Pengikut Blog Panglima

Translate

Video Pilihan

Memaparkan catatan dengan label dr asri. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label dr asri. Papar semua catatan

24 November 2009

Edisi Khas : Nik Aziz adalah Wahabi - Tok Guru Pondok Geting

Nik Aziz sudah terlalu takbur


TUMPAT 22 Nov. - Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat perlu bertanggungjawab terhadap kekeliruan dan perpecahan di kalangan umat Islam yang dicetuskan oleh kenyataan-kenyataan mengenai agama yang disesuaikan dengan kepentingan politiknya.


Pengasas Pondok Geting, Abdullah Sa'amah, 64, berkata, beliau membuat teguran secara terbuka itu biarpun akan dimusuhi kerana tindak-tanduk Mursyidul Am Pas itu sudah keterlaluan dan diselubungi rasa takbur.


Beliau yang juga Ahli Majlis Tertinggi Persatuan Pondok Kelantan berkata, banyak kenyataan Nik Abdul Aziz tidak bersandarkan ijtihad ulama dan beliau mentafsirkan al-Quran berdasarkan pemahaman sendiri yang sentiasa disesuaikan dengan kepentingan tertentu.


''Bagi saya, beliau bukan lagi Mursyidul Am," katanya kepada Utusan Malaysia ketika ditemui di madrasahnya di sini baru-baru ini.


Beliau yang lebih dikenali sebagai Tok Guru Haji Lah berkata, teguran yang dibuat oleh Persatuan Pondok Kelantan ditolak mentah-mentah oleh Menteri Besar Kelantan itu termasuk memorandum yang dihantar kepadanya pada penghujung tahun lepas.


"Teguran dibuat agar beliau lebih berhati-hati supaya tidak memesongkan akidah, tetapi beliau seolah-olah menyamakan kami dengan ahli UMNO sedangkan kami berjumpa dengannya penuh rasa hormat.


"Malah, saya sendiri pernah dua kali mengunjungi rumahnya bagi mendapatkan penjelasan mengenai situasi semasa tetapi gagal menemuinya," katanya.


Beliau berkata demikian ketika mengulas mengenai pelbagai kenyataan yang dikeluarkan Nik Abdul Aziz sebelum ini dalam memberi gambaran terhadap sifat Allah dan Nabi Muhamad SAW.


Ia juga berhubung penolakan Nik Abdul Aziz terhadap pembentukan kerajaan perpaduan, penghargaan terhadap orang bukan Islam membaca al-Quran dan isu penjualan arak yang berleluasa di Selangor.


Terbaru ialah mengenai isu Nik Abdul Aziz menerima tajaan untuk menunaikan haji pada musim ini dan soal orang ramai cuba mengambil keberkatan melalui dirinya.


Abdullah menarik perhatian bahawa kebanyakan kenyataan yang dibuat oleh Nik Abdul Aziz tidak selari sama sekali dengan aliran Sunnah Wal Jamaah malah lebih bersifat Wahabi.


"Nik Abdul Aziz berasa alim disebabkan dia mempunyai ijazah sarjana tetapi bab keseluruhan agama seperti akidah, tasawur, fikah dan usuluddin (dia) terlalu jahil, dia bukan Mursyidul Am," katanya.


"Madrasah saya terikat kerana masalah dasar saja iaitu al-Quran dan hadis. Dari situ saya muafakat (dengan Pas) tetapi pembawaan Nik Abdul Aziz dari segi akidah dan fikah saya menentang selama-lamanya dan habis-habisan.


"Bukan saya suka nak memecah-belah atau menghuru-harakan masyarakat, kita berani dan bersedia nak berdebat dengannya seperti dalam ceramahnya sebelum ini yang menyatakan Nabi Muhammad SAW masa kecil sama dengan orang kampung seperti kita," katanya.


Beliau juga amat kecewa dengan tindakan melulu Nik Abdul Aziz menolak cadangan penubuhan kerajaan perpaduan sedangkan ia menyentuh kepentingan umat Islam dan kuasa politik Islam.


