Pengikut Blog Panglima

Translate

Video Pilihan

17 Disember 2010

PATUTLAH FELDA MAHU DIBURUKKAN OLEH PKR DAP PAS - INI SEBABNYA !!!

SEBENARNYA FELDA TELAH BANYAK BERJASA KEPADA ORANG MELAYU ISLAM SEJAK DULU HINGGA SEKARANG.

BAHKAN KAUM LAIN JUGA TETAP MENDAPAT KEBAIKAN DARI PROJEK FELDA SECARA LANGSUNG ATAU TIDAK LANGSUNG.

APABILA FELDA CUBA DIBURUKKAN SELEPAS PAKATAN GAGAL MENGHASUT AGAR MEREKA BENCI KERAJAAN MAKA TUGAS BLOGGER IALAH MEWAR-WARKAN DALAM BLOG APA YANG TELAH DIBUAT OLEH FELDA.

INI PENTING BAGI MEMASTIKAN FELDