Beberapa portal dan blog ada menulis dengan lengkap berkenaan isu debat. Setelah ia menjadi budaya baru dalam politik Malaysia meniru kaedah di negara Barat yang selalu berdebat antara calon Presiden mereka.
Islam bukan menolak semua dari Barat namun kaedah Islam yang diwariskan oleh Rasulullah saw ada tata cara yang perlu dan wajib kita ikuti.
Bukan Zahid gentar berdebat dan meminta Annuar Musa menjawab bagi pihak beliau kerana siapa tidak tahu bahawa Zahid seorang pemidato yang baik sebaris dengan pemimpin lain terutama Anwar Ibrahim.
Kepetahan berkata-kata bukan ukuran kepimpinan yang dikejar oleh ahli UMNO sekarang kerana kerosakan imej ini memerlukan tindakan rapi dan strategi yang betul sebelum kejayaan memenangi hati dan minda rakyat akan berjaya.
Zahid bukan seorang pemalas membaca buku bahkan sesiapa mengenali beliau akan melihat timbunan buku dan kemahiran 'speed reading' beliau. Perkara ini dibuktikan dengan Phd yang diperolehinya dalam bidang komunikasi yang menunjukkan kelebihan yang ada pada beliau. Menteri pertama berjaya selesaikan Phd semasa berkhidmat menjadi anggota Kabinet.
Kerana itu apabila portal pihak musuh UMNO menampilkan tajuk berita seolah Zahid enggan berdebat seperti takut kalah dan malu berpencak silat di media rakyat maka kita sudah nampak game mereka mahu melagakan sesama UMNO bukan mengukuhkan parti secara jujurnya.
Selain itu juga kita meneliti pandangan Al Quran dan Hadis berkaitan hal ini kerana tidak mahu ada sebarang tindakan UMNO membelakangkan nas utama agama kita. Jelas debat bukan kaedah sesuai untuk calon yang bertanding dalam sebuah parti yang mementingkan ukhwah persaudaraan dan semangat kekeluargaan dan sedang dilanda ujian kejatuhan selepas buat kali pertama kalah dalam PRU14 yang lepas.
Biarkan apa komen manusia kerana yang penting ialah keredhaan Allah Taala.... Politik matang mesti berlandaskan agama bukan kerana agama digunakan untuk keuntungan politik diri....atau budaya barat dibawa ke sini meskipun untuk tujuan kononnya membolehkan pemilih menilai calon Presiden yang akan membawa UMNO kali ini.
Mungkin kesanggupan calon Presiden seperti Ku Li dan KJ berdebat tidak diberi nasihat yang betul berkenaan hal debat ini dalam konteks agama. Jangan ada pula berkata mereka tidak mementingkan agama dan dilihat liberal dalam soal kehidupan kerana kita tidak mengetahui kedudukan manusia di sisi Allah.
Elok calon DAP atau PKR yang bertanding jawatan tertinggi parti berdebat terlebih dahulu sebelum menggesa UMNO membuat debat sesama calon...
Elok anak beranak berdebat demi parti meskipun ini ibarat menanti dinosaur wujud kembali.
Petikan dari blog https://dalamislam.com/hukum-islam/hukum-debat-dalam-islam
"Sesungguhnya orang yang paling dimurkai oleh Allah ialah orang yang selalu mendebat.” (HR. Bukhari dan Muslim)
"Aku berikan jaminan rumah di dasar surga bagi orang yang meninggalkan debat meskipun dia berada dipihak yang benar. Dan aku menjaminkan sebuah rumah ditengah surga bagi orang yang meninggalkan dusta meskipun dalam keadaan bercanda. Dan aku akan menjamin sebuah rumah dibagian teratas surge bagi orang yang membaguskan akhlaknya.” (HR. Abu Dawud)
Annuar Musa tidak setuju debat Presiden UMNO
TERAKHIR DIKEMASKINI: 22 JUN 2018
BY WARTAWAN AGENDADAILY
Ketua Penerangan UMNO Tan Sri Annuar Musa meluahkan pandangannya yang tidak setuju debat terbuka calon-calon Presiden UMNO kerana tidak mahu urusan dalaman parti didedahkan kepada orang luar apatah lagi pihak musuh.