Katanya, dalam keadaan sebegini, tentunya wajib bagi Pas dan UMNO bekerjasama bagi menjaga kedaulatan agama kerana situasi politik pada masa kini amat membimbangkan apatah lagi rakan politik Pas secara terang-terangan menolak pemerintahan Islam.


"Beliau terlalu takbur, tanpa sebarang perbincangan beliau telah menolak cadangan kerajaan perpaduan kerana syak wasangka. Perkara yang lepas (Pas keluar dari UMNO) biarlah berlalu, sekarang orang lain yang menerajui UMNO.


"Kita wajib mempertahankan kedaulatan orang Islam walaupun kita kata mereka (UMNO) tidak berdasarkan Islam.


"Dasar UMNO begitu disebabkan terdesak pada mula-mula penubuhannya disebabkan tekanan British dan kurang pengalaman dalam agama,'' ujarnya.


Menurutnya, selepas 50 tahun mentadbir negara, UMNO yang menjadi tulang belakang perkembangan Islam di Malaysia terus berada di barisan hadapan pemerintahan.


Utusan Malaysia




Nik Aziz sebenarnya memang sudah dikritik oleh Tuan Guru Haji Lah Pondok Lubuk Tapah. Sila lihat artikel saya di sini http://penembak-tepat.blogspot.com/2009/10/edisi-lengkap-15-dalil-nik-aziz-tidak.html



Saya bukan terlalu benci kepada Nik Aziz hingga menafikan semua sekali kebaikannya kerana beliau juga ada jasa tersendiri terhadap rakyat Kelantan dan saya salah seorang dari kalangan mereka yang memperolehinya.



Saya akui benda yang baik yang menguntungkan rakyat Kelantan dan menjadikan mereka mendapat kebajikan dari dasar Kerajaan Negeri sepanjang 19 tahun pentadbirannya.



Namun bab fahaman wahabi ini perlu dijelaskan kerana beliau boleh 'mengelirukan' orang awam yang cetek ilmu agamanya.



Tugas orang alim adalah memberi fahaman agama yang sebenar dan tidak menimbulkan isu yang boleh mengelirukan orang ramai. Contohnya ialah Al Quran sendiri boleh dibacakan dengan berbagai bentuk bacaan atau digelar 'qiraat'...



Namun bacaan qiraat yang mana jika dibaca hingga boleh menimbulkan fitnah maka ia tidak boleh dilaksanakan di khalayak awam. Kerana qiraat itu mengandungi 10 jenis bacaan yang berbeza antara satu sama lain. Seperti Ibnu Kathir, Abu Amru, Qalun dan lain lain.



Penjelasan lanjut tentang ilmu qiraat boleh diperolehi di sini http://abu-huzaifah.blogspot.com/2007/02/taujih-fiqhi-dalam-disiplin-ilmu-qiraat.html



Pemikiran Nik Aziz yang sealiran dengan Asri adalah pemikiran cenderung kepada fahaman Wahabi. Yang mana begitu taksub dengan pendekatan yang mengambil pendapat baru dan tidak disepakati oleh Ulama di dunia Islam. Nik Aziz mengakui pernah mengalami situasi seperti Asri ekoran fahaman wahabinya ( klik sini )


Bahkan anaknya dinamakan dengan seorang tokoh Wahabi bernama Abduh seperti yang dicatat oleh blog ini http://bankwahabi.wordpress.com/


Untuk mengetahu senarai ulama Wahabi sila klik link Bank Wahabi di atas.

[MuhammadAbduh&RashidRidha.jpg]

Persamaan pemikiran ala 'tajdid' ini di mana mereka jarang mengakui menganut fahaman wahabi dengan melabelkan diri sebagai salafi.



Bukan masalah fekah yang menjadi kerisauan kami yang menolak fahaman wahabi tetapi masalah yang menyentuh akidah dan boleh menjadikan seseorang itu 'rosak akidah' hingga boleh membatalkan semua ibadat yang dilakukan. Nauzubillah Min Zalik.



Penjelasan lanjut sila ke sini http://pondokhabib.wordpress.com/2009/11/12/waspada-‘tajdid’-wahhaby-–-mais/



Nik Aziz akhirnya dikritik secara terbuka oleh Tok Guru Pondok Geting dan serta dibantah oleh Persatuan Pondok Kelantan dan tidak mustahil satu persatu pembela Ahli Sunnah Wal Jamaah akan bangkit selepas ini bagi menolak sesiapa sahaja yang mengambil fahaman wahabi sebagai teras amalan harian mereka.



