Pages

14 November 2014

Tulisan Pak Habib Al Attas Tentang Kelebihan Anjing Berbanding Kucing Tidak Dapat Diterima


Panglima baru sahaja membaca tulisan Pak Habib Al Attas, seorang penulis otai yang berdarah Rasulullah saw dan begitu berpengaruh.

Namun penulisan beliau terbaru tentang isu sentuh anjing tidak dapat diterima sepenuhnya kerana ia seperti membela penganjuran program I Want To Touch A Dog.

Sepatutnya kupasan beliau tidak membela namun menjelaskan kedudukan anjing dalam Islam dan hukum menyentuha anjing tanpa sebarang keperluan. Bahkan kucing adalah binatang orang beriman dan Nabi saw juga memiliki seekor kucing bernama Mueeza. Badan kucing sangat bersih dan memiliki banyak kelebihan dan manfaat kepada manusia berbanding anjing. 


Harap tulisan beliau di sini http://shalattas.blogspot.com/2014/10/anjing-kucing-dan-manusia.html akan dapat diperbetulkan.

Sehebat mana pun Pak Habib beliau bukan maksum dan terdedah kepada kesilapan. Sebagai peminat beliau seharusnya nasihat dan teguran berhikmah ini disampaikan demi kasih kepada beliau yang pernah menghadiahkan berbelas buku tulisannya ketika saya berkunjung ke Wadi Hana beberapa tahun lalu bersama Blogger Cheguman Waadat selepas kursus tamat di ILMU Janda Baik.


Bahkan nama blog ini juga tercatat di belakang buku beliau bertajuk Tuhan, Politik & Seks



Antara petikan tulisan beliau dalam link di atas yang tidak wajar diungkapkan ialah :

Kalau nak di buat perbandingan diantara anjing dan kucing tidak banyak bezanya. Apakah kerana kucing tidak dikategorikan najis? Ada cerita betapa kasihnya nabi Muhammad SAW dan kucing binatang istimewa. Peliharaan kunci murah rezeki. Ada kucing bertuah. Kucing pun makan najis juga, emak kucing akan menjilat punggung anaknya untuk membersihkan najis anaknya, makan bangkai tidak kira apa bangkai sekalipun, sama juga seperti anjing, kucing makan cicak, tikus, kenapa tak ada agamawan membicarakan najisnya kucing berada di atas sejadah? Kenapa double standard? Sedangkan kedua – duanya tidak mempunyai akal fikiran. Tetapi anjing lebih pembersih. Anjing tidak akan kencing atau pun membuang najis di dalam rumah tuannya kalau tuannya tak beri dia makan. 

Tak ada peribahasa malu – malu anjing, hanya malu – malu kucing. Tidak seperti kucing yang akan kencing dikeliling rumah tuannya ketika datang musim mengawan untuk menandakan itu adalah kawasannya. Kadang – kadang tuannya sendiri pun di gigit hingga membawa maut. Lu fikirlah Bro.



Hukum pegang anjing boleh dibaca lebih terperinci di sini http://www.e-fatwa.gov.my/sites/default/files/kedudukan_anjing_dan_hukum_berkaitannya.pdf





Gambar kulit Buku terbaru beliau yang mengulas situasi politik terkini negara sering menjadi buruan ramai.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Berikan pendapat anda sebanyak di sini.

Komen menyalahi undang-undang akan ditanggung oleh penulisnya..

Tapisan tidak dibuat di blog ini.

Cuma ulasan mencarut dan sewaktu dengannya akan dipadamkan.