Pages

21 November 2016

Warga emas mengamuk di luar DUN Pulau Pinang Kerana Disaman Buat Batu Nisan [METROTV] | Harian Metro

Warga emas luah kekecewaan [METROTV]

Georgetown: Seorang lelaki warga emas mengamuk dan menjerit di luar pagar bangunan Dewan Undangan Negeri (DUN) di Padang Kota, selepas dia tidak dibenarkan berjumpa dengan Exco Kebajikan, Masyarakat Penyayang dan Alam Sekitar Phee Boon Poh, hari ini.

Beliau yang berusia 60-an dan enggan dikenali berkata, dia kecewa dan marah dengan pemerintahan kerajaan DAP yang tidak berhati perut.

"Saya nak buat batu nisan untuk ibu mentua pun kena saman, kerajaan ini memang sangat tidak berhati perut.

"Saya bukan hendak membuat kacau di sini, saya cuma hendak membuat luahan perasaan ini kepada Exco Kebajikan," katanya ketika meluahkan perasaan di luar DUN.

Beliau berkata, dia sudah membayar saman berkenaan, bagaimanapun dia ke DUN selepas diarahkan seorang penguat kuasa MBPP untuk berjumpa dengan Exco terbabit.

"Saya ke pejabat Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP), ada seorang kakitangan MBPP mengarahkan saya ke sini untuk berjumpa Exco.

"Apabila sampai di sini, pengawal keselamatan tidak membenarkan masuk ke dalam DUN. Saya terpaksa menjerit dari luar untuk meluahkan perasaan saya," katanya yang datang dalam keadaan bertongkat.

http://www.hmetro.com.my/node/183501


Sent from my iPhone

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Berikan pendapat anda sebanyak di sini.

Komen menyalahi undang-undang akan ditanggung oleh penulisnya..

Tapisan tidak dibuat di blog ini.

Cuma ulasan mencarut dan sewaktu dengannya akan dipadamkan.