Jika bab ilmu dunia kita merujuk kepada pakar, kenapa bab agama kita mahu menjadi pakar dan menolak ulama yang mahir mengenainya ? Bukankah Mufti Mufti kita tidak menyokong wahabi kecuali Dr Asri sahaja ? Pelik tetapi ia adalah faktanya !!



Itulah terjadi kita sehingga orang seperti Khalid Samad yang tidak mempunyai pendidikan formal dalam bidang agama pun berangan ingin memberi kuliah agama dan telah ditolak oleh 1000 penduduk di Shah Alam berdasarkan berita di sini http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=1123&pub=Utusan_Malaysia&sec=Dalam_Negeri&pg=dn_19.htm



Sebelum itu beliau telah cuba mengumpul tandangan dan berjaya mendapat 650 tandantangan menyokong beliau diberi tauliah oleh JAIS.



Bagi saya jika tauliah dihentikan maknanya fahaman sesat dan songsang akan bertebaran tanpa pengawalan oleh Pihak Berkuasa seperti JAIS dan MAIS atau JAKIM dan itulah yang dikehendaki oleh 'munafik' dalam negara kita.



Lagi bahaya akidah umat akan semakin rosak dari fahaman Ahli Sunnah Wal Jamaah yang sebenar diwarisi turun temurun yang menghasilkan keamanan berpanjangan hingga ke hari ini.



Jika ditanya bukankah Mekah dan Madinah di bawah Kerajaan Arab Saudi dan bagaimana mungkin fahaman wahabi disebarkan di sana sedangkan mereka Khadam Haramian ( penjaga dua tapak suci ) ???


Anda perlu klik sini http://informasidajjal.weebly.com l untuk memahami dan menjawab persoalan tersebut


Fikirlah dan di sana anda pasti terkejut dengan pendedahan yang pasti menggemparkan !




04 November 2009

Edisi Petang : Harussani, Uthman Muhammady, Daud Che Ngah dan Dr Mashitah bidas penceramah tak mohon tauliah !

Tokoh tak mohon tauliah dibidas

Oleh Nazura Ngah, Hazpaizi Mohd Zain dan Zanariah Abd Mutalib
bhnews@bharian.com.my

KUALA LUMPUR: Beberapa tokoh agama Islam kesal dengan sikap segelintir tokoh agama yang menganggap mereka kebal dan tidak perlu mendapatkan tauliah untuk menyampaikan ceramah agama.

Sambil menganggap golongan itu sebagai takbur, mereka berpendapat populariti, kedudukan dan kelayakan bukan ‘lesen besar’ untuk menyampaikan ceramah kerana mereka terikat dengan undang-undang.

Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria, berkata peraturan yang dikuatkuasakan Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) adalah satu keperluan dan diselaraskan di seluruh negara selepas persetujuan Majlis Raja-Raja.

Katanya, adalah wajar peraturan itu dihormati dan dipatuhi sebagai tanda menjunjung kedaulatan undang-undang dalam prinsip Rukun Negara.

“Sistem pentauliahan bertindak sebagai mekanisme kawalan terhadap mana-mana pihak yang cuba menghidupkan amalan dan ajaran sesat.

“Saya tidak nampak kenapa peraturan seperti itu tidak boleh dipatuhi dan mereka yang enggan mendapatkan tauliah adalah mereka yang takbur. Doktor dan peguam juga perlu mendapat tauliah sebelum dibenarkan berkhidmat.

“Walaupun seseorang dianggap intelektual, dia tidak seharusnya sengaja melanggar undang-undang. Dalam isu ini, Jais hanya menunaikan tanggungjawab dan mereka mempunyai asas membuat tangkapan kerana ada peruntukan. Salah atau tidak, itu isu berbeza dan mereka boleh dibicarakan,” katanya semalam.

