Pengikut Blog Panglima

Translate

Video Pilihan

30 Mei 2015

Blogger UMNO Bidas Wartawan Utusan @UMOnline Zulkiflee Bakar Hina Ulama Habib Sesat


Agak pelik bila membaca pendedahan Utusan Malaysia secara tiba-tiba menyerang ulama antarabangsa yang datang ke negara kita berdakwah sebagai sesat dan tidak mengikut pegangan Ahli Sunnah Wal Jamaah (ASWJ ) .  GPB tak pelik jika mereka mendedahkan isu PATI , dadah , gejala maksiat , pembalakan haram , kelemahan penguatkuasaan tetapi membabitkan soal akidah ia satu isu yang berat .

Sewajarnya tugas  Utusan hanya perlu melaporkan tentang apa diberitahu pegawai Jabatan Agama tentang ajaran mana & ustaz mana yang sesat  , tetapi ini sudah terbalik apabila mereka sendiri mendedahkan atau mengaibkan ulama terbabit .

Bagi GPB ia tidak adil dan selagi ulama2 ini tidak didapati bersalah oleh pihak berkuasa , tuduhan Utusan jelas adalah FITNAH JAHAT !

Persoalannya , adakah wartawan sudah  ini mempunyai bukti serta cukup ilmu agama di dada mereka mendakwa Habib & Habaib ini membawa ajaran sesat  ??

Baca artikel beliau sepenuhnya :

http://sejarahmelayu.blogspot.com/2015/05/sejak-bila-wartawan-utusan-ada-hak.html?m=1

Hari ini wartawan Utusan Zulkifli Bakar masih menjawab isu tareqat namun dengan nada berbeza.

Ada perubahan di mana nampak pengarang Utusan sudah kendur nadanya walau beliau masih belum menerima dan mencari penjelasan dari ulama yang difitnah.

Sepatutnya wartawan tidak ada masalah mencari jawapan namun belum ada petanda ulama Habib ditemuramah untuk membuat penjelasan.

Habib Syech Habib Ali Zainal Abidin sudah pun keluar di IKIM dan TV Al Hijrah.

Beliau sepatutnya tidak marah digelar buta hadis kerana memang beliau bukan mahir pun dan nampak hanya menulis dengan berpandukan 'skrip' orang lain.

Bila marah digelar jahil dan wahabi sudah tentu Zulkiflee Bakar perlukan ilmu rohani untuk membaiki diri.

Orang sufi rela digelar apa pun namun kena ingat mereka tidak akan jadi pondan bila melihat ulama keturunan Nabi dihina sesuka hati.

Jika hanya Nabi sahaja yang maksum maka Muzakarah Majlis Fatwa Kebangsaan bawah Jakim juga sudah tentu tidak akan sempurna dan mungkin ada sedikit kelemahan kajian yang mungkin boleh dibentangkan semula.

Mungkin perkataan ulama Al Azhar memuji Sheikh Nazim selain Ulama lain menemui beliau menerima ijazah darinya mungkin boleh dikaji semula dalam semakan akan muzakarah akan datang.

Dalam Jakim pun ada pro wahabi sepertimana didedahkan blog tertentu.dan ahli panel Jakim pro wahabi seperti Fatah Haron Hayyie Shukor  juga sudah lama didedahkan oleh blogger. Mungkin Utusan belum menemui fakta ini.

Baru tahun ini ahli panel Jakim ditukar menurut sumber yang boleh dipercayai.

Tak percaya baca di sini
https://m.facebook.com/SunniMalaysia/photos/pcb.652017978196680/652017861530025/?type=1&theater

Atau dengar pujian Ust Aizam pegawai Jakim kepada pengasas wahabi di sini
https://youtu.be/NBVJElJgmIM

Dengar khutbah Mufti Mesir Syeikh Ali Jumaah berkenaan wahabi
https://youtu.be/QDceQiQCBFY

Asal usul wahabi dari konspirasi Yahudi.
https://youtu.be/shcTaLB7th8

Tiada ulasan:

Cari Blog Ini

Translate