Pages

01 September 2014

Polis @PDRMsia tahan anggota #PPS yang ingkar amaran supaya tidak jalankan aktiviti - KPN @KBAB51








Polis tahan anggota PPS yang ingkar amaran supaya tidak jalankan aktiviti - KPN

GEORGE TOWN 31 Ogos - Polis menahan 154 anggota Pasukan Peronda Sukarela (PPS) Pulau Pinang kerana ingkar amaran supaya tidak menjalankan sebarang aktiviti selepas mendapati pasukan itu sebuah pertubuhan haram yang tidak berdaftar dengan Pendaftar Pertubuhan (ROS).

Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata kesemua anggota PPS termasuk tujuh wanita itu ditahan pada pukul 10.15 pagi ini di kawasan Padang Kota, di sini bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 41 Akta Pertubuhan kerana tidak berdaftar dengan ROS.

"Polis mula mengambil tindakan (menahan) terhadap anggota PPS selepas mereka tetap menjalankan aktiviti sedangkan sebelum ini saya telah beri amaran. Pertubuhan itu telah diharamkan dan semua aktiviti perlu dihentikan segera.

"Mereka degil (jalankan aktiviti) dan seperti sengaja nak cabar undang-undang negara serta gertak polis supaya ambil tindakan jika (polis) berani. Kita ambil tindakan kerana mereka salah, ini (tindakan PPS teruskan aktiviti) memang perbuatan gengster,'' katanya ketika dihubungi Bernama, di sini hari ini.

Selasa lepas, Khalid mengeluarkan kenyataan bahawa PPS dianggap sebagai pertubuhan yang menyalahi undang-undang mengikut Seksyen 41 Akta Pertubuhan kerana tidak berdaftar dengan ROS. - BERNAMA



Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Jenayah/20140831/je_09/Polisa-tahan-anggota-PPS-yang-ingkar-amaran-supaya-tidak-jalankan-aktiviti---KPN#ixzz3C2GlasKO 
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Sent from my iPhone

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Berikan pendapat anda sebanyak di sini.

Komen menyalahi undang-undang akan ditanggung oleh penulisnya..

Tapisan tidak dibuat di blog ini.

Cuma ulasan mencarut dan sewaktu dengannya akan dipadamkan.