Menurutnya walaupun debat secara umumnya merupakan aktiviti yang baik, tapi beliau bimbang trend populis dan kempen berlebihan akan membawa lebih banyak keburukan daripada kebaikan.
Berikut disiarkan kenyataan penuh beliau.
Baru-baru ini timbul isu mengadakan debat Calon Presiden UMNO.
Dua calon dilaporkan bersetuju sementara sementara lima lagi calon belum memberikan reaksi.
Ramai yang menanti-nanti reaksi Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi yang kini memangku tugas Presiden UMNO.
2. Difahamkan isu ini turut dicampuri pemimpin parti lain, termasuk menteri dari parti DAP yang menawarkan rakaman dan siaran oleh stesyen TV tertentu
3. Debat secara umumnya adalah aktiviti yang baik. Ia membolehkan peserta berkongsi pendapat atau sesuatu isu.
4. Namun dalam konteks pemilihan Presiden UMNO, ia harus difikirkan secara berhemah dan penuh kebijaksanaan.
5. UMNO adalah sebuah parti pembangkang. Setakat ingatan saya, tidak pernah ada sebuah parti pembangkang pun yang pernah mengadakan 'public debate' di antara calon Presiden parti mereka.
6. Mungkin oleh kerana UMNO atau calon-calon Presiden ada tarikan istimewa tersendiri, maka debat ini diharap menjadi realiti. Apapun suka saya menasihatkan mereka yang terlibat agar tidak terlalu ghairah sehingga terlupa gelanggang mana mereka harus bersilat dan irama paluan siapa yang harus mereka menari.
7. Pemilihan jawatan dalam parti adalah urusan dalam keluarga. Ia tertakluk kepada peraturan, etika dan tradisi tertentu. Ia juga merupakan perkara sensitif dan tidak harus terdedah kepada musuh atau melibatkan campur tangan orang luar. Kita seharusnya terbuka tetapi keterbukaan itu mesti dalam kerangka yang tidak memudaratkan perjuangan.
8. Saya khuatir dengan trend populis dan percubaan mengikut mengikut rentak luaran.
Jika kita bertindak berlebihan ia membawa banyak keburukan daripada kebaikan kepada parti yang kebetulannya pula sedang melalui satu kejutan kehilangan status parti pemerintah.
9. Justeru itu kita perlu menguruskan hal ehwal dalaman secara tertib dan penuh kebijaksanaan. Yang lebih penting ialah jangan sehingga percaturan dalaman kita ditentukan oleh musuh atau kita tertikam kawan dengan pisau yang diberi musuh kita.
10. Bagi saya, memadai dengan kita berwacana melalui pelbagai media. Kita melayani pelbagai wawancara dan kita berbicara melalui pelbagai cara.
11. Mesej dan visi calon perlu sampai kepada mereka yang bakal membuat keputusan, dan debat awam bukanlah satu-satunya cara untuk mencapai matlamat ini. Biarlah keberanian pemimpin turut bersulamkan kebijaksanaan.
12. Jika mau berdebat perkara menyentuh rakyat dan negara, saya mencadangkan kita adakan satu perdebatan terbuka di antara Ketua Kerajaan dan Ketua Pembangkang apabila genap 100 hari pentadbiran kerajaan Pakatan Harapan (PH).-22/6/2018
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Berikan pendapat anda sebanyak di sini.
Komen menyalahi undang-undang akan ditanggung oleh penulisnya..
Tapisan tidak dibuat di blog ini.
Cuma ulasan mencarut dan sewaktu dengannya akan dipadamkan.