Beliau mengulas kenyataan bekas Mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainul Abidin yang mempertikaikan tindakan Jais menahannya kerana berceramah tanpa tauliah kerana menganggap dirinya bukan orang asing di negara ini dan pandangan beliau boleh dibaca dalam akhbar perdana selain mengajar di Universiti Sains Malaysia (USM).

Felo Kehormat Institut Pemikiran dan Tamadun Islam Antarabangsa (Istac), Dr Muhammad Uthman El-Muhammady, berkata semua pihak perlu kembali kepada prinsip Ahli Sunnah Wal Jamaah yang menetapkan Sultan Selangor sebagai ulil amri bagi rakyat negeri itu.

Katanya, rakyat wajib taat kepada baginda sebagai ulil amri dan kuasa yang diturunkan kepada Jais untuk melaksanakan tugas dalam bidang agama.


Beliau berkata, jika seorang tokoh agama menganggap dirinya berpengetahuan, matang serta beradab, maka lakukan dakwah secara intelektual, berdisiplin, beradab dan mengikut saluran sah tanpa provokasi, sensasi atau menangguk di air keruh yang akhirnya memakan diri.

“Kita kembali pada prinsip menyerahkan sesuatu kepada pihak berkuasa. Kita mengawal diri dengan disiplin dan adab secara berkesan untuk melihat isu selesai mengikut syarak,” katanya.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr Mashitah Ibrahim, berkata tindakan Jais tidak wajar dipertikai kerana mengikut enakmen negeri berkenaan.

Katanya, kekeliruan berlaku kerana orang yang ditahan adalah bekas mufti sedangkan hampir semua negeri menguatkuasakan sistem pentauliahan bagi membendung pihak tidak bertanggungjawab menyebarkan amalan, fahaman dan ajaran sesat.

“Kini ramai penceramah luar negara juga datang memberi ceramah dan jika tiada sistem pentauliahan, akan ada ajaran yang menyeleweng dan menyesatkan umat Islam. Ilmu dan kedudukan seseorang sehingga pernah menjadi mufti bukan lesen besar untuk memberi ceramah tanpa kebenaran,” katanya.

Mashitah turut mendedahkan beberapa penceramah termasuk bergelar datuk yang muncul di televisyen dan mendakwa graduan Universiti Al-Azhar sebenarnya gagal dalam pengajian mereka.

Sehubungan itu, beliau mengesyorkan stesen penyiaran mewajibkan semua penceramah mendapatkan pentauliahan daripada pihak berkuasa agama negeri.

Pendakwah bebas dan perunding motivasi, Datuk Md Daud Che Ngah pula berkata, akidah umat Islam lebih mudah diseleweng jika sistem pentauliahan tidak dilaksanakan.

Bagaimanapun, katanya, jabatan agama Islam wajar memberikan tauliah tanpa memilih bulu kerana ia boleh menyekat dakwah dan usaha meningkatkan syiar Islam.

“Dalam kes Dr Asri, beliau wajar disiasat untuk menentukan kesahihan dakwaan termasuk mengembangkan fahaman Wahabi,” katanya.


http://bharian.com.my



Komen :

Inilah kenyataan yang perlu dibaca oleh semua rakyat Malaysia. Tidak kira sesiapa pun kena dapatkan tauliah mengajar. Amaran demi amaran yang dikeluarkan oleh JAIS kepada bekas Mufti Perlis ini tidak dilayan sehingga terpaksa dikenakan tindakan.



Yang peliknya ramai tidak dapat membezakan isu ini antara politik dan agama Islam serta perpaduan rakyat Malaysia. Sehingga timbul berbagai teori atas teori.



Meskipun begitu saya sendiri tidak akan berhenti mendedahkan dengan segala bahan dan penerangan yang ada untuk memberi persepsi yang tepat kepada pembaca blog saya. Keputusan terakhir terpulang kepada kebijaksanaan pembaca menilainya.


Meskipun ia berbeza dengan pandangan anda yang saya kenal atau tidak di alam maya ini.



Namun begitu saya pelik kenapa masih ada NGO yang menyokong bekas Mufti ini yang jelas melanggar undang-undang Negeri Selangor kerana tidak mempunyai tauliah, memberikan sokongan kepada beliau dan membantah tindakan JAIS tersebut.



