Pages

02 Julai 2014

Isu 'Celaka' Rayer Dibidas @Zahid_Hamidi Disentuh MyKMU Dengan Tajuk “Islamkah” Presiden ABIM?

Wahai orang-orang yang beriman! Jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidikilah (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara yang tidak diingini – dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) – sehingga menjadikan kamu menyesali apa yang kamu telah lakukan. – AL-HUJURAAT: 6

Malaysiakini.com melaporkan Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) merasa amat kesal dengan respons yang diberikan oleh Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkaitan insiden kepala lembu yang ditinggalkan di luar rumah seorang ahli politik beragama Hindu di Pulau Pinang.

Menurut Presiden ABIM, Amidi Abd Manan, perbuatan meletakkan kepala lembu di pintu pagar ADUN Seri Delima, RSN Rayer "jelas adalah satu penghinaan terhadap penganut agama Hindu".

Oleh itu, katanya, respons yang diberikan oleh Zahid terhadap insiden itu "tidak mencerminkan ajaran Islam".

"Islam mengajar umatnya agar menghormati agama lain dan menegah sebarang perilaku yang bermotifkan penghinaan," kata Amidi dalam satu kenyataan.

"Tegahan ini jelas disebut dalam Surah al-An'am ayat 108 yang menegaskan bahawa penghinaan terhadap sembahan agama lain akan menyebabkan penganut agama lain menghina agama Islam.

"Respons yang sedemikian memberikan imej yang negatif selaku pemimpin 'negara Islam' yang tidak mempraktikkan ajaran al-Quran," tambanya.

Sepatutnya, tegas Amid lagi, kenyataan berkaitan status Malaysia sebagai negara Islam mestilah disertai dengan perkataan, sikap dan tindakan yang benar-benar menepati ajaran Islam terutamanya perkara yang berkaitan dengan perhubungan antara pelbagai agama.

Sebelum ini, Zahid dilaporkan berkata perbuatan meletak kepala lembu di rumah ADUN Seri Delima itu sebagai "harga yang perlu dibayarnya kerana keceluparan mulutnya'.

Soalnya, adakah Presiden ABIM ini membuat komen yang selari dengan ajaran Islam terlebih dahulu iaitu menyiasat, mengkaji dan barulah membuat kenyataan?

Wajarkah tanpa mendengar kenyataan sebenar Zahid atau mendapat penjelasan Zahid, ABIM terus membuat kenyataan bahawa kenyataan Zahid tidak mencerminkan nilai Islam?

Sebenarnya Ahmad Zahid Hamidi dalam kenyataannya menyatakan bahawa beliau bersimpati dengan kejadian yang menimpa RSN Rayer, namun Rayer perlu sedar bahawa kenyataannya itu telah menimbulkan kemarahan orang ramai.

Zahid dilaporkan berkata bahawa sebagai seorang ahli politik, beliau bersimpati dengan Rayer.

"Tapi itulah harga yang patut dibayar jika bermulut celupar," Zahid – The Rakyat Post

Zahid juga menyatakan ia menyerahkan kepada pihak Polis agar menyiasat isu ini.

Jadi apa yang salah dan tidak islamiknya kenyataan Zahid ini?

Zahid atau ABIM yang tidak Islamik sebenarnya?




Sumber : http://www.mykmu.net/?p=44676



Sent from my iPhone

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Berikan pendapat anda sebanyak di sini.

Komen menyalahi undang-undang akan ditanggung oleh penulisnya..

Tapisan tidak dibuat di blog ini.

Cuma ulasan mencarut dan sewaktu dengannya akan dipadamkan.