Pengikut Blog Panglima

Translate

Video Pilihan

09 Julai 2010

Nik Aziz Buktikan Dirinya Wahabiy Apabila kata Umno Sesat !!!

  1. Saya baru sahaja sempat membuka blog. Meneliti komen yang datang dan melepaskan komen yang tersepit. Maaflah sebab keuzuran saya menyebabkan si penulis komen mungkin sedikit 'keciwa' dengan situasi tersebut.
  2. Panjang lebar respon yang saya terima selepas artikel hasil tulisan Dr Uthman El-Muhammady disiarkan. Jelas hujjah yang dibawa oleh si penulis komen cuba untuk mengelirukan masyarakat yang sudah jijik dengan aliran wahhabiy agar memandangnya begitu suci.
  3. Seperti saya kata semalam ruang untuk menulis tidak selapang ahli akademik dan cara tulisan si penulis komen membayangkan kepada kita beliau berada di kampus akademik. Dalam bab ini saya pasti perbezaan 'cc' tentu menyukarkan 'perdebatan' dan moga Allah menolong saya menjelaskan dengan baik tentang dakwaan beliau sekadar yang saya mampu.
  4. Seperti saya ulas semalam jika tidak kerana komen si penulis komen maka saya tidak mahu melanjutkan perkara ini. Saya fikir hari ini saya boleh menyentuh isu isu lain tetapi serangan demi serangan di kotak komen blog menyebabkan saya terpaksa tangguh dahulu hasrat untuk menulis isu isu lain yang sebahagiannya sudah disentuh oleh rangkaian blogger yang ada diletak dalam kolum blog ini.
  5. Namun dalam sekelian komen yang ditulis jelas menunjukkan bagaimana soalan pendek saya tentang kenapa ramai ulama Islam seluruh dunia tidak bersetuju dengan aliran wahhabiy, gagal dijawab dengan baik oleh beliau. Saya gembira mudah-mudahan usaha saya menjelaskan isu wahhabiy ini akan mengetuk fikirannya yang begitu bijak untuk menilai semula adakah pegangannya itu sesuai atau tidak dengan apa yang dibawa oleh Rasulullah s.a.w dan sekelian sahabat yang diteruskan oleh para ulama pewaris Baginda.
  6. Dalam hal ini kita tidak mahu menjadi pemenang tetapi kita mahu menegakkan kebenaran. Selagi kita dapat menegakkannya maka ia akan menjadi pelita kepada orang lain yang mungkin tidak mampu menyelami permasalahan ini dengan baik.
  7. PAS memang tidak menetapkan fahaman wahhabiy dalam perlembagaan tetapi semua orang sedar dan tahu majoriti pemimpin utama PAS mengikut fahaman ini. Sebab itu saya mahu masyarakat sedar bahawa punca perpecahan umat Islam di Malaysia bermula apabila aliran kaum wahhabiy telah meresap masuk ke dalam PAS hingga sanggup mengkafirkan orang lain. Ingat lagi fatwa kafir oleh Haji Hadi yang kini dijilat balik ludahnya itu apabila ia sanggup berpelukan dengan DAP dan PKR hari ini.
  8. Ia semakin nyata apabila tokoh Wahhabiy Kelantan Nik Aziz Nik Mat telah diangkat menjadi Mursyidul Am sekaligus mendapat 'lesen' berfatwa sesuka hati mengikut acuan otaknya yang karut lagi rosak. Terbaru lihat isu Umno didakwa sesat http://www.harakahdaily.net/ atas dakwaan menentang PAS yang bawa Islam. Sejarah PAS kafirkan Umno sila baca panjang lebar di sini http://www.mykmu.net
  9. Bagi saya jelas kita boleh nampak persamaan elemen Wahabiy dalam PAS dan amat pelik jika ahli akademi seperti si penulis komen yang panjang lebar tidak berjumpa fakta ini. Moga Allah membuka pintu hati kita kecualilah ia sudah ditutup rapi akibat keceluparan mulut atau tangan kita mengkafirkan ulama pewaris Nabi yang tidak diterima oleh golongan Wahhabiy dulu kini dan selama-lamanya...