Untuk melihat NGO yang membela Dr Asri ( adakah pro Wahabi juga ? )

boleh klik di sini :


Institut al-Qayyim, Pulau Pinang;

Pertubuhan Kebajikan al-Nidaa Malaysia, Kuala Lumpur;

Institut al-Mizan, Negeri Sembilan;

Pertubuhan Kebajikan al-Qalam, Perlis;

Akademi al-Faqeh, Selangor;

INTIS Consultant and Training, Kuala Lumpur;

Yayasan at-Tibyan, Pahang.

Institut Ibn Kathir, Perlis;

Yayasan Kebajikan Nusantara (YAKIN), Kuala Lumpur;

Pertubuhan al-Khaadem, Kuala Lumpur;

Yayasan Ta’lim, Kuala Lumpur; Islamic Propagation Centre International (IPCI), Pulau Pinang;

Pertubuhan Kebajikan dan Pendidikan Ibnu Hajar(IBH), Melaka dan

Gagasan Ulama Ahli Sunnah wal Jamaah Malaysia (GUASMA).

Edisi Pagi : Dr Asri pernah membantah tindakan JAKIM isu Raja Petra hina Nabi !

Jakim pertahan tindakan terhadap Raja Petra

PUTRAJAYA 7 Sept. - Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) mempertahankan tindakannya membuat laporan polis terhadap Raja Petra Kamaruddin berhubung artikelnya dalam blog Malaysia Today yang didakwa menghina Islam dan Rasulullah.

Ketua Pengarahnya, Datuk Wan Mohamad Sheikh Abd. Aziz berkata, laporan polis terhadap penulis blog itu amat perlu untuk membendung kegelisahan di kalangan orang Islam yang berasa tersinggung apabila kesucian agama mereka dihina.

Beliau berkata, dengan laporan polis itu, tidak bermakna Jakim tidak boleh berdialog dengan penulis blog itu bagi memperbetulkan akidah dan fahamannya.

"Kami mengambil langkah pentadbiran sesuai dengan kedudukan Jakim sebagai sebuah agensi Pusat untuk mencegah dan membendung kegelisahan di kalangan rakyat terutama orang Islam.
"Jadi saya menolak andaian sesetengah pihak kononnya langkah yang diambil oleh Jakim ini sebagai tidak tepat sebaliknya perlu berdialog dengan penulis blog tersebut,'' katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Beliau menyatakan demikian ketika diminta mengulas laporan Mingguan Malaysia hari ini yang memetik Mufti Perlis, Dr. Mohd. Asri Zainul Abidin sebagai berkata, tindakan empat agensi Islam termasuk Jakim membuat laporan polis terhadap Raja Petra adalah tidak tepat.

Mohd. Asri sebaliknya menegaskan, Jakim sepatutnya mengadakan sesi dialog dengan Raja Petra bagi memperbetulkan akidah dan fahamannya terhadap Islam sebagai langkah pertama bagi menyelesaikan masalah tersebut.

Dalam hubungan ini, Wan Mohamad berkata, Jakim bersedia pada masa bila-bila masa untuk mengadakan sesi dialog dengan mana-mana pihak dan selama ini pihaknya memang sering mengadakan dialog seumpama itu.

Justeru, tegas beliau, Asri seharusnya merujuk terlebih dahulu kepada pihaknya berkaitan perkara tersebut dan tidak menyindir rakan-rakan sejawatan secara terbuka kerana ia satu langkah tidak beretika.

Beliau yang secara terbuka menegur mufti muda itu berkata, forum terbaik bagi Asri untuk menyampaikan kritikan adalah melalui Jawatankuasa Muzakarah Fatwa Kebangsaan yang dianggotai mufti-mufti yang jauh lebih berpengalaman.

"Masalahnya beliau kerap tidak hadir dalam muzakarah tetapi beliau lebih senang menghadiri program yang lebih beliau sukai dan berorientasikan hizbiah (kepartian).

