Pengikut Blog Panglima

Translate

Video Pilihan

28 Mei 2015

Masanya PM @NajibRazak Perkasakan Akhbar Utusan @UMOnline Demi Masa Depan @Barisanasional di Malaysia


Sejarah Utusan Malaysia (UM) dengan UMNO cukup panjang. Namun realiti hari ini ia sudah hilang taring atau mungkin sudah layu ditelan zaman.

Kredibiliti UM kian dipertikaikan. Sejarah kalah saman demi saman oleh pembangkang mencalar imej mereka sebagai lidah rasmi UMNO bahkan menghampakan jutaan pejuang UMNO.


Siapa patut bertanggungjawab dalam hal ini ?
Jika di lain negara Menteri akan meletak jawatan. Namun Utusan seperti tidak ada rasa tanggungjawab menyiar berita hingga disaman dan kalah berjuta-juta ?


Adakah ini konspirasi hakim ? Bukan mudah mahu membuat tanggapan demikian walau kita mahu membuat andaian begitu.


Dahulu Astora Jabat banyak menulis isu agama hingga menimbulkan banyak kontroversi kerana melawan arus pandangan majoriti ulama dunia Islam. Seperti tolak azab kubur dan hukum menutup aurat.

Selepas itu Asri Mufti Perlis juga diberi ruang menulis sebelum ditamatkan selepas beberapa siri ceramah bahaya wahabi disampaikan kepada pengarang kanan dan wartawan Utusan.


Kini Utusan kembali membawa masuk pandangan wahabi dengan menyerang Ulama keturunan Nabi. Jika keturunan sahaja tidak menjadi ulama pun, tidak wajar dihina sama seperti orang kafir zimmi dilarang kita menghinanya, maka mengapa serangan gila ini dilancarkan atas nama laporan khas ?


Serangan beberapa hari sehingga 27.5.2015 nampaknya telah mengundang kemarahan rakyat terutama orang muda yang meminati Ulama keturunan Rasulullah saw selepas merasa muak dengan gelagat ulama politik yang putar belit agama.


Fakta yang jauh menyeleweng yang telah dijawab dan boleh anda saksikan di beberapa artikel blog penembak-tepat.blogspot.com seperti majlis tarian arab dikatakan majlis zikir. Selain isu cium kubur, yaqazah, cium kaki yang membawa hujah yang sangat rapuh,


Ketika umat hari ini yang dahaga kerohanian Islam merasa puas dengan minuman air cinta Rasul melalui Selawat Perdana kenapa Utusan mengambil jalan tidak popular dengan menghina Ulama disanjung dunia Islam seperti Habib Umar ?


Bukan itu sahaja blogger dan NGO penyokong UMNO dihina secara terbuka dan penuh kesombongan oleh pengarang Utusan. Apakah ini gaya lidah UMNO ?


Utusan Malaysia perlu dirombak kembali dengan memasukkan tenaga muda dan cekap mengurus selain berjiwa Islam untuk menarik kembali pembaca yang telah loya dengan tulisan Utusan hari ini yang telah tersasar etika kewartawanan dengan menulis berita hingga kalah banyak kes saman jutaan ringgit, menyerang Ulama Habib keturunan Nabi pendakwah yang disayangi umat Islam tanpa hujah kuat, selain pernah membuka pintu kepada golongan liberal muktazilah dan wahabi.


Hentikan majalah seksi seperti Mangga yang tidak membina minda dan jiwa rakyat dan perbanyakkan majalah yang sebaliknya.


Bukti paling nyata pagi ini penolakan rakyat apabila didapati hanya Utusan dan Kosmo yang tidak dibeli di kedai yang disinggah dalam perjalanan pulang dari klia2 sebelum keduanya dibeli oleh penulis sebagai menyokong Utusan sebagai lidah rasmi UMNO.


Kembalikan kegemilangan Utusan Malaysia dan buang jika ada parasit yang cuba menjadikan lesen akhbar sebagai senjata untuk menfitnah ulama dan merosakkan maruah Utusan sebagai lidah rasmi UMNO dan Kerajaan selama ini.


Biarkan yang telah keluar dan menyokong pembangkang seperti Hata Wahari.


Masa depan UMNO / BN bergantung bagaimana Utusan diuruskan.


Rujuk :


Bekas wartawan kanan Utusan sertai DAP



Utusan Kalah Saman Fitnah



MB Pahang saman Utusan



Astora Jabat menolak azab kubur dan hukum tudung kepala



Mufti Kedah : Asri dan Fathul Bari wahabi

Tiada ulasan:

Cari Blog Ini

Translate