16 ulasan:

Ana Salafi berkata...

Tuan kena membazakan antara wahabi, salafi dan khawarij.

megat berkata...

KENAPA UMNO SESAT.
1. Menafikan Politik Dalam Islam

Selama ini para pemimpin UMNO telah menyesatkan seluruh ahli dan penyokong mereka dengan mengatakan "Agama tidak boleh kita campur-adukkan dengan politik sebab agama itu bersih dan politik ni kotor."

Kenyataan sebegini telah menafikan satu ayat politik pemerintahan dalam Al-Qur'an.
Surah Al-Baqarah (2) : ayat 30;

Ingatlah ketika Tuhanmu berfirman kepada para Malaikat: "Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di mukabumi." Mereka berkata: "Mengapa Engkau hendak menjadikan (khalifah) di bumi itu orang yang akan membuat kerusakan padanya dan menumpahkan darah, padahal kami sentiasa bertasbih dengan memuji Engkau dan mensucikan Engkau ?" Tuhan berfirman: "Sesungguhnya Aku mengetahui apa yang tidak kamu ketahui."

Sabda Rasulullah S.A.W. yang bermaksud "Barangsiapa yang mengingkari walau satu huruf dalam Al-Qur'an, maka kafirlah orang itu."

2.Meminda Hukum Allah ;

Selama ini Undang-Undang yang digunapakai ialah Undang-Undang ciptaan manusia yang mengikut kehendak penjajah Kristian. Perompak dihukum penjara, penzina dihukum rotan 6 kali, denda RM5,000 dan penjara 3 bulan. Peminum arak dihukum 6 rotan.

Semuanya ini bukan undang-undang Allah tetapi undang-undang yang dibuat oleh Ulama'-Ulama' jahat penjilat UMNO yang begitu berani dan biadap meminda hukum Allah. Celakalah golongan Ulama' sebegini.

mahacu berkata...

Assalamualaikum Tuan Panglima,

Saya baru sahaja sempat membuka blog. Meneliti komen yang datang dan melepaskan komen yang tersepit. Maaflah sebab keuzuran saya menyebabkan si penulis komen mungkin sedikit 'keciwa' dengan situasi tersebut.

Saya ucapkan terima kasih kepada pihak tuan kerana berani meluluskan komen2 saya.

Saya tidak berasa kecewa, kerana ia adalah hak tuan. Bg saya, yg penting utk berikan penerangan dan kefahaman. Jika bukan tuan yg dapat hidayah, Insha Allah, kawan2 lain mungkin yg Allah pilih.

Panjang lebar respon yang saya terima selepas artikel hasil tulisan Dr Uthman El-Muhammady disiarkan. Jelas hujjah yang dibawa oleh si penulis komen cuba untuk mengelirukan masyarakat yang sudah jijik dengan aliran wahhabiy agar memandangnya begitu suci.

Tuan,

Masyarakat tidak memandang jahat akan Wahabi sekiranya mereka mengenali apa itu Wahabi. Jika mereka mengenali apa itu Wahabi, maka mereka akan lebih rapat dengan Rasulullah SAW kerana kami membenarkan apa sahaja nas yg sahih dr Rasulullah SAW.

Jikalau nas tuan lebih benar, maka kami akan menerimanya tanpa masalah.

Tuan,

Mengatakan hujah saya mengelirukan samalah seperti org2 pembangkang yg terus menerus mengatakan bahawa Datin Seri Rosmah Mansor berada di tempat kejadian apabila Altantuya dibunuh.

