Pengikut Blog Panglima

Translate

Video Pilihan

24 November 2009

Edisi Khas : Nik Aziz adalah Wahabi - Tok Guru Pondok Geting

Nik Aziz sudah terlalu takbur


TUMPAT 22 Nov. - Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat perlu bertanggungjawab terhadap kekeliruan dan perpecahan di kalangan umat Islam yang dicetuskan oleh kenyataan-kenyataan mengenai agama yang disesuaikan dengan kepentingan politiknya.


Pengasas Pondok Geting, Abdullah Sa'amah, 64, berkata, beliau membuat teguran secara terbuka itu biarpun akan dimusuhi kerana tindak-tanduk Mursyidul Am Pas itu sudah keterlaluan dan diselubungi rasa takbur.


Beliau yang juga Ahli Majlis Tertinggi Persatuan Pondok Kelantan berkata, banyak kenyataan Nik Abdul Aziz tidak bersandarkan ijtihad ulama dan beliau mentafsirkan al-Quran berdasarkan pemahaman sendiri yang sentiasa disesuaikan dengan kepentingan tertentu.


''Bagi saya, beliau bukan lagi Mursyidul Am," katanya kepada Utusan Malaysia ketika ditemui di madrasahnya di sini baru-baru ini.


Beliau yang lebih dikenali sebagai Tok Guru Haji Lah berkata, teguran yang dibuat oleh Persatuan Pondok Kelantan ditolak mentah-mentah oleh Menteri Besar Kelantan itu termasuk memorandum yang dihantar kepadanya pada penghujung tahun lepas.


"Teguran dibuat agar beliau lebih berhati-hati supaya tidak memesongkan akidah, tetapi beliau seolah-olah menyamakan kami dengan ahli UMNO sedangkan kami berjumpa dengannya penuh rasa hormat.


"Malah, saya sendiri pernah dua kali mengunjungi rumahnya bagi mendapatkan penjelasan mengenai situasi semasa tetapi gagal menemuinya," katanya.


Beliau berkata demikian ketika mengulas mengenai pelbagai kenyataan yang dikeluarkan Nik Abdul Aziz sebelum ini dalam memberi gambaran terhadap sifat Allah dan Nabi Muhamad SAW.


Ia juga berhubung penolakan Nik Abdul Aziz terhadap pembentukan kerajaan perpaduan, penghargaan terhadap orang bukan Islam membaca al-Quran dan isu penjualan arak yang berleluasa di Selangor.


Terbaru ialah mengenai isu Nik Abdul Aziz menerima tajaan untuk menunaikan haji pada musim ini dan soal orang ramai cuba mengambil keberkatan melalui dirinya.


Abdullah menarik perhatian bahawa kebanyakan kenyataan yang dibuat oleh Nik Abdul Aziz tidak selari sama sekali dengan aliran Sunnah Wal Jamaah malah lebih bersifat Wahabi.


"Nik Abdul Aziz berasa alim disebabkan dia mempunyai ijazah sarjana tetapi bab keseluruhan agama seperti akidah, tasawur, fikah dan usuluddin (dia) terlalu jahil, dia bukan Mursyidul Am," katanya.


"Madrasah saya terikat kerana masalah dasar saja iaitu al-Quran dan hadis. Dari situ saya muafakat (dengan Pas) tetapi pembawaan Nik Abdul Aziz dari segi akidah dan fikah saya menentang selama-lamanya dan habis-habisan.


"Bukan saya suka nak memecah-belah atau menghuru-harakan masyarakat, kita berani dan bersedia nak berdebat dengannya seperti dalam ceramahnya sebelum ini yang menyatakan Nabi Muhammad SAW masa kecil sama dengan orang kampung seperti kita," katanya.


Beliau juga amat kecewa dengan tindakan melulu Nik Abdul Aziz menolak cadangan penubuhan kerajaan perpaduan sedangkan ia menyentuh kepentingan umat Islam dan kuasa politik Islam.


Katanya, dalam keadaan sebegini, tentunya wajib bagi Pas dan UMNO bekerjasama bagi menjaga kedaulatan agama kerana situasi politik pada masa kini amat membimbangkan apatah lagi rakan politik Pas secara terang-terangan menolak pemerintahan Islam.


"Beliau terlalu takbur, tanpa sebarang perbincangan beliau telah menolak cadangan kerajaan perpaduan kerana syak wasangka. Perkara yang lepas (Pas keluar dari UMNO) biarlah berlalu, sekarang orang lain yang menerajui UMNO.


