Pengikut Blog Panglima

Translate

Video Pilihan

12 November 2016

IMF Bantu Mesir AS$12Bilion Pinjaman Tiga Tahun


WASHINGTON: Tabung Mata Wang Antarabangsa (IMF) hari ini meluluskan pinjaman tiga tahun berjumlah AS$12 bilion kepada Mesir untuk membantu pemulihan ekonomi daripada krisis inflasi dan hutang. 

Lembaga Eksekutif IMF berkata, badan dunia itu akan mengagihkan AS$2.75 bilion kepada Mesir dengan serta-merta, manakala pinjaman seterusnya bergantung kepada prestasi ekonomi dan sejauh mana pelaksanaan reformasi ekonominya. 

"Program pinjaman ini akan membantu Mesir dalam menstabilkan semula mikro ekonominya dan melaksanakan pertumbuhan," kata lembaga IMF dalam satu kenyataan. 

Kaherah mengambil pendekatan terdesak untuk melaksanakan reformasi ekonominya dalam beberapa minggu lalu untuk menepati keperluan IMF, termasuk memotong subsidi minyak dan mengapungkan mata wangnya sehingga nilainya jatuh 45 peratus berbanding Dolar Amerika Syarikat. 

Mesir dalam kancah kegawatan yang berlarutan selama enam tahun apabila politik dan ekonominya terumbang-ambing selepas menyaksikan dua presidennya disingkir. 

Bulan lalu, IMF mengunjurkan ekonomi Mesir akan berada dalam pertumbuhan 3.8 peratus tahun ini dan 4 peratus tahun depan, namun inflasi melonjak kepada 14 peratus dan mengembang lagi kepada 17 peratus pada 2017. - AFP

Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/211920


Bila suasana negara tidak stabil ekonomi akan rosak. Bila rosak negara akan perlukan pinjaman. Bila meminjam maka bunga pinjaman akan menekan ekonomi negara dan menyusahkan rakyat keseluruhannya.

Adakah rakyat mahu berdemonstrasi dan merosakkan kestabilan ekonomi ?

Antara kebencian kepada PM Najib dan kemusnahan ekonomi apakah pilihan anda ?

Jika pihak tertentu berkata kita perlu turunkan Najib dengan demonstrasi maka akibatnya kita akan merana kerana ekonomi akan jatuh.

Jika kita tidak stabil hingga perlu berhutang maka bunga pinjaman akan makin menekan negara dan rakyat.

Elok kita berhenti mencetuskan huru-hara dan memilih menasihatkan rakyat agar tidak membuat perkara yang boleh menjejaskan imej negara.

Kebencian kepada Najib perlu dielakkan hingga membawa kepada kejatuhan ekonomi negara. 

Najib bukan terbaik namun kita sudah dapat banyak kebaikan dari kepimpinannya...

Fikir dahulu sebelum berdemonstrasi.

Lihat Mesir dan kesannya... Jangan berlaku kepada negara kita.

Tiada ulasan:

Cari Blog Ini

Translate