Apabila dibuktikan oleh sahabat2 kita seperti GAP dsb bhw DSRM berada di majlis anak2 yatim, mereka kata hujah kita mengelirukan.

begitu juga, apabila ulama2 kerajaan mengatakan bahawa kerajaan kita bukan kerajaan sekular, puak2 PAS tidak mahu menerimanya walaupun ulama'2 kita membawa takrifan apakah itu sekular, apakah itu daulah islamiyyah, kita bawa kajian kes daulah2 Islamiyyah terdahulu yg diiktiraf sebagai Khilafah oleh puak2 PAS tetapi tidak jalankan hukum Islam sepenuhnya malah mencampur adukkkan kepentibngan peribadi.

tetapi apabila kita bw fakta, hujah dan dalil, mereka kata hujah kita mengelirukan.

Tuan, jgn ikut jejak mereka sejengkal demi sejengkal tuan. Ini nasihat saya.

megat berkata...

3. Golongan Ulama' Pengampu dan Penjilat UMNO

Berapa ramai golongan agama dan ulama' pengampu kepada pemerintah. Mereka tidak berani menegur segala kezaliman dan kemungkaran yang dilakukan oleh pemimpin atasan sebab takut periuk nasi mereka berkubur.

Disebabkan golongan ulama' jahat sebeginilah, maka negara dan rakyatnya menjadi semakin rosak dan hancur.

Surah Al-Baqarah (2) : ayat 159 ;

Sesungguhnya orang-orang yang menyembunyikan apa yang telah Kami turunkan berupa keterangan-keterangan (yang jelas) dan petunjuk, setelah Kami menerangkannya kepada manusia dalam Al Kitab, mereka itu dilaknati Allah dan dilaknati (pula) oleh semua (makhluk) yang dapat melaknati,

4.Kemunafiqan Pemimpin UMNO Menghalang Kerja Islam

Peristiwa berdarah Memali sebagai bukti jelas betapa UMNO memang membenci Islam. Orang seperti Assyahid Ustaz Ibrahim Libya hanya mendidik dan menyeru penduduk Baling supaya menjadi seorang Muslim yang benar-benar beriman kepada Allah dan Rasul-Nya. Juga melahirkan generasi pejuang Islam yang sebenar. Apa dosa Ustaz Ibrahim Libya dan juga 13 pengikutnya sehingga mereka dibunuh dengan kejam. Begitu juga dengan orang tua, wanita dan kanak-kanak yang cedera parah dan ringan. Sebenarnya UMNO cukup takut dengan kebangkitan Islam yang dipelopori oleh Assyahid.

Begitu juga hari ini. UMNO menggunakan Polis untuk menghalang program ceramah PAS. Dan pelbagai lagi cubaan yang dibuat untuk memburukkan imej PAS.

Surah An-Nisaa' (4) : ayat 61 ;

Dan apabila dikatakan kepada mereka: "Marilah berhakim kepada Hukum Al Qur'an yang telah diturunkan oleh Allah dan kepada hukum Rasul Allah", niscaya engkau melihat orang-orang munafik itu berpaling serta menghalang (manusia) dengan bersungguh-sungguh daripada menghampiri mu.

megat berkata...

MUFTI YANG MENENTANG UMNO PASTI TIDAK AKAN KEKAL LAMA JAWATAN MEREKA.
Pemecatan Dato’ ishaq Baharum dari mufti disebabkan kes ratu cantik. Memang dasar UMNO ini parti kafir, sampai Dato’ Mufti ishak baharum laksanakan amar makruf nahi mungkar pun, mereka pecat.

INILAH DIANTARA CONTOH-CONTOH KESESATAN UMNO.

mahacu berkata...

Seperti saya kata semalam ruang untuk menulis tidak selapang ahli akademik dan cara tulisan si penulis komen membayangkan kepada kita beliau berada di kampus akademik. Dalam bab ini saya pasti perbezaan 'cc' tentu menyukarkan 'perdebatan' dan moga Allah menolong saya menjelaskan dengan baik tentang dakwaan beliau sekadar yang saya mampu.

Saya cuma boleh berdoa agar Allah memberi kelapangan dan juga hidayah.

