Pengikut Blog Panglima

Translate

Video Pilihan

22 November 2008

Perkembangan terkini Sidang Maya Blogger Pembela Negara kali ke II



Semalam hari kedua Sidang Maya Parlimen Blogger yang sudah disepakati nama Team ini dengan Blogger Pembela Negara ( cadangan Cheguman Waadat )

Sidang pertama dibuat pada jam 9 pagi sehingga 12 tengah hari dan sidang kedua semalam jam 9 hingga 12 malam... memandangkan saya ada urusan, maka sidang diteruskan oleh S/U Parlimen blogger Utusan Che Moq...

Satu keseronokan luar biasa apabila kita dapat bersua dengan para blogger yang komited mempertahankan negara dan juga bersedia menemui rakan rakan yang lain ( walaupun hampir kejang tangan ) melayan semua rakan rakan blogger yang mencecah 4 jam keseluruhan satu sesi sidang.

Seronok juga apabila bloggers seperti Minda Intelek, PerakBangkit, PasPkrDap, SejarahMelayu, GAP, Waadat ( sekadar beberapa nama ) hadir dan sudi bertukar fikiran serta info dengan rakan rakan yang lain. Satu suasana harmoni dan sangat mesra.


Bahkan ramai dari luar turut datang memerhatikan sidang maya ini yang melibatkan blogger dari negeri seperti Selangor, Melaka, Perak ( sbg contoh )...

Ikatan ini sangat penting sebenarnya kerana ia membantu ke arah menggalakkan lagi perang siber melawan fikrah melampau dan tidak bersyukur sesetengah blogger yang telah menabur saham dalam membentuk persepsi masyarakat awam bawahan. Atau yang melempar batu sembunyi tangan sehingga fitnah berleluasa dalam pemikiran minda orang melayu Islam...atau rakyat Malaysia keseluruhannya.

Sedangkan kita juga tidak boleh berdiam diri terhadap keputusan yang dirasa tidak sesuai dibuat kerajaan.

namun, menyumpah seranah dan menghambur kejian dan kata nista tidak akan menyelesaikan masalah. 

Lebih baik perbahasan antara bloggers dilakukan dan resolusi dibuat bagi menghantar signal kepada kerajaan tentang pendirian bloggers terhadap apa jua isu.

Seperti isu Majlis Peguam yang menghina Islam, Tulisan Jawi dipinggirkan dan dihalang dari dipakai, Isu mualaf keluar Islam, politik wang, dan lain lain lagi.

jadi, persatuan blogger yang bernamakan Blogger Pembela Negara ini; diharapkan akan berterusan dan kekal.

Insya blogger PASPKRDAP iaitu abe mie terjah ( bekas wartawan ) akan mengusahakan akhbar mingguan ( 2 x seminggu ) Blogger yang pasti memuatkan pandangan positif dan negatif blogger dan diharap ia suara kita dalam menyumbang kepada pembangunan negara agar tetap di atas landasan !!!

Jom kepada saudar/i yang belum menyertainya, kita jumpa lagi malam ini jam 9 malam....


Di bawah salinan komen terkini saya untuk Blogger2 seperti Kadir Jasin, MSO, BigDotCom, Roslan SMS, Penarik Beca dll

Selamat bersidang YB YB sekelian ....


