Pengikut Blog Panglima

Translate

Video Pilihan

21 September 2010

Panassss : Adik Nik Aziz akui terima cek RM4 bilion I'DA WORLD wakil MB - Bernama

Adik Nik Aziz akui terima replika cek atas sifat peribadi


sumber : Berita Harian dan gambar dari blog 153 klik sini


21/09/2010 7:01pm



KOTA BHARU 21 Sept. - Adik Menteri Besar Kelantan, mengesahkan beliau menerima replika cek bernilai RM4 bilion dari sebuah syarikat Bumiputera, I’Da World Group Sdn. Bhd., bagi membantu Pas Kelantan atas sifat peribadi dan bukan mewakili parti atau Kerajaan Kelantan.



Nik Din Nik Mat berkata, beliau terpaksa berbuat demikian kerana tiada wakil kerajaan negeri atau Exco yang tampil mewakili Menteri Besar Datuk Nik Abdul Aziz Nik untuk menerima replika cek itu di suatu majlis di sebuah hotel terkemuka di sini, dua hari lepas.



"Oleh kerana tidak ada wakil kerajaan negeri dan parti yang tampil menerima cek (replika) bernilai RM4 bilion itu, maka saya naik ke pentas itu sebagai bertindak atas sifat peribadi,” katanya kepada Bernama ketika ditemui di rumahnya di Kampung Pulau Melaka, dekat sini hari ini.



Beliau diminta mengulas laporan akhbar mengenai sebuah syarikat Bumiputera, I’Da World Group Sdn. Bhd. yang menimbulkan misteri dan kejutan banyak pihak kerana bermurah hati untuk menderma kepada Pas Kelantan bagi membangunkan negeri itu.



Ini termasuk Projek Super Mega Seri Tujuh (S7) yang membabitkan kawasan seluas 144,000 ekar atau 576 hektar melibatkan kos RM313.71 juta.



Nik Din berkata, beliau tidak menaruh prasangka kepada mana-mana pihak dan tampil menerima replika cek itu kerana mengenali salah seorang anggota syarikat itu yang merupakan kawan baik beliau sejak di sekolah.



Replika cek bernilai RM4 bilion itu disampaikan oleh Pengerusi Eksekutif syarikat itu, Abdul Rahman Abdul Rashid, seorang anak Kelantan yang kini menetap di luar negara. - Bernama
 
 



baca juga 'spin' Harakahdaily tentang isu ini selepas RM4 bilion ini mula terbongkar http://www.harakahdaily.net/v2/

Sah mereka nak pusing cerita biar nampak tak ada apa apa berlaku. Dan paling penting Nik Aziz tetap kalis calar imej tok gurunya..

Baca juga artikel yg ada gambar Nik Aziz dengan Pengerusi I'DA HOLDING tersebut di sini http://www.pejuang-maya.com/2010/09/isu-hadiah-rm4-billion-kerajaan-negeri.html



7 ulasan:

anakrawa berkata...

4 billion rupiah banyak tu skim cepat kaya macam pak man telo ke..atau MLM

Tanpa Nama berkata...

hehehe nanti dapat laa dia punya habuan , sedangkan org yg bagi pinjam kete untuk nik ajis naik kemana-mana dan juga yg hulur rasuah haji untuk anak beranak nik ajis pun dapat kontrak jutaan ringgit , inikan pula rasuah sampai cecah angka billion .. tu diaa !!!

Tanpa Nama berkata...

Awesome site, I had not noticed penembak-tepat.blogspot.com previously during my searches!
Carry on the excellent work!

C L J berkata...

TENGOK IKUT MANA TENTANG APA PUN DIA TETAP JADI ANEH DAN LUAR BIASA SERTA MENIMBULKAN MACAM MACAM PERSOALAN.

YANG GAMBI berkata...

Itu bukan rasuah, hadiah..... tapi kena masuk dalam akaun PAS juga... beginilah dalil-dalil puak-puak PAS.

Tanpa Nama berkata...

Salam semua,
Ada cite lawak pasal Ida World kat blog saya.Sudi sudikan singgah..
Kena stop kat sini...tak tahan nk ketawa.
Lawak gila ni...

Tanpa Nama berkata...

HADIAH LUMAYAN TU..... SEPATUTNYA RAKYAT KELANTAN KENA TAHU BERITA INI...

Cari Blog Ini

Translate