Tuan,

Ini bukan soal akademik tetapi soal kebenaran.

Tuan,

Imam Abu Hanifah yg masih muda remaja bisa mengalahkan Dahri yg memukul sejumlah ulama' di Baghdad kerana beliau di pihak yg benar.

Tuan,

Kita sekarang berdiskusi atas perkara mudah. Yakni jgn memfitnah. Saya telah bw dalil yg konkrit, tetapi tuan masih dalam peringkat rasa itu Wahabi, ini Wahabi.

Hatta, saya dah berikan cnth2 yg mudah, masih tuan hendak sabitkan Nik Aziz dengan Wahabi.

Tuan,

Adab bagi golongan yg ALlah janjika kemenangan ini boleh kita lihat dr sikap dan tatacara Salahuddin Al Ayubi.

Adab org yg "menang" mengiktiraf kebenaran musuh, bersikap adil kepada musuh, bersimpati kepada musuh hatta sehingga menghantar tabib utk menyembuhkan musuh.

Tuan,

Dalam adab berdebat ilmiah ataupun tidak ilmiah dalam memikat hati musuh, adalah mengakui kebenaran musuh.

Cnth, jika kita menerima hakikat cnthnya terdapat penyelwengan dalam ahli politik kita, dan juga memberi teguran terhadap mereka seperti yang ditunjukkan oleh sahabat bloggers kita seperti Unspinner, GAP dsb, maka pembangkang juga akan hormat, bahawa mereka adalah gol. yg adil. Dan mengakui kesilapan, apabila tersalah fakta.

tetapi, apabila hujah telah kita beri,bukan kata2 kosong, siap dengan fakta dan fatwa, nas dan dalil, masih hendak ditolak. Jika org biasa,tidak apa, ini org yg mengaji ugama.

Maka, ketika itu, apa yg kita boleh harapkan daripada pihak sebelah lagi?

mahacu berkata...

Seperti saya ulas semalam jika tidak kerana komen si penulis komen maka saya tidak mahu melanjutkan perkara ini. Saya fikir hari ini saya boleh menyentuh isu isu lain tetapi serangan demi serangan di kotak komen blog menyebabkan saya terpaksa tangguh dahulu hasrat untuk menulis isu isu lain yang sebahagiannya sudah disentuh oleh rangkaian blogger yang ada diletak dalam kolum blog ini.

Tuan,

Faktor yg membuatkan saya iltizam utk terus menerang ini kerana tuan adalah penghulu BPN.

Jikalau tuan hanya ahli, saya tidak ada masalah.

Tuan telah mengutamakan dakyah aliran yg sempit melebihi kepentingan parti.

Saya nasihatkan tuan samada meletakkan jawatan sebagai penghulu BPN jika mahu teruskan dakyah ini. Jika tidak, saya nasihatkan supaya tuan tidak lagi menyerang Wahabi dengan menggunakan platform panglima cyber.

Bg saya, saya tidak halangan jika tuan hendak gunakan pelatform lain yg saya tahu ia sememangnya tuan.

Tuan,

Saya nak ghoyat sikit.

Saya apabila sahabat blogger saya memaklumkan ada seorg ustaz yg pandai buat blog menyertai bloggers UMNO, saya adalah org yg paling gembira menerima berita tersebut kerana UMNO mmg kurang bloggers terutamanya yg ada kelulusan agama.

Saya berasa kecewa apabila tuan menggunakan platform lain utk menghentam salafi, dan kemudiannya mengumumkan pula lokasi saya.

Namun, kekecewaan saya tidak membuatkan saya ingin mensabotaj pihak tuan apabila mengetahui tuan akan mengetuai BPN dan saya ketepikan perbezaan ini utk lihat penyatuan bloggers2 UMNO.

Tapi, saya lihat diamnya saya dan angguknya saya dibalas dengan kejian dan makian terhadap puak Wahabi. Malah, bukan PAS yg jadi keutamaan tetapi gol. Wahabi pula yg jadi keutamaan.

