Pages

11 Januari 2016

Mati Selepas Berucap Majlis Kahwin Anak


GEORGETOWN: Seorang lelaki meninggal dunia selepas menyampaikan ucapan di majlis perkahwinan anak perempuannya di sebuah hotel di sini, malam tadi. Dalam kejadian kira-kira jam 8 malam itu, Than Kom Mun, 60, berasal dari Ipoh, mengalami serangan jantung ketika menghadiri majlis berkenaan. 

Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Mior Faridalatrash Wahid, berkata lelaki itu baru 15 minit selesai berucap di pentas sebelum pengsan ketika duduk semeja dengan seorang anak lelakinya. 

"Dia dikejarkan ke Hospital Pulau Pinang (HPP), namun disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan ketika dirawat di wad kecemasan. 

"Bedah siasat mendapati tiga saluran arteri jantung lelaki itu tersumbat menyebabkan dia mengalami masalah pernafasan dan meninggal dunia.

 "Anaknya turut memaklumkan bapanya mengalami masalah jantung dan kolestrol, selain pernah mendapat rawatan di Hospital Ipoh akibat penyakit sama," katanya.

Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/112915?m=1



Sent from my iPhone

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Berikan pendapat anda sebanyak di sini.

Komen menyalahi undang-undang akan ditanggung oleh penulisnya..

Tapisan tidak dibuat di blog ini.

Cuma ulasan mencarut dan sewaktu dengannya akan dipadamkan.