Pages

17 Oktober 2014

Sayuti Omar Sahkan PASma Untuk Jatuhkan Haji Hadi ???


Beberapa petikan tulisan Sayuti Omar membela Phahrolrazi dilihat mendedahkan secara tidak langsung kewujudan asal PASma yang dikecam semua pengikut Ulama dalam PAS

Sayuti yang selalu menyokong Anwar Ibrahim dilihat tidak sukar membela Anwarinas dan mengecam Haji Hadi.

Baca petikan tulisan beliau (sebelum dipadamkan)  :


  1. Sekiranya gerakan untuk membawa Pas keluar daripada Pakatan Rakyat tidak wujud, nescaya PasMa tidak wujud. Jika gerakan itu yang dikenali sebagai "UG" berhenti, maka PasMa dengan sendirinya terbubar dan terkubur. Kenapa harus ditarik dan ditarikan perkara-perkara lain yang boleh menyebabkan Pas dalam keadaan tidak tenteram dan menggambarkan tindakan yang tidak profesionalisme?
  2. Tetapi kenapa Abdul Hadi sampai ada orang hendak menggulingkannya dan sampai NGO diwujudkan untuk tujuan itu?  Kalau benar? Tentu sekali ada sebab musababnya.
  3. Sehebat Mohd Asri Muda menjadi presiden Pas akhirnya apabila beliau sudah bercanggah dengan semangat parti pada masa itu beliau juga ditentang. Walhal kalau hendak dikira dari segi jasa dan budi Allahyarham Asri dengan Abdul Hadi panggil tidak dengar bezanya antara bumi dengan langit. Mata sejarah dan mereka yang celit tidak menafikan ini. Tetapi Asri juga dikecam dan didesak agar turun.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Berikan pendapat anda sebanyak di sini.

Komen menyalahi undang-undang akan ditanggung oleh penulisnya..

Tapisan tidak dibuat di blog ini.

Cuma ulasan mencarut dan sewaktu dengannya akan dipadamkan.