Tuan,

Jika tuan nak kata Wahabi buat itu, buat ini, tuan nilai sendiri apa yg kami buat, dan apa yg tuan buat.

Saya cuma boleh istighfar sahaja melihat gelagat tuan dan minta ampun utk pihak tuan.

mahacu berkata...

Namun dalam sekelian komen yang ditulis jelas menunjukkan bagaimana soalan pendek saya tentang kenapa ramai ulama Islam seluruh dunia tidak bersetuju dengan aliran wahhabiy, gagal dijawab dengan baik oleh beliau.

Jawapan saya di seksyen ini mudah sahaja.

Zamihan hanya sertakan nama, dari 100 org itu hanya Syeikh Azhar yg baru, Syeikh Ali Goma, Syeikh ramadhan Al Buti dan Syeikh Qardawi sahaja yg ada video.

Yg lain2 kebanyakkannya cuma nama, bagaimana saya nak balas kalau cuma ada nama?

Itu pun Qardhawiapabila membahaskan soal aqidah beliau sendiri mengatakan bahawa beliau condong kepada Ibnu Taymiyyah dalam hal ini berbanding dengan fahaman Asyairah:

“Al-Imam Ibn Taimiyyah ialah daripada kalangan ulama umat yang aku sayangi, bahkan barangkali dialah yang paling jantung hatiku sayangi di kalangan mereka dan paling dekat kepada pemikiranku” (Al-Qaradawi, Kaif Nata‘amul ma‘a al-Sunnah, m.s. 170, Mesir: Dar al-Wafa)

“Ibn Taimiyyah dan institusinya adalah salafis. Mereka itu benar-benar tokoh tajdid (revival). Tiada seorang pun yang cuba menafikan pemikiran tajdid mereka, melainkan dia seorang yang keras kepala.” (al-Thaqafah al-‘Arabiyyah al-Islamiyyah,m.s 59, Kaherah: Maktab Wahbah).

Bagaimanakah org yg mengatakan ini, boleh dikatakan oleh tuan panglima sebagai menyesatkan Wahabi?

jadi, bagaimana boleh dikatakan saya gagal, sedangkan pihak tuan sendiri tidak pernah pun menjawab satu pun soalan saya?

Malah mengulangi soalan-soalan yg saya jwb.Kalau di dalam kelas, anak murid ustaz sebegini, saya tanya, apa yg UStaz akan panggil? Tuan jwblah sendiri.

Saya gembira mudah-mudahan usaha saya menjelaskan isu wahhabiy ini akan mengetuk fikirannya yang begitu bijak untuk menilai semula adakah pegangannya itu sesuai atau tidak dengan apa yang dibawa oleh Rasulullah s.a.w dan sekelian sahabat yang diteruskan oleh para ulama pewaris Baginda.

Saya berharap pembaca2 dapat meilai "penjelasan" tuan panglima cyber.

Harap2 pihak pembaca dapat membandingkan apa yg ditulis dan nilaikannya dengan apa yg Rasululllah SAW percaya.

mahacu berkata...

Dalam hal ini kita tidak mahu menjadi pemenang tetapi kita mahu menegakkan kebenaran. Selagi kita dapat menegakkannya maka ia akan menjadi pelita kepada orang lain yang mungkin tidak mampu menyelami permasalahan ini dengan baik.

Bg saya, yg penting ialah saya telah menyampaikan dan terus membetulkan fitnah yg disebarkan oleh Tuan Panglima Cyber.

Seperti yg saya katakan, hari ini kita rasakan kita "menang" kerana org bersorak merasakan kita betul.

Alam cyber alam yg boleh dipetik oleh sesiapa sahaja, maka maklumat akhirnya akan dapat pd sesiapa yg mencari.

Apabila org yg mencari mengetahui apa yg dikatakan oleh Tuan Panglima itu bohong dan fitnah, ketika itu, bukan sahaja ia memberi kesan kepada tuan, tetapi juga kepada fikrah tuan.

