KUALA LUMPUR 31 Ogos - "Orang yang tahu undang-undang tidak akan mengajak orang lain melanggar undang-undang negara".
Itulah reaksi tegas Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar bagi menjawab amaran Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng terhadapnya supaya berfikir semasak-masaknya sebelum mengambil tindakan terhadap Pasukan Peronda Sukarela (PPS) negeri tersebut.
Khalid berkata, pihaknya sudah pun mengambil tindakan dengan menahan 154 ahli PPS pagi ini untuk tujuan diambil keterangan bagi membantu siasatan polis berhubung isu tersebut mengikut Akta Pertubuhan 1966.
"Kita (PDRM) jangan banyak cakap tetapi buat kerja. Orang tidak tahu undang-undang sahaja yang akan berbuat demikian (mengajak orang lain melanggar undang-undang negara)," katanya ketika dihubungi hari ini.
Akhbar hari ini melaporkan Guan Eng memberi amaran kepada Khalid supaya berfikir semasak-masaknya sebelum mengambil tindakan terhadap PPS selain mengingatkan sebarang tindakan menahan anggota pasukan itu hanya akan 'memalukan' PDRM kerana seluruh dunia melihat polis menahan pihak yang kononnya menjaga keselamatan awam.
Guan Eng turut menyamakan polis seperti PPS kerana ada juga anggota PDRM terlibat keganasan dan mengatakan 'adalah sesuatu yang bodoh' untuk PPS yang ahlinya kini berjumlah 9,002 orang dibubarkan hanya kerana terdapat anggotanya terlibat dengan keganasan.
Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20140901/dn_08/KPN-jawab-amaran-Guan-Eng#ixzz3C2Htpxzt
© Utusan Melayu (M) Bhd
Sent from my iPhone
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Berikan pendapat anda sebanyak di sini.
Komen menyalahi undang-undang akan ditanggung oleh penulisnya..
Tapisan tidak dibuat di blog ini.
Cuma ulasan mencarut dan sewaktu dengannya akan dipadamkan.