"Kita wajib mempertahankan kedaulatan orang Islam walaupun kita kata mereka (UMNO) tidak berdasarkan Islam.


"Dasar UMNO begitu disebabkan terdesak pada mula-mula penubuhannya disebabkan tekanan British dan kurang pengalaman dalam agama,'' ujarnya.


Menurutnya, selepas 50 tahun mentadbir negara, UMNO yang menjadi tulang belakang perkembangan Islam di Malaysia terus berada di barisan hadapan pemerintahan.


Utusan Malaysia




Nik Aziz sebenarnya memang sudah dikritik oleh Tuan Guru Haji Lah Pondok Lubuk Tapah. Sila lihat artikel saya di sini http://penembak-tepat.blogspot.com/2009/10/edisi-lengkap-15-dalil-nik-aziz-tidak.html



Saya bukan terlalu benci kepada Nik Aziz hingga menafikan semua sekali kebaikannya kerana beliau juga ada jasa tersendiri terhadap rakyat Kelantan dan saya salah seorang dari kalangan mereka yang memperolehinya.



Saya akui benda yang baik yang menguntungkan rakyat Kelantan dan menjadikan mereka mendapat kebajikan dari dasar Kerajaan Negeri sepanjang 19 tahun pentadbirannya.



Namun bab fahaman wahabi ini perlu dijelaskan kerana beliau boleh 'mengelirukan' orang awam yang cetek ilmu agamanya.



Tugas orang alim adalah memberi fahaman agama yang sebenar dan tidak menimbulkan isu yang boleh mengelirukan orang ramai. Contohnya ialah Al Quran sendiri boleh dibacakan dengan berbagai bentuk bacaan atau digelar 'qiraat'...



Namun bacaan qiraat yang mana jika dibaca hingga boleh menimbulkan fitnah maka ia tidak boleh dilaksanakan di khalayak awam. Kerana qiraat itu mengandungi 10 jenis bacaan yang berbeza antara satu sama lain. Seperti Ibnu Kathir, Abu Amru, Qalun dan lain lain.



Penjelasan lanjut tentang ilmu qiraat boleh diperolehi di sini http://abu-huzaifah.blogspot.com/2007/02/taujih-fiqhi-dalam-disiplin-ilmu-qiraat.html



Pemikiran Nik Aziz yang sealiran dengan Asri adalah pemikiran cenderung kepada fahaman Wahabi. Yang mana begitu taksub dengan pendekatan yang mengambil pendapat baru dan tidak disepakati oleh Ulama di dunia Islam. Nik Aziz mengakui pernah mengalami situasi seperti Asri ekoran fahaman wahabinya ( klik sini )


Bahkan anaknya dinamakan dengan seorang tokoh Wahabi bernama Abduh seperti yang dicatat oleh blog ini http://bankwahabi.wordpress.com/


Untuk mengetahu senarai ulama Wahabi sila klik link Bank Wahabi di atas.

[MuhammadAbduh&RashidRidha.jpg]

Persamaan pemikiran ala 'tajdid' ini di mana mereka jarang mengakui menganut fahaman wahabi dengan melabelkan diri sebagai salafi.



Bukan masalah fekah yang menjadi kerisauan kami yang menolak fahaman wahabi tetapi masalah yang menyentuh akidah dan boleh menjadikan seseorang itu 'rosak akidah' hingga boleh membatalkan semua ibadat yang dilakukan. Nauzubillah Min Zalik.



Penjelasan lanjut sila ke sini http://pondokhabib.wordpress.com/2009/11/12/waspada-‘tajdid’-wahhaby-–-mais/



Nik Aziz akhirnya dikritik secara terbuka oleh Tok Guru Pondok Geting dan serta dibantah oleh Persatuan Pondok Kelantan dan tidak mustahil satu persatu pembela Ahli Sunnah Wal Jamaah akan bangkit selepas ini bagi menolak sesiapa sahaja yang mengambil fahaman wahabi sebagai teras amalan harian mereka.



Jika bab ilmu dunia kita merujuk kepada pakar, kenapa bab agama kita mahu menjadi pakar dan menolak ulama yang mahir mengenainya ? Bukankah Mufti Mufti kita tidak menyokong wahabi kecuali Dr Asri sahaja ? Pelik tetapi ia adalah faktanya !!



