Pages

12 Mei 2018

Himpunan Fitnah PH kepada BN - Siri 01 Pengundi Bangla

Kesan fitnah berjaya pada PRU14 dengan majoriti rakyat mengundi PH dan menjatuhkan BN. Sebelum ini PRU13 juga fitnah telah berjaya digunakan untuk jatuhkan kerajaan BN.

Pemfitnah seperti Mahathir yang memfitnah Anwar meliwat satu ketika dahulu dan kini satu kapal dengan pemfitnah lain dalam PH yang sering menfitnah dan disusuli permintaan minta maaf adalah satu pasukan yang serasi yang boleh menjadikan Malaysia makin mundur ke belakang bukan sebaliknya.

Jika mereka sanggup buat apa sahaja demi kuasa maka apa sahaja akan dilakukan apabila sudah berkuasa.

Adakah mereka akan dapat memenuhi janji jika mereka dari golongan yang suka menabur fitnah dan gila kuasa ?

Hari ini persepsi melangkahi realiti.

Kepada Allah kita berserah dan mari kita berusaha pastikan fitnah jahat ini dan golongan yang merekayasa fitnah akan diperangi di media sosial hingga menjadi abu....

Rakyat tidak bersalah namun rakyat perlu dilindungi dari bahaya fitnah..





Sedutan artikel http://suara.tv/2017/06/01/pengamal-media-sosial-dedah-koleksi-fitnah-rafizi-ramli/


Seorang pengamal media sosial, Syed Agil Jamalullail mengumpulkan siri Rafizi Kantoi dan MalaysiaGazette menyiarkan siri penipuan yang dilakukan oleh pemimpin PKR tersebut.

Senarai Fitnah Rafizi yang kantoi :

1. Fitnah cincin isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor. Rafizi memberi alasan semasa perbicaraan saman fitnah di mahkamah kenyataan tersebut adalah seloroh dan gurauan.

2. Fitnah dana awam National Feedlot Corporation Sdn Bhd (NFC) diseleweng dalam pembelian hartanah di KL Eco City, Bangsar. Rafizi gagal kemuka bukti di mahkamah diperintahkan membayar ganti rugi RM200,000 kepada Pengerusi Eksekutif NFC, Datuk Seri Mohamad Salleh Ismail dan syarikatnya kerana fitnah tersebut.

3. Fitnah ke atas Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi terlibat urusniaga Boustead Holdings Berhad berhubung pembayaran bernilai RM160 juta tetapi ia dinafikan. Rafizi tarik balik tuduhan sebagai penyelesaian luar mahkamah.

4. Fitnah semasa himpunan haram Blackout PRU13, Rafizi mengaku bersalah menganjur perhimpunan blackout di Padang Merbok tanpa persetujuan daripada pemilik padang. Rafizi juga gagal mengemukakan bukti mengenai blackout semasa PRU13, terutamanya dakwaan pengundi hantu dan Bangladesh seperti yang didakwa.

5. Fitnah UMNO serang gereja menggunakan Molotov. Rafizi gagal kemuka bukti di mahkamah dan dijatuhi hukuman denda RM1,800.

6. Fitnah kerajaan beli BMW 7series. Rafizi membuat tuduhan kononnya kerajaan membeli kereta BMW untuk kegunaan, ia bagaimanapun dinafikan syarikat BMW sendiri dan tiada permohonan maaf daripada beliau.

7. Fitnah yuran konsultan oleh MMC Gamuda kepada MRT sebanyak RM7 bilion. MMC Gamuda menjelaskan yang bayarannya sebagai rakan kongsi penyediaan projek (PDP) untuk projek Transit Aliran Ringan 1 (MRT 1) dianggarkan RM750 juta. Rafizi tidak meneruskan fitnahnya dan tidak lagi dimainkan isu ini.

Daripada semua kes tersebut, ada yang sedang dibicarakan di mahkamah, Rafizi berdepan saman fitnah Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) berhubung kenyataannya mengenai bayaran gratuiti kepada pesara tentera.

Rafizi akan dibicarakan bermula 11 Oktober depan dan jika disabit kesalahan beliau boleh dipenjara 18 bulan dan hilang kelayakan sebagai Ahli Parlimen. – MalaysiaGazette


Sent from my iPhone

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Berikan pendapat anda sebanyak di sini.

Komen menyalahi undang-undang akan ditanggung oleh penulisnya..

Tapisan tidak dibuat di blog ini.

Cuma ulasan mencarut dan sewaktu dengannya akan dipadamkan.