Masalahnya bukan sahaja kepada tuan dan pihak Zamihan serta kawan2, tetapi akhirnya akan terpalit kepada saya, sebab tuan menggunakan rangkaian bloggers2 UMNO sebagai platform yg merupakan cerminan parti kita.

Sekali sudah hilang kepercayaan org terhadap kita, sukar kita nak dapat kembali.

Tuan, jikalau kita tidak tahu, kajilah dan bertanya, jgn kita sesat dan menyesatkan org lain.

mahacu berkata...

PAS memang tidak menetapkan fahaman wahhabiy dalam perlembagaan tetapi semua orang sedar dan tahu majoriti pemimpin utama PAS mengikut fahaman ini. Sebab itu saya mahu masyarakat sedar bahawa punca perpecahan umat Islam di Malaysia bermula apabila aliran kaum wahhabiy telah meresap masuk ke dalam PAS hingga sanggup mengkafirkan orang lain. Ingat lagi fatwa kafir oleh Haji Hadi yang kini dijilat balik ludahnya itu apabila ia sanggup berpelukan dengan DAP dan PKR hari ini.

Apabila kita tidak ada ilmu dan kita bercakap ttg sesuatu, maka ketika itulah kita bukan sahaja sesat maka menyesatkan org lain.

Saya ulangi semula, siapakah yg menubuhkan PAS pd tahun 1951 bulan Oktober. Ulama' UMNO termasuklah seorg ustaz muda yg merupakan anak kepada Tuan Guru Abdullah Fahim. Adakah Tuan Guru Abdullah Fahim ini Wahabi? Tuan jawablah sendiri.

Tuan,

Tuan tahukah sejarah Gerakan Islam yang berpaksikan Ikhwanul Muslimin? Jika tuan tidak tahu, tuan tanya org yg tahu.

Tuan,

Puak2 PAS yg tuan kata "Wahabi" ini berpaksikan kepada Ikhwan. Tuan tahu dr mana Ikhwan berasal? Dari mana Nik Aziz dan Haji Hadi dapat ijazah Sarjana?

ALiran yg menjadi ikutan emreka bukannya Wahabi tetapi Qutubi:

Syed Qutb pernah menyatakan:

Termasuk dalam ruang lingkup masyarakat jahiliyah adalah masyarakat yang mengaku dirinya muslim. Masyarakat tersebut masuk kedalam lingkungan ini bukan karena meyakini uluhiyah kepada selain Allah dan tidak pula menghadapkan syiar-syiar ibadah kepada selain Allah, tetapi mereka masuk ke dalam masyarakat jahiliyah ini karena tidak beragama dengan Peribadatan pada Allah dalam undang-undang kehidupan mereka.” (dalam Fi zilal)

Secara tersurat dan tersirat, Syed Qutb telah bertindak menghukum umat Islam zaman selepas kejatuhan Kerajaan Islam Uthmaniyyah sebagai jahiliyyah dan kafir dalam buku-bukunya. Ideanya itulah yang mencetuskan aliran bahawa halal untuk membunuh pemerintah disebabkan mereka telah mengambil undang-undang dari barat. Aliran inilah yang membawa kepada peristiwa pembunuhan Anwar sadat apabila beliau bertindak menandatangani perjanjian damai Camp David dengan Israel.

Pemikiran radikal Syed Qutb ini mendapat sambutan terutamanya daripada kalangan pemuda dan juga golongan terpelajar yang berdarah panas. Selepas hukuman gantung dijatuhkan terhadap beliau pada 1966, elemen radikal ini telah diperhalusi dan disempurnakan oleh pengikut-pengikutnya selepas itu.

Sikap menghukum dan mengkafirkan orang lain bukan sahaja berjaya meresapi pemikiran anak muda arab yang panas baran tetapi juga di kalangan sekumpulan anak-anak melayu di Mesir dan di Tanah Arab yang lain terutamanya dalam tahun 70-an.