"Jadi sudah tiba masanya mufti tersebut ditakdib (diperadabkan), bimbang nanti dia terbelenggu dengan sifat ujub, rasa pandangannya hebat sehingga ada kecenderungan merendah-rendahkan orang lain,'' katanya.
Sumber : Utusan Malaysia tarikh 8.9.2008

02 November 2009

Edisi Panas : Sister In Islam turut hadir sokong Dr Asri !


Menarik kerana isu penahanan Dr Asri telah mendapat perhatian Perdana Menteri yang telah mempersoal motif tindakan JAIS tersebut.

Dr Asri juga turut bertuah kerana mendapat sokongan ramai pihak Islam Liberal dan Islam Wahabi termasuk Sister In Islam, selain beberapa tokoh pembangkang seperti keratan akhbar Mstar Online di atas.

Paling menarik, rupa-rupanya Ketua Dewan Ulama PAS pernah mempelawa beliau menyertai PAS dan disiarkan di laman Dr Asri di sini http://drmaza.com/home/?p=764 selain pernah digosipkan akan menyertai PKR di sini



Apakah anda ingin mengetahui kaitan SIS dengan Asri ?

Sebenarnya SIS pernah dibela oleh Dr Asri. Klik laporan di sini http://mstar.com.my/berita

Meskipun ada beberapa perkara dia bercanggah dengan SIS namun beberapa perkara juga telah disepakati oleh beliau dan SIS.

Isu pengharaman buku oleh KDN turut disentuh oleh bekas Mufti negeri Wahabi ini yang turut disentuh oleh Sister In Islam. Tindakan yang bersifat ingin menjaga dari fahaman sesat dan menyeleweng oleh KDNK telah dikritik oleh bekas Mufti termuda Malaysia ini.

Lihat beritanya di laman berita pro Islam Liberal yang aktif mengangkat tokoh wahabi ini iaitu Malaysiakini di sini

http://www.malaysiakini.com/news/91015

Sepatutnya tugas mana mana agensi yang berada di bawah Yang Dipertua Agong atau Sultan sebagai ketua Agama tidak wajar dipertikaikan oleh mana-mana pihak.

Jangan kita terperangkap di sebalik isu yang berlaku kerana yang lebih besar di sebaliknya ialah kedudukan JAIS sebagai sebuah agensi agama di dalam menjalankan penguatkuasaan tidak mengira sesiapa dan gelaran yang dimilikinya.

Bukankah itu yang dikehendaki oleh rakyat dan diperjuangkan oleh kita dan mereka dari pembangkang ? Kita mahukan sesiapa yang bersalah ditangkap dan kita mengkritik apabila JAIS menangkap pesalah yang mengajar tanpa tauliah ini. Begitu juga ketika SPRM menangkap tokoh tertentu maka ramai yang mengkritik sedangkan tugas SPRM bukan diarahkan oleh mana-mana pihak.

Malang sekali ramai tidak melihat maslahat ummah di sebalik tangkapan terhadap Dr Asri yang turut ditolak oleh 15 NGO berhubung jawatan Ydp Yadim baru-baru ini.. Jangan lupa bahawa fahaman wahabi sangat berbahaya dan Osama Laden antara yang mengikut ajaran ekstrim ini.


Lihat blog pembangkang yang menyokong Dr Asri :

1. Blog Ketua Pemuda PAS http://episodeperjuangan.blogspot.com/2009/11/jais-tidak-profesional.html

2. Blog Pemuda PAS Perak http://dppperak.blogspot.com/

3. Yb PAS http://idhamlim.blogspot.com/2009/11/bekas-mufti-perlis-dr-mohd-asri-zainul.html

4. Penarik Becaa http://penarikbeca.blogspot.com/2009/11/hujah-lawan-hujah-la-jais-oi.html

Bahkan Harakahdaily turut mengkritik tindakan JAIS tersebut (http://www.harakahdaily.net/)


Adakah begitu ramai sokongan menunjukkan Dr Asri berbaju Umno berhatikan PAS ? Saya rasa isu ini tidak melibatkan sesiapa kecuali kerana fahaman wahabi yang dibawa oleh beliau.

Sesiapa pernah bekerja di Majlis Keselamatan Negara tahu bahawa ancaman wahabi adalah antara ancaman yang boleh menggugat negara kita kerana ajaran yang ekstrim tersebut. Ia disahkan oleh kawan Panglima yang bekerja dengan JAKIM..