Itulah terjadi kita sehingga orang seperti Khalid Samad yang tidak mempunyai pendidikan formal dalam bidang agama pun berangan ingin memberi kuliah agama dan telah ditolak oleh 1000 penduduk di Shah Alam berdasarkan berita di sini http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=1123&pub=Utusan_Malaysia&sec=Dalam_Negeri&pg=dn_19.htm



Sebelum itu beliau telah cuba mengumpul tandangan dan berjaya mendapat 650 tandantangan menyokong beliau diberi tauliah oleh JAIS.



Bagi saya jika tauliah dihentikan maknanya fahaman sesat dan songsang akan bertebaran tanpa pengawalan oleh Pihak Berkuasa seperti JAIS dan MAIS atau JAKIM dan itulah yang dikehendaki oleh 'munafik' dalam negara kita.



Lagi bahaya akidah umat akan semakin rosak dari fahaman Ahli Sunnah Wal Jamaah yang sebenar diwarisi turun temurun yang menghasilkan keamanan berpanjangan hingga ke hari ini.



Jika ditanya bukankah Mekah dan Madinah di bawah Kerajaan Arab Saudi dan bagaimana mungkin fahaman wahabi disebarkan di sana sedangkan mereka Khadam Haramian ( penjaga dua tapak suci ) ???


Anda perlu klik sini http://informasidajjal.weebly.com l untuk memahami dan menjawab persoalan tersebut


Fikirlah dan di sana anda pasti terkejut dengan pendedahan yang pasti menggemparkan !




7 ulasan:

Musafir Kelana berkata...

Saya akui benda yang baik yang menguntungkan rakyat Kelantan dan menjadikan mereka mendapat kebajikan dari dasar Kerajaan Negeri sepanjang 19 tahun pentadbirannya.

cari perdamaian, jangan cari permusuhan...9 jahat, 1 baik pd seseorang itu, maka berkawanlah kerana 1 yang baik...9 baik, 1 jahat pada seseorang itu, maka berkawanlah juga....
jika wahabi itu memang menyesatkan orang ramai maka tangkaplah orang yang membawa fahaman tersebut demi supaya mereka yang lain tidak terikut dgn fahaman tersebut.
usahlah kita mendabik dada kita sahaja yg benar dan tepat dalm akidah.
sebab "iktikad" kita kadangkala tidak sama dengan "amalan" kita.
JANGAN CEPAT MENGHUKUM SEPERTI ULAMA YANG TIDAK TAHU CARA SENI DAKWAH KEPADA MANUSIA SEPERTI YG ADA DLM SETENGAH ULAMA PAS.

catatanhamba.blogspot.com
"hati yg berzikir,nafas yg bersyukur dan tangan yang mahabbah"

anakbukitgantang berkata...

Sekarang kita lihat Persatuan Ulama Pondok dah bangun

Alhamdulillah, kebenaran perlu dibuat demi menjaga akidah orang Islam

Kebenaran yang didedahkan amat pahit, tapi memang perlu dibuat

Umat Melayu kena bertanya diri, sayangkan PAS atau sayangkan Islam?

Saya memilih untuk mempertahankan kesucian akidah Islam!

Musafir Kelana berkata...

jika sudah wahabi..dan jika wahabi tu sesat...tangkap je orang ni dan sumbat dalam longkap/penjara
kenapa kerajaan tak ambil tindakan?

aku berkata...

wahai manusia sekalian....adakah kamu tahu apa itu wahhabi,,,,?????
wahabi sbenarnya ada yg baik & ada yg buruk....ia adalah pandangan luar kerangka yg biasa menjadi budaya kita.Ia adalah tdk salah di sisi mazhab,krn ada pelbagai pendapat dlm mazhab islam.ramai org yg ulamak yg dituduh wahabi semasa kebangkitannya krn memberi pendpt dari luar kebiasaan yg kita lakukan tetapi tdk salah dlm islam.sbg contoh,ulamak yg pernah dituduh wahabi ialah HAMKA semasa kebangkitannya.

Tanpa Nama berkata...

Umat Melayu kena bertanya diri, sayangkan PAS atau sayangkan Islam?

hehehe soalan ni.. klakar

aku sayangkan islam .... tp x kan lau sayangkan islam kena pangkah UMNO? korang pk la sndiri niat korang masa mengundi tu .. syg dunia ka? syg islam?

Ibn Salleh. berkata...

NIK AZIZ IALAH WAHABI MUJASSIMAH!!!!

Panglima Perang Cyber berkata...

kita kena bersatu padu terangkan siapa nik aziz ni.


ramai orang tak tahu.

saya pun kerana didikan ayahanda yang memberitahu saya dari kecil ttg wahabi.

Cari Blog Ini

Translate