Pengikut Blog Panglima

Translate

Video Pilihan

Memaparkan catatan dengan label nazri aziz. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label nazri aziz. Papar semua catatan

01 Februari 2009

Ingatan untuk semua sahabat BPN - isu gambar aib anak pemimpin di blog masing masing

Komen ini saya letak di Blog Angin Perubahan.. Tentang gambar anak Anwar yang disiarkan oleh blogger tersebut. Gambar tersebut juga ada dimuat di blog lain seperti brokenthecode. Ia rentetan isu anak Najib, Nazri Aziz sebelum ini yang turut disiar oleh kebanyakan blog pembangkang seperti



Saya berkesempatan memberi sedikit pandangan dan semoga ia memberi kebaikan kepada diri saya dan juga sahabat sahabat BPN semua.

Ia bagi menyeru kepada semua agar tidak lagi memaparkan mana mana gambar berkenaan anak pemimpin dari BN baik atau PR. Supaya keluarga tidak dijadikan sasaran perang siber kita sedangkan mereka tidak berdosa dan tidak terlibat dengan sengketa politik kita ini..

Ini dia komen saya :


Saya tidak menyangka isu ini menarik perhatian termasuk faisal tehrani sendiri..

Saya tahu kita bebas membuat apa sahaja di blog kita demi menunjukkan kebencian terhadap seseorang.

Namun bagi saya tidak wajar kita menjadikan isu gambar anak mana mana pemimpin samada Najib, Muhyidin, Hishamudin termasuk Anwar sebagai bahan posting di blog kita.

Tetapi siapa yang bercakap nada begini ( menentang ) ketika gambar anak Najib Hisamudin Nazri Aziz disebarkan di internet ?

Siapa ada angkat tangan ???

Saya sungguh tidak sangka kita tidak adil rupanya. Jika anak pemimpin BN disebar dan diaibkan nampaknya orang orang PAS dan PKR biarkan saja berleluasa dan duduk diam diam..

Tetapi sekali kena kepala pemimpin Pakatan Rakyat kita lihat mereka yang duduk diam sebelum ini mula bising dan tidak membiarkan ia begitu sahaja.

Tidak kepada anak pemimpin BN atau PR, mereka semua perlu dipencil dari dilibatkan dalam perang politik siber ini. 

Perkara ini pernah saya timbulkan ketika isu gambar anak Nazri Aziz dan sekali lagi saya ulangi di sini bagi renungan penyokong BN atau PR.

Mari kita muhasabah dan jangan kita lupa ada juga dosa dengan manusia yang memerlukan kita memohon maaf dengan mereka di akhirat nanti..

Jika kita membuka aib diri mereka lebih lebih lagi di alam siber yang maha luas capaiannya ini..Maka tentu susah meminta maaf kembali.

Moga kita semua dapat sedar dan insaf serta bertaubat kepadaNya.

Tidak kira PAS PKR atau UMNO sendiri jika terlanjur..

Orang Beriman akan segera beristigfar jika ada kesalahan dilakukan.

Sesiapa pernah siarkan gambar aibkan anak mana mana pemimpin patut memohon maaf secara terbuka di blog mana mereka lakukannya..

Saya berharap perbuatan ini akan dihentikan dengan segera.

Binalah suasana berpolitik yang benar benar sihat tanpa dilibatkan sekali mana mana ahli keluarga pemimpin yang tidak berdosa dan tidak menjadi lawan politik kita.

Peringatan ini juga untuk saya. 

Salam perjuangan.

Cari Blog Ini

Translate