'Alhamdulillah, saya makin pulih...'
Kuala Terengganu: "Alhamdulillah, saya makin pulih," kata Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang baru-baru ini dimasukkan ke Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) selama tiga hari akibat keletihan.
Beliau turut memaklumkan berada dalam keadaan sihat dan bersedia mengambil bahagian dalam sesi perbahasan Bajet Terengganu 2017 yang dibentangkan Menteri Besar Ahmad Razif Abd Rahman di Dewan Undangan Negeri (DUN) Terengganu hari ini.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Rhu Rendang itu tiba di kira-kira jam 9.30 pagi dengan diiringi Pesuruhjaya PAS negeri Satiful Bahari Mamat.
Sent from my iPhone
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Berikan pendapat anda sebanyak di sini.
Komen menyalahi undang-undang akan ditanggung oleh penulisnya..
Tapisan tidak dibuat di blog ini.
Cuma ulasan mencarut dan sewaktu dengannya akan dipadamkan.