Pages

17 Oktober 2014

Tolong Jangan Bagi Gambar Ini Dilihat @Anwaribrahim



selama ini PKR banyak bergantung kepada PAS untuk buat perhimpunan....Dipercayai hubungan retak menanti belah antara PAS dan PKR dijangka memburukkan lagi usaha mengumpul seramai mungkin pengikut Anwar yang khabarnya sudah diarah berbuat demikian oleh Setiausaha Agung PKR yang baru iaitu Rafizi Ramli....

Perhimpunan keamanan di Parlimen semalam juga hanya dihadiri 1000 orang sahaja berbanding 14 ribu peguam yang wujud dan berdaftar di Malaysia.... seperti kenyataan Datuk Zulkifli Nordin hari ini.

Episod hitam akan berulang lagi dalam diari kehidupan Anwar Ibrahim. Adakah beliau mahu menentang takdir Tuhan dengan cuba melepaskan diri dengan cara mengumpul sokongan rakyat dengan slogan Rakyat ialah Hakim....






http://khairulryezal.blogspot.com/2014/10/rafiziramli-sudah-mula-beri-arahan.html  



Perhimpunan cemar imej peguam




Oleh ADLINAHANI KHALIL
dan FITRIE ZARIQ ZAINOL
pengarang@utusan.com.my


KUALA LUMPUR 16 Okt. - Sikap degil kira-kira 1,000 peguam termasuk beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan kumpulan aktivis yang menyertai perhimpunan untuk memansuhkan Akta Hasutan 1948 (Akta Hasutan) di Padang Merbok di sini hari ini disifatkan sebagai mencemarkan imej peguam di seluruh negara.

Bekas Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baharu, Datuk Zulkifli Noordin berkata, perhimpunan 'Berjalan untuk Keamanan dan Kebebasan' itu dilakukan tanpa mendapat persetujuan menyeluruh daripada badan-badan peguam.

"Saya mengutuk keras perhimpunan itu yang ternyata bersikap pentingkan diri dan memburukkan imej peguam di seluruh negara.

"Jumlah peguam yang menyertai perhimpunan tersebut adalah terlalu sedikit jika hendak dibandingkan dengan jumlah keseluruhan peguam berdaftar di negara ini iaitu lebih 14,000, sekali gus menunjukkan ia tidak mewakili suara majoriti," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Selain itu, Zulkifli menegaskan bahawa Akta Hasutan perlu dikekalkan malah perlu ditambah baik bagi memastikan institusi Islam, Melayu dan raja-raja terus dipertahankan.

Sehubungan itu, beliau menggesa kerajaan untuk menambah beberapa lagi badan guaman bagi mewakili peguam yang tidak mahu diperalatkan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab demi kepentingan tertentu.

"Kita boleh mengambil contoh seperti di Singapura, Australia, Amerika Syarikat yang mempunyai pelbagai badan guaman bagi mengelakkan amalan monopoli dalam sektor tersebut.

"Ini akan memberi peguam pilihan dan alternatif untuk menjadi ahli mana-mana badan guaman tanpa terikat dengan kuasa monopoli sebuah badan sahaja seperti yang berlaku kini," katanya.



Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20141017/dn_05/Perhimpunan-cemar-imej-peguam#ixzz3GOXcQyCs
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Berikan pendapat anda sebanyak di sini.

Komen menyalahi undang-undang akan ditanggung oleh penulisnya..

Tapisan tidak dibuat di blog ini.

Cuma ulasan mencarut dan sewaktu dengannya akan dipadamkan.