Jika ada tambahan sila tinggalkan di ruang komen bawah ini !

Update : Edisi Pagi:Dr Asri yang ditangkap bersama Yb PAS dan PKR

Pagi ini kita dikejutkan dengan penangkapan bekas Mufti Perlis Dr Asri yang ditangkap kerana mengajar tanpa tauliah ( klik sini ).

[TANGKP.jpg]

Sebelum ini hanya pemimpin ajaran sesat sahaja yang ditahan bawah kesalahan tersebut. Terbaru Si Kahar yang mendakwa menjadi Rasul Melayu.

Sebelum ini blog yang aktif seperti Zamihan Al Ghari ( Pegawai JAKIM ) kerap mengkritik geng Wahabi ini terutama Dr Asri dan isu penangkapan Dr Asri ini turut diulas oleh beliau di sini..

http://al-ghari.blogspot.com/2009/11/asri-ditangkap-jais.html

Persoalannya: kenapa yang hadir bersama di sana dua orang Yb Pakatan Rakyat dari PAS dan PKR iaitu Yb Saari Sungip dan Zuraidah Ismail?




gambar dari Blog Korban-Demokrasi

Adakah kenyataan beliau menyokong kalimah Allah kepada bukan Islam ( lihat di sini ) serta mengkritik tindakan JAIS yang menahan pesalah khalwat di hotel sealiran dengan Islam Liberal pimpinan dalam PKR ?

Saya teringat bahawa UIA adalah tempat 'jin wahabi' bertendang dan tidak mustahil aliran sama juga di kalangan pemimpin PKR yang berjuang atas dasar Islam Liberal yang menghalalkan apa sahaja.

Barangkali inilah punca kenapa Dr Asri dilihat kerap mengkritik Kerajaan seperti isu Tugu Negara termasuk begitu biadap mengkritik Jabatan Agama Islam sebagai jabatan yang paling lembab di Malaysia ( link klik sini )

Wahabi yang dikaitkan dengan Dr Asri adalah fahaman menyeleweng. Ia tidak sahaja berkaitan dengan masalah Fekah bahkan turut melibatkan masalah Tauhid dan jua Tasauf.

Pendek kata, ajaran ini sangat berbahaya dan memang patut Pihak Berkuasa dan Jabatan Agama menghalang ajaran sesat ini dari terus berkembang.

Kenapa ajaran ini semakin merebak?

Kerana ada ramai pelajar yang ditaja oleh Arab Saudi untuk belajar dan mengajar fahaman ini di merata tempat di seluruh dunia.

Jika nak ditulis satu persatu terlalu banyak yang telah berlaku. Cuma sebagai contoh mudah anda boleh fikirkan kenapa hanya seorang yang mengajar fahaman ini dari kalangan Mufti berbanding Mufti- Mufti yang lain semasa zaman Dr Asri?

Saya merasakan tindakan tegas juga perlu dibuat terhadap tokoh Wahabi yang lain kerana mereka mengajar fahaman yang bercanggah dengan Al quran, Hadis serta Ijmak Ulama.

Syabas kepada pihak JAIS dan semoga sesiapapun tidak kira penyokong Umno, Pas dan Pkr yang terlibat membawa fahaman songsang ini perlu ditahan dan dihalang.

Bahkan saya terbaca di blog ini

http://jihadwahabi.blogspot.com/2009/05/wahabi-boleh-meliwat-dr-maza.html

bahawa dia mengatakan ada ulama menghalalkan perbuatan liwat (mungkin ulama wahabi)

Masya Allah !



Jika Anwar Ibrahim terbaca artikel membenarkan liwat tentu beliau akan tersenyum lebar.

Persoalannya adakah ajaran sebegini yang kita mahu biarkan?

Nauzubillahi Min Zalik !!


Apakah natijah ditahan mengajar tanpa tauliah ? Lihat di bawah ini :




Tambahan : Lagi maklumat versi menarik oleh Abe Mie sini

http://pkrpasdap.blogspot.com/2009/11/fahaman-wahabi.html

Cari Blog Ini

Translate