Salam Perpaduan Ummah ! ada kawan2 suruh saya ajak tuan blog untuk dtg join perbahasan bloggers pro BN vs pro PR.. inisiatif ini saya usahakan untuk mengumpul bloggers yg berani dan sedar realiti politik sekarang. Add email saya, untuk kt beramah mesra dan bertukar fikiran dengan team kami ttg politik negara kita. Kita mengkritik tidak bermakna kita bergaduh, bersetuju tidak bermakna semuanya kita angguk memberi restu. Kita mahu bloggers menjadi pihak mempertahankan yang benar dan menolak yang salah. Dengan hikmah dan mauizah hasanah.. Berani berkata benar dan nasihat dengan hikmah seperti tauladan keluarga Rasulullah, itulah yg kita mahu dalam mengumpul bloggers utk sesi sidang alam maya ini.. Lagi banyak bloggers pro dan kontra bertemu sesama sendiri lagi bagus, untuk menajamkan lagi skill perbahasan dan pengetahun serta kefahaman kita terhadap sesuatu isu. harap tuan blog sudi datang dan sy tahu tuan memang orang yang berani @ 'ada telur' untuk bertukar fikiran dgn sesiapa sahaja.. setakat ini blogger dari AnwarDotCom, Minda Intelek, Medan Info, ,GAP, PerakBangkit, SejarahMelayu, Nobisha, Waadat, Pilihan Anda, PerigiJernih, saudagarsenja, Sarfams, paspkrdap,utusanchemoq,abagtuah, pokotua, malim muda sudah menyertai sidang maya bloggers ini.. Jemputan juga sudah dihantar ke bloggers lain seperti Kadir Jasin, Roslan SmS, Penarik Beca dll... Sila add email saya panglimaperangcyber@yahoo.com demi untuk agama,bangsa & negara kita !! Waktu Rasmi : 9 pm Waktu lain : bila2 masa bloggers online dan free untuk sidang. sekian. http://penembak-tepat.blogspot.com

14 ulasan:

Tai berkata...

Bagus. Teruskan usaha murni encik. Saya sokong.

perfectwater75 berkata...

Salam Tuan,

Saya pun nak join juga

Kalau sudi terima maklumkanlah ye...


thx!

a.d.a.m. berkata...

alhamdulillah...
semoga usaha saudara mendapat rahmat ALLAh.
bersama kita perjuangan kembali agenda MALAYSIA!!!

Sangtawal Sakranta berkata...

salam panglima,

buleh ko ambo join ghetek team demo ni?
mitak maaf,tokde nak join 2 sesi sidang maya demo...ambo sibuk sikit lo ni..

teruskan usaha murni
http://www.sangtawal.blogspot.com
sangtawal@yahoo.com

OTAI (Otak Tenang Akal Inovatif) berkata...

penembak... aku nak join jugak kat mana ni?

ramlyotai.blogspot.com

aberamly.wordpress.com

Panglima Perang Cyber berkata...

Perfectwater dan Otai >>>>

dialu alukan saudara saudari join team ini..

add email saya : panglimaperangcyber@yahoo.com dalam Yahoo Messenger sedara.

Link dowload Yahoo Messenger ada saya sedia di artikel seruan sertai team blogger ...

slmt bersidang YB semua...

Awanama berkata...

buatlah dahulu ... kita semua tengok. nampak sangat ini usaha khairy.

Panglima Perang Cyber berkata...

Ni baling batu sembunyi tangan...u memang nak gagalkan usaha ni.

sila tengok sendiri perbincangan dlm team ini.

jgn serkap jarang...

Tq

tepet berkata...

tuan panglimo.. ok den dah faham..dan izinkan sayo copy n paste sedikit posting tuan ke dalam blog den...

BRO JINGGO berkata...

Salam Perjuangan Bro...

Teruskan usaha murni Panglima Perang Cyber...

Sayangnya saya sering tidak berkesempatan untuk turut serta ke konferensi kerana saya agak kesibukan sedikit. Mamang saya berminat untuk mengikutinya... Insayaalah satu hari nanti saya akan cuba luangkan masa saya...

HANG LEKIR berkata...

Assalamualaikum Panglima Perang,

Apa beza Angkatan Blogger Malaysia dengan Blogger Pembela Negara?

Lekir menyokong usaha murni ini dan sentiasa mengikuti perkembangan

HANG LEKIR berkata...

Assalamualaikum Panglima Perang,

Apa beza Angkatan Blogger Malaysia dengan Blogger Pembela Negara?

Lekir menyokong usaha murni ini dan sentiasa mengikuti perkembangan

Panglima Perang Cyber berkata...

Hang Lekir, angkatan blogger Malaysia asal cadangan ahli forum
( tak silap saya Ah Lang blogger perigijernih).

selepas dibincangkang sesama ahli forum, semua sebulat menerima cadangan cheguman waadat nama Blogger Pembela Negara tersebut..

that's all dan jumpa lagi debat malam ni.

Tai berkata...

Encik, tak faham. Apa nama dia encik? Apa i d cheeguman?

Cari Blog Ini

Translate