TIMBALAN Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi bersalaman dengan hadirin ketika menghadiri majlis Mahabbah Rasulullah di Masjid Al Bukhary, Jalan Hang Tuah, Kuala Lumpur, malam ini.
KUALA LUMPUR: Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menghadiri majlis Mahabbah Rasulullah di Masjid Al Bukhary, Jalan Hang Tuah, di sini, malam ini.
Majlis anjuran UMNO Bahagian Bukit Bintang yang diadakan sempena Maulidur Rasul itu dimulakan zikir Asmaul Husna dengan solat Maghrib berjemaah.
Turut hadir, Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor. Zahid turut menyertai bacaan Wirdul'latif dipimpin Habib Ali Muhammad Al-Saggaf, disusuli bacaan Maulid Ad-Daiba'ie pimpinan Habib Hassan Muhammad Al-Attas dari Singapura.
Penceramah, Maulana Al-Sheikh Afeefuddin Al-Jailani turut menyampaikan ceramah dalam bahasa Inggeris pada majlis dihadiri lebih 1,200 jemaah itu.
Majlis berakhir dengan jemaah berselawat beramai-ramai dan bacaan doa kesejahteraan dipimpin Zahid sebelum solat isyak.
Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/112981?m=1
Sent from my iPhone
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Berikan pendapat anda sebanyak di sini.
Komen menyalahi undang-undang akan ditanggung oleh penulisnya..
Tapisan tidak dibuat di blog ini.
Cuma ulasan mencarut dan sewaktu dengannya akan dipadamkan.