Pengikut Blog Panglima

06 November 2015

Kandungan Perjanjian TPPA di portal MITI


Kandungan Perjanjian TPPA sudah boleh diakses di portal MITI

http://fta.miti.gov.my/index.php/pages/view/267

Teks TPPA dihebahkan umum dalam 24 jam

05 November 2015 1:50 PM

KUALA LUMPUR 5 Nov. - Teks kandungan Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPPA) akan dihebahkan kepada umum dalam tempoh 24 jam ini, kata Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed sebentar tadi.

Menurut beliau, kandungan perjanjian berkenaan bakal dimuat naik dalam laman web kementeriannya dan beliau juga akan mengeluarkan kenyataan mengenainya.

"Kerajaan berpendapat apabila perjanjian ini dihebahkan kepada umum dan kita juga ada kajian analisis perbandingan serta ada banyak pertubuhan bukan kerajaan (NGO), ini akan menjadi input untuk ahli-ahli Parlimen membuat perbahasan kelak," katanya ketika menggulung perbahasan Rang Undang-Undang Perbekalan 2016 dalam sidang Dewan Rakyat hari ini.

Menurut Mustapa, berdasarkan perancangan kerajaan, TPPA akan dibentangkan di sidang Dewan Rakyat dalam tempoh tiga bulan ini untuk dibahaskan dan dibuat keputusan. - UTUSAN ONLINE

- See more at: http://m.utusan.com.my/berita/nasional/teks-tppa-dihebahkan-umum-dalam-24-jam-1.154923#sthash.y3Phybd2.dpuf

Catat Ulasan