Baca setrusnya di blog saya:

Radikalnya Hadi disebabkan oleh Syed Qutb

Tuan, kalau nak tembak rusa, kena kenal rusa itu apa. Masalahnya, tuan sekarang hendak tembak Wahabi, tapi Wahabi pun tuan tak kenal.Sekarang yg tuan tembak bukannya rusa, tetapi babi.

Jadi, apabila tuan2 dan sahabat2 jumpa babi di ladang, semuanya ingat rusa. Siapa yg tanggung dosa sekarang ini?

mahacu berkata...

Ia semakin nyata apabila tokoh Wahhabiy Kelantan Nik Aziz Nik Mat telah diangkat menjadi Mursyidul Am sekaligus mendapat 'lesen' berfatwa sesuka hati mengikut acuan otaknya yang karut lagi rosak. Terbaru lihat isu Umno didakwa sesat http://www.harakahdaily.net/ atas dakwaan menentang PAS yang bawa Islam. Sejarah PAS kafirkan Umno sila baca panjang lebar di sini http://www.mykmu.net

Tuan,

Saya nak tanya, tahun 1963, Nik Aziz dah masuk PAS ke belum? Nik Aziz masa tu jadi guru kemas pun belum lagi.Jadi, "Wahabi" kah yg buat fatwa ni:

Pada Ogos 1963 Dewan Ulamak PAS yang bersidang di kediaman Menteri Besar Kelantan, JKR 10 Jalan Kampung Sirih, Kota Bharu, Kelantan, telah mengeluarkan hukum bersifat fatwa "Orang-orang Islam yang berkongsi dengan orang-orang kafir untuk memerintah negara menjadi kafir atau haram".

Tentulah bukan, tuan. Kalau bukan Wahabi, siapa yg buat Tuan? Jadi, hati2 apabila petik rujukan. Silap makan diri.

Tuan, Wahabi percaya apa yg Syeikh Abdul Azeez As Syeikh ghoyat masa khutbah jumamat tahun 2004:

“Islam has also called for the killing of anyone who attempts to undermine legitimate rulers or divide Muslims.”

Hukum ni bukan sahaja kepada pemerintah Saudi tetapi juga kepada semua pemerintah Islam. termasuklah DS najib Tun Razak dan YDPA kita. Tgk hadith:

Sahih Muslim, Babul Imara,Chapter 14: DECISION ABOUT ONE WHO TRIES TO DISRUPT THE UNITY OF THE MUSLIMS

Book 020, Number 4565:

It has been narrated on the authority of 'Arfaja who said: I have heard the Messenger of Allah (may peace be upon him) say: Different evils will make their appearance in the near future. Anyone who tries to disrupt the affairs of this Umma while they are united you should strike him with the sword whoever he be. (If remonstrance does not prevail with him and he does not desist from his disruptive activities, he is to be killed.)

Yang ini Wahabi percaya, kalau yg dok lawan pemerintah walaupun dah baca hadith sahih ni, dr Sahih Muslim, dia tu Wahabikah?

Nak jadi Wahabi pekat ni, kena beriman dan beramal dengan hadith sahih. Serupa mcm jadi Kaum Tualah, kalau tak baca yaasin, tak makan kenduri arwah, dia tu kaum tua ke Tuan?

mahacu berkata...

Bagi saya jelas kita boleh nampak persamaan elemen Wahabiy dalam PAS dan amat pelik jika ahli akademi seperti si penulis komen yang panjang lebar tidak berjumpa fakta ini. Moga Allah membuka pintu hati kita kecualilah ia sudah ditutup rapi akibat keceluparan mulut atau tangan kita mengkafirkan ulama pewaris Nabi yang tidak diterima oleh golongan Wahhabiy dulu kini dan selama-lamanya...

Perumpamaan sy nak beri mudah saja memnjawab soalan, kenapa saya tak jumpa alamat yg tuan beri.

