Pengikut Blog Panglima

Translate

Video Pilihan

08 Disember 2018

Malaysiakini Lapor PM Tun Mahathir DOA dan SOKONG Himpunan ICERD 2018 Hari Ini



Patutlah Polis bagi permit.

Patutlah DBKL bagi lesen.

Dengan situasi sangat genting sekarang adalah sangat bijak memberi sokongan kepada pihak UMNO PAS dan NGO ISLAM yang lain untuk mengadakan himpunan ICERD.

Jika tidak ia hanya akan menambah lagi api kemarahan rakyat terutama orang Melayu yang merasa sangat tertekan dengan isu agama, ekonomi, sosial dan sebagainya yang kini memenuhi ruang fikiran dan perasaan mereka.

Mereka tertekan dan merasakan kerajaan DAP mengawal kerajaan Malaysia Baru hari ini... Maka kemarahan mereka tidak dihalakan kepada Tun M namun kepada DAP yang begitu berani mengajar Tun M dan berleluasa melantik calon pilihan mereka di kedudukan strategik kerajaan.

Tidak mustahil sebelum tahun 2019 Tun M akan serahkan kerajaan kembali kepada BN. Tidak mustahil Tun M akan menjadi hero kepada Ultra Melayu dengan strateginya hari ini...

Cuma dengan cara yang tidak akan disangka oleh sesiapa...

Tun M bijak, dan menggunakan DAP untuk menjadi alat mengangkat pemimpin paling tua di dunia menjadi PM adalah satu penghinaan MAHA BESAR seorang politikus sejati seperti Tun M.


Siapa guna siapa sebenarnya....

Siapa lagi pandai putar belit ?

Lihat kenyataan PPBM isu ICERD dan baca juga isu isu lain.

OTA BHARU: Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) mengulangi pendiriannya tidak menyokong ratifikasi Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum (ICERD).

Setiausaha Agungnya Datuk Marzuki Yahya berkata banyak lagi konvensyen berhubung hak asasi manusia yang boleh diberi penekanan namun ICERD bukan salah satu daripadanya.

"ICERD ini semua sedia maklum Timbalan Presiden Bersatu (Datuk Seri Mukhriz Tun Mahathir) dah keluar kenyataan menjelaskan kita (Bersatu) tak menerimanya.

Hadir sama Ketua Penerangan Bersatu Senator Dr Mohd Radzi Md Jidin dan Pengerusi Badan Perhubungan Bersatu Kelantan Datuk Kamaruddin Md Nor.

Pada 9 Nov lepas, Mukhriz dilaporkan berkata tiada keperluan untuk negara menandatangani ICERD kerana ia tidak bersesuaian dengan situasi 'unik' di negara ini.

http://www.astroawani.com/berita-malaysia/bersatu-ulang-pendirian-tiada-keperluan-tandatangani-icerd-191413





Melayu semakin hampir bergabung dan cukuplah 6 bulan mereka yang anti Islam dan Melayu  dibiarkan bersenang lenang dan menarik hidung Tun M.

Penyokong tegar Tun M tidak tahan lagi melihat idola mereka diperlakukan seperti barua.


Ada ubi ada batas....


Baca doa dan sokongan PM di Malaysiakini

Himpunan Icerd: PM doakan lancar, elak buat kotor

Diterbitkan   | 
Selepas pihak berkuasa memberikan kebenaran kepada penyokong pembangkang berkumpul di Jalan Raja esok, perdana menteri hari ini tampil memberikan sedikit nasihat.
Kata Dr Mahathir Mohamad kerajaan berharap peserta "perhimpunan kesyukuran" sempena pembatalan rancangan meratifikasi Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Semua Bentuk Diskriminasi Kaum (Icerd) esok menjaga tingkah laku masing-masing.
Katanya keselamatan harta awam dan kebersihan ibu negara mesti dipelihara walaupun kerajaan tidak berhalangan untuk membenarkan kumpulan terbabit meneruskan majlis mereka.
"Cuma satu saja permintaan kerajaan, penganjur perlu membantu pihak polis dan pihak berkuasa yang lain memastikan tidak berlaku kekacauan atau kerosakan harta benda awam.
"Jika boleh jangan buang sampah merata-rata dan jagalah kebersihan," katanya dalam satu klip video hari ini.
Kerajaan Pakatan Harapan (PH) pada 23 November lalu membuat keputusan untuk tidak meratifikasi Icerd setelah mendapat tentangan hebat masyarakat Melayu dan Islam di negara ini.
Bagaimanapun, Gerakan Pembela Ummah (Ummah) yang menjadi penggerak kepada program itu tetap meneruskan hasrat mereka untuk berhimpun bagi menyatakan bantahan terhadap Icerd.
Puluhan ribu umat Islam dijangka akan berkumpul di Kuala Lumpur khususnya membabitkan ahli dan penyokong Umno dan PAS.
Bekas perdana menteri Najib Razak, Presiden Umno Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Presiden PAS, Abdul Hadi Awang antara pimpinan utama yang dijadual turun selain pemimpin badan bukan kerajaan (NGO).
Sementara itu, Mahathir berkata pada hakikatnya tidak ada keperluan untuk perhimpinan itu diadakan kerana kerajaannya telah menolak Icerd.
"Bagi pihak kerajaan jika perhimpunan itu diadakan atas dasar kesyukuran kita mengucapkan terima kasih kerana sokongan yang ditunjukan.
"Pihak kerajaan tidak berhasrat menghalang atau menyukarkan perhimpunan kerana ini bertentangan dengan dasar kerajaan yang mendokong prinsip-prinsip demokrasi," katanya.
Beliau juga sempat menitipkan doa buat program berkenaan.
"Sebagai penutup saya doakan agar perhimpunan itu berjalan lancar tanpa sebarang gangguan, marilah kita bersama-sama meraikan demokrasi di Malaysia," katanya.

Tiada ulasan:

Cari Blog Ini

Translate