lagi diberi kuasa dalam menjaga kedaulatan agama Islam di negeri itu dengan meminda enakmen yang selama ini memberi tanggungjawab kepada badan agama berkenaan.

Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad berkata, kajian semula enakmen itu adalah perlu berikutan tindakan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) yang menjatuhkan imej Islam apabila merampas 300 Bible milik Persatuan Bible Malaysia (BSM), Januari lalu.

Tegas beliau, penghapusan kuasa MAIS itu boleh dilakukan kerana Kerajaan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Selangor mempunyai suara majoriti dua pertiga dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) untuk memberi sokongan terhadap sebarang pindaan pada enakmen berkaitan.

"Kami sebagai Ahli Parlimen Pas meminta kerajaan negeri mengkaji enakmen yang memberikan kuasa eksekutif kepada MAIS untuk mengarahkan JAIS dan sekiranya perlu, membuat pindaan kepada enakmen berkenaan.

"Tindakan yang seperti ini (isu rampasan Bible) boleh mencemarkan imej Sultan Selangor itu sendiri," katanya dalam sidang akhbar di lobi Parlimen hari ini.

Yang turut hadir tiga Ahli Parlimen Pas iaitu Dr. Siti Mariah Mahmud (Kota Raja), Dr. Che Rosli Che Mat (Hulu Langat) dan Mohamed Hanipa Maidin (Sepang).

Minggu lalu, Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail menyatakan tiada sebarang pendakwaan dibuat berhubung kes rampasan Bible oleh JAIS Januari lalu dan kes itu ditutup manakala berhubung kitab-kitab yang dirampas, pihak JAIS diminta mengambil tindakan selanjutnya mengikut lunas undang-undang.

Bagaimanapun, MAIS pada Sabtu lalu menyatakan pendirian tidak bersetuju dengan keputusan Abdul Gani untuk tidak meneruskan prosiding pendakwaan serta menolak arahan Kerajaan PKR Selangor yang meminta JAIS memulangkan naskhah Bible yang dirampas dalam serbuan pada 2 Januari lalu kepada BSM.

Khalid yang juga Timbalan Pesuruhjaya III Pas Selangor berkata, JAIS telah gagal dalam peranannya apabila banyak tindakan badan agama itu menimbulkan persoalan dan kontroversi.

"Jadi kita minta kerajaan kaji dan Exco agama mengetuai jawatankuasa ini demi menjaga masalah dalam negeri Selangor dan hubungan antara bukan Islam dan orang Islam.

"Dalam mesyuarat Pas negeri, kita akan timbulkan perkara sama kerana banyak sangat kes yang kita tengok Exco agama tidak tahu apa-apa dan akhirnya kerajaan negeri juga kena menangani salah faham yang timbul," tegas beliau.

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Politik/20140618/po_03/Pas-mahu-kuasa-MAIS-JAIS-dihapus#ixzz34xoVJ1E0
© Utusan Melayu (M) Bhd

Panglima nampak tindakan JAIS sebelum ini kepada Khalid Samad mungkin menjadi punca dendam beliau kepada jabatan agama ini berikutan kes tauliah.

Tindakan beliau dan Pemimpin Pas mendesak Majlis Agama Islam Sela-ngor (MAIS) tidak lagi diberi kuasa dalam menjaga kedaulatan agama Islam di negeri itu dengan meminda enakmen yang selama ini memberi tanggungjawab kepada badan agama berkenaan, tidak sepatutnya dikeluarkan.

Tindakan ahli Pas yang menyokong tidak mustahil disebabkan ingin meraih sokongan politik. Atau mempunyai kefahaman Liberal / Syiah yang sama.

Hanipa Maidin orang rapat Mat Sabu dan tidak mustahil pemikiran mereka juga tidak jauh beza.

Kecenderungan pemimpin Pas kepada wahabi juga mungkin menjadi faktor perkara ini disebabkan JAIS selalu memburu penceramah wahabi dan menahan mereka.

Selain faktor rapat dengan DAP Khalid juga pernah memasuki gereja berceramah dan tidak sukar membaca niat tersirat beliau mengkritik MAIS atas tindakan merampas Bible.

Kita tidak mengerti kenapakah ada orang Islam memikirkan dan meyakini Pas boleh diharap pertahan Islam.

Harap pejuang Islam tulen dalam Pas berani membersihkan parti mereka dari puak ini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Berikan pendapat anda sebanyak di sini.

Komen menyalahi undang-undang akan ditanggung oleh penulisnya..

Tapisan tidak dibuat di blog ini.

Cuma ulasan mencarut dan sewaktu dengannya akan dipadamkan.