Yg jadi tak jumpa sebab tuan bg alamat salah org. Tuan bagi alamat Qutubi, tuan bg alamat Khawarij, tuan bg alamat kdg2 kena alamat Ustaz Zamihan pun ada.

Tuan, apabila kita bercakap ttg sesuatu kaum, hendaklah kita kenal kaum yg nak kita cakap.

Mcm org melayu juga, jgn asal sawo matang saja kata melayu, silap2 mungkin Nepal.

Cubalah tuan fikirkan pbetapa jahatnya mereka yg memfitnah Wahabis ebagai pengganas, padahal Mufti Arab Saudi mengeluarkan fatwa:

“You must know Islam’s firm stance against all these terrible crimes which have been attributed to it. The world must know that Islam is the religion of peace and mercy and goodness; it is the religion of justice and guidance. It is a religion that prohibits all forms of injustice and the shedding of blood without genuine reason,” he explained.

“Islam has made the fulfillment of treaties and pledges compulsory and has given importance to protecting the blood of allies,” he said.

Sheikh Abdul Aziz, the Kingdom’s highest religious authority, said a true Muslim who intended to serve Islam would never try to undermine the Ummah. “Jihaad does not mean shedding the blood of Muslims or killing peaceful people or destroying their properties,” he said and urged Muslims to act prudently and wisely and not be driven by emotions or passions.

“Jihaad was made lawful not to shed blood or to take revenge but as a kind of worship of God and one of the religious duties for defending the Islamic nation,” he pointed out.

The mufti urged those who raise the slogan of jihaad to consider carefully for a time if what they were doing was really in accordance with the teachings of the Qur’an and Sunnah. Jihaad has a wide meaning in Islam, he said.

Calling people to God’s message, promoting good relations between Muslims and carrying out one’s duties are part of jihaad. He condemned the attitude of some extremists who brand others infidels or enemies of God.

Khutbah Jumaah, 1 February 2004.

Tidakkah jahat org yg menfitnah Wahabi sebagai pengganas?

mahacu berkata...

Assalamualaikum Tuan,

Saya suka menayangkan di sini satu indikasi Zamihan Mat Zin menuduh Timbalan Menteri KPT, Datuk Saifuddin Abdullah yg membocorkan maklumat kepada pihak Malaysiakini.

Tuan,

Siapa yg bocor kita tak tahu, tapi perbuatan jahat Zamihan ini mencemarkan nama menteri kita dengan hanya bersangkakan andaian amatlah jahat sekali.

Tuan,

Adakah kerana kepentingan aliran yang sempit ini anta sanggup bersetongkol dengan org yg memfitnah pemimpin kita tanpa haq?

Seperti yg ana ungkapkan, cerita buat fitnah berdasarkan spekulasi ini memang kepandaian puak2 anta. Mufarakahlah anta dari puak2 ini bukan untuk kepentingan di dunia ini sahaja tapi juga di akhirat:

Zamihan Mat Zin indikasikan Datuk Saifuddin yg bocor maklumat kepada Malaysiakini

Tanpa Nama berkata...

Seorang lelaki bernama Ali sedang makan pisang. Pada ketika yang sama seekor beruk juga sedang makan pisang. Maka Ali adalah beruk!

Hukum akal ini sahaja yang digunakan oleh Dato Panglima Perang Cyber ni

Firdaus83 berkata...

NIK AZIZ memang beraqidah WAHABIY.. dia ada buku Tafsir Surah Yasin..

dituduhnya pulak Imam Ghazali kata Allah kat atas ARasy..

fitnah tu..

Firdaus83 berkata...

Asya^irah BERJAYA mengalahkan HUJAH WAHABIY !!!

Sapa-sapa nak tahu Pertarungan Asya^irah lawan Wahabiy ;

HARAM TAKWIL ATAU WAJIB TAKWIL?

Sila email di sini ;

greens_lavender4@yahoo.com

Cari Blog Ini

Translate