Pengikut Blog Panglima

Translate

Video Pilihan

13 November 2010

4 Faktor Kenapa Cina India Kurang Berminat Sertai Angkatan Pertahanan !!!

Sistem paksaan tarik Cina anggotai SAF

AGAK pelik juga bagaimana satu kenyataan yang berlandaskan fakta boleh memberi maksud dan interpretasi yang agak berbeza kepada sesetengah pihak sehinggakan perkara tersebut dianggap satu isu kontroversi.

Polemik tersebut menjadi lebih menarik apabila kesahihan butiran dan data kenyataan tersebut tidak pula disanggah.

Kontroversi yang dimaksudkan ialah jawapan persidangan Parlimen oleh Menteri Pertahanan Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi terhadap soalan yang dibangkitkan oleh Mohd Jidin Shafee (BN-Setiu) mengenai perangkaan rekrut terbaru tentera dan pecahan jumlah itu mengikut bangsa oleh Angkatan Tentera Malaysia (ATM).

Fakta jawapan Zahid yang tidak dipertikaikan adalah 90 peratus dari 9,054 pegawai dan anggota lain-lain pangkat yang telah diserapkan ke ATM sejak dua tahun lepas adalah Melayu. Selebihnya adalah 26 orang atau 0.29 peratus daripada kaum Cina, 82 orang atau 0.91 peratus India manakala 795 atau 8.8 peratus adalah bangsa-bangsa lain termasuk kalangan bumiputera dari Sabah dan Sarawak.






Statistik tersebut menunjukkan kepincangan komposisi kaum dalam ATM yang begitu ketara tetapi isu tersebut telah tenggelam kerana intepretasi yang berbeza terhadap huraian Zahid terutama sekali mengenai faktor kemungkinan kurangnya semangat patriotik bukan Melayu.

Timbul kemuskilan sekali lagi kerana tiga lagi faktor yang turut dikemukakan oleh Zahid iaitu disiplin yang ketat, gaji rendah dan kurang dorongan keluarga langsung tidak diperdebatkan.

Sememangnya komposisi kaum yang berkhidmat dalam ATM adalah tidak seimbang tetapi gambaran peratusan tersebut sebenarnya adalah satu perkara lazim terutama sekali bagi negara yang mempunyai penduduk berbilang bangsa seperti Malaysia. Jika Melayu mewakili 90 peratus tenaga kerja ATM maka anologi yang serupa boleh dibuat terhadap Angkatan Tentera Singapura (SAF) kerana bagi setiap sepuluh anggota SAF, sembilan daripadanya adalah dari kaum dominan republik tersebut, iaitu Cina.


Apa yang lebih menakjubkan ialah walaupun terdapat persamaan di antara komposisi kaum tetapi bagaimana keadaan ini dicapai telah melalui satu proses yang amat berbeza. Komposisi 90 peratus Cina dalam SAF sememangnya telah dirancang dari awal oleh pemimpin Singapura semenjak republik itu keluar dari Malaysia pada tahun 1965.

Walaupun Singapura telah berpisah dengan Malaysia pada ketika itu tetapi sistem pertahanan negara tersebut masih dikuasai oleh tentera Malaysia (iaitu kaum Melayu) yang mana Malaysia masih mempunyai pangkalan tentera di Singapura.

Insiden pembukaan Parlimen Singapura pada Disember 1965 oleh Perdana Menteri Singapura ketika itu Lee Kuan Yew dikatakan sebagai titik permulaan mengapa SAF dipenuhi oleh kaum Cina.

Insiden tersebut memaparkan persepsi Kuan Yew bahawa walaupun Singapura telah berpisah dari Malaysia tetapi masih dibelenggu dengan penjagaan keselamatan oleh Malaysia kerana anggota keselamatan pengiring Kuan Yew ke Parlimen pada hari itu adalah dari tentera Malaysia.

Berputik dari insiden inilah Akta Tentera Singapura 1965 telah diluluskan pada bulan yang sama yang antara lain menggariskan bahawa sistem pertahanan Singapura perlu didokong dan disokong oleh rakyat Singapura sendiri.

Oleh kerana pemimpin Singapura tidak menaruh kepercayaan seratus peratus terhadap kesetiaan rakyat Melayu Singapura seperti mana pemimpin Israel menaruh syak wasangka terhadap rakyat Israel keturunan Arab, sebab itulah kaum dominan Singapura menjawat jawatan dalam sektor kritikal SAF.

Berbeza dengan ATM, walaupun Melayu menguasai majoriti jawatan dalam ATM tetapi ia bukan disebabkan oleh dasar yang diamalkan oleh kerajaan. Tercetusnya situasi yang sedemikan adalah kerana secara tradisinya kaum Cina tidak begitu berminat untuk berkhidmat dalam angkatan bersenjata.

Perumpamaan Cina yang menyatakan untuk membuat paku tidak perlu digunakan besi yang baik dan juga tidak perlu menghantar anak yang baik berkhidmat dalam tentera, menggambarkan mengapa situasi ini berlaku dalam ATM.

Apabila pemimpin Singapura meluluskan Ordinan Khidmat Negara (NS) pada tahun 1954, murid dari Sekolah Cina Singapura telah membatah ordinan ini dengan keras sekali kerana mereka berpendapat ia sebagai kerahan tenaga angkatan tentera.

Malah apabila Singapura menubuhkan Regimen Infantri Singapura (SIR) pada tahun 1957, kaum Cina Singapura tidak menyahut cabaran ini tetapi sebaliknya kaum Melayu yang menetap di Singapura dan Malaysia telah memenuhi kekosongan jawatan.

Tidak timbul persoalan kaum Cina Malaysia tidak mempunyai semangat patriotisme untuk mempertahankan kedaulatan negara kerana peristiwa penubuhan NS dan SIR di Singapura jelas mengambarkan persepsi kaum Cina terhadap angkatan bersenjata.

SAF dikatakan berjaya menarik kaum Cina berkhidmat kerana terdapat sistem paksaan seperti yang diamalkan dalam NS Singapura. Jika tidak kerana NS sudah tentu Singapura akan menghadapi kesukaran untuk memenuhi kekosongan SAF.

Juga tidak timbul persoalan Melayu Malaysia tidak menaruh kepercayaan terhadap kesetiaan kaum Cina Malaysia seperti mana berlaku sebaliknya di Singapura dan Israel. Israel sangsi terhadap kaum Arab Israel kerana negara mereka dikelilingi oleh negara Arab. Seperti mana Singapura berasa syak terhadap kesetiaan Melayu Singapura kerana negara mereka dikelilingi oleh negara rumpun Melayu.

Sejarah telah membuktikan bahawa kesetiaan terhadap negara akan melampaui kesetiaan terhadap kaum. Konflik di antara negara Arab seperti perang Iran-Iraq dengan jelas menunjukkan bahawa kesetiaan terhadap kedaulatan negara adalah terpenting kerana mereka sanggup bunuh membunuh walaupun berasal dari kaum serumpun atau pun seagama.

Semua pihak perlu bekerja lebih keras untuk memastikan bahawa agensi keselamatan Malaysia diwakili oleh semua kaum. Ini penting bukan hanya untuk menggambarkan komposisi kaum sebenar di Malaysia yang boleh memberi gambaran bahawa semua kaum memainkan peranan masing-masing dalam mempertahankan kedaulatan negara.

Tetapi apa yang lebih kritikal mengenai penyertaan semua kaum dalam ATM ialah kerana organisasi tersebut memerlukan tenaga dari fizikal dan mental yang terbaik.
Dalam keadaan sistem pertahanan dan keselamatan yang menggunakan teknologi ketenteraan termaju, adalah kritikal organisasi seperti ATM mempunyai ruang yang selesa untuk mendapatkan anggota yang berkualiti. Objektif ini akan hanya dapat dicapai jika semua rakyat Malaysia tidak kira kaum memainkan peranan masing-masing.




Oleh Azmi Hassan

Penulis ialah GeoStrategis Institut Teknologi dan
Sains GeoSpatial (INSTEG), Universiti Teknologi Malaysia.


Utusan Malaysia










soalan : adakah maksud tersirat penulis kolum ini bahawa Melayu tidak berkualiti ?




Harap beliau boleh ulas lanjut 







4 ulasan:

Awanama berkata...

Dari zaman WW2 lagi orang Melayu telah menganggotai Angkatan Tentera dan berkhidmat dengan cemerlang berkorban jiwa raga demi keselamatan negara. Dan sekarang dengan peralatan yang serba canggih, anak Melayu juga masih menganggotai TD, TLDM dan TUDM dan mengendalikan perkakasan perang canggih tersebut. Ini bermakna kalau bangsa lain tak minat masuk ATM, itu bukan jadi masaalah bagi ATM. Kereta kebal, kapal perang, kapal selam, pesawat tempur, radar dll terbukti boleh dikendalikan oleh anggota sekarang (dan akandatang) majoritinya Melayu.
Si penulis makalah tu pernah berkhidmat dalam tentera ke? Sekurang-kurangnya askar wataniah. Kalau tak pernah tak usah cakap mengatakan kita perlu ATM dianggotai semua bangsa supaya ianya boleh berfungsi baik dalam dunia moden ini.
Perlu diingat, peluang untuk berkhidmat dengan ATM sentiasa tebuka, tiada quota. ATM ialah voluntary service bukan national service macam Singapura. Hendak masuk sila, tak hendak tak apa. Tapi lepas tu jangan sibuk mengatakan ATM tak seimbang keanggotaannya.

Awanama berkata...

DASAR BIAWAK PAYA....
SUKA MEMAINKAN ISU PERKAUMAN.
MASUK RELA HANYA NAK MENEMBAK
DAN DAPAT KAD AHLI.
LEPAS TU JAJA JUAL EKOR HARAM !

"izin link bro"

blogenstarz berkata...

Izin copy n link

Awanama berkata...

Tentera Darat India mempunyai rejimen-rejimen yang berasaskan etnik. Rejimen-rejimen itu ialah Rajput, Jat, Sikh Light Rifles, Dogra dan sebagainya. Jeneral VK Singh yang mengetuai Tentera Darat India sekarang berbangsa Rajput. Dia pernah berkhidmat dalam Bn 2 Rejimen Rajput. Rejimen Jat dianggotai oleh etnik Jat.

Cari Blog Ini

Translate