Pengikut Blog Panglima

Translate

Video Pilihan

10 Julai 2010

Pengumuman Penting : Penafian Panglima di Blog Unspinner dan FB BPN sudah sedia diguna

  1. Ada nota jemputan diedar kepada blogger khabarnya dan ada ditulis 2 wakil Panglima Perang Cyber akan menyertai pertemuan blogger tersebut. Isu ini ada diulas oleh Unspinner di blog beliau di sini http://theunspinners.blogspot.com
  2. Setakat ini Panglima sendiri tidak mendapat sebarang panggilan telefon atau email berhubung jemputan tersebut dan adalah dikhuatiri ada pihak yang akan mengguna nama sebagai wakil Panglima. Beberapa rakan blogger juga turut menghubungi Panglima berhubung isu tersebut.
  3. Satu perkara lagi Panglima juga dapati ada komen cuba mengaitkan Panglima dengan KJ dan Feriz di blog Unspinner. Isu ini sudah disebarkan untuk menzahirkan kebencian mereka terhadap Panglima sekaligus mencemarkan imej BPN.
  4. Sehubungan itu penafian penting telah dibuat di ruangan komen di sana dan disambung di sini untuk dibaca oleh ramai pihak yang sudah tentu tertanya tanya dengan fitnah tersebut.
  5. Terakhir, BPN sudah melancarkan FB sendiri dan mohon sahabat add email BPN iaitu bloggerpembelanegara@yahoo.com untuk menjadi rakan. FB ini bertujuan membuka ruang untuk diulas isu isu semasa negara, serta dipaparkan isu terkini dan jawapan kepada isu tersebut oleh para blogger.
  6. Ini kerana sebelum ini kita tidak ada tempat yang khusus untuk mengumpulkann blogger di FB bagi mengupas serta menjawab isu isu yang timbul samada di blog atau portal online milik mereka. FB ini tidak wajar dijadikan medan promosi perniagaan, ahli politik atau persatuan tertentu.
  7. Sahabat BPN akan dilantik menjadi admin dan buat permulaan Panglima sendiri akan memohon rakan FB mencadangkan nama nama yang boleh disenarai dalam FB BPN yang baru dirasmi bersempena Peristiwa Isra dan Mikraj yang jatuh hari ini. Semoga kita akan lebih berjaya lebih baik lagi selepas ini. Demi Agama,Bangsa & Tanah Air.

1 ulasan:

Generasi Pejuang Bangsa berkata...

syabas Panglima ....

nampaknya ada pihak tertentu sdg gunakan nama BPN ..

Cari Blog Ini

Translate