22 June 2018 Berita Utama
Azlina Rosdy
SENDAYAN, 22 Jun – Naib Presiden UMNO yang menjalankan tugas-tugas presiden, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, beliau tidak akan membenarkan sama sekali untuk UMNO dibubarkan apatah lagi sekiranya untuk menguatkan pihak lain.
Jelas beliau, perkara sebegitu tidak ada dalam kamus politik dirinya.
"Langkah mayat ahli UMNO dulu kalau mahu UMNO sertai mereka. Saya tidak akan mengguris hati orang UMNO.
"Rumah kita sudah terbakar… biarpun tiang rumah kita tinggal 54, saya tidak akan biarkan tiang ini dicabut baik dari dalam ataupun luar," ujar beliau dalam program sambutan Hari Raya Aidil Fitri dan pengenalan calon pemilihan parti di Sendayan, Negeri Sembilan.
Tambah Zahid, walaupun kini UMNO jatuh tetapi ia masih di dalam gelanggang maka UMNO harus terus bangkit menuju ke hadapan.
"UMNO belum kalah… marilah Wanita… Pemuda.. Puteri… kita hidupkan semula semangat UMNO.
"UMNO boleh bangkit.. UMNO boleh bangun semula dengan syarat kita bersatu sepenuh hati.
"Sekiranya saya terpilih sebagai pemimpin, saya akan bawa Ku Li (Tengku Razaleigh Hamzah) dan KJ (Khairy Jamaluddin) masuk untuk bersama-sama bangunkan UMNO," ujar beliau lagi. – MediaUMNO
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Berikan pendapat anda sebanyak di sini.
Komen menyalahi undang-undang akan ditanggung oleh penulisnya..
Tapisan tidak dibuat di blog ini.
Cuma ulasan mencarut dan sewaktu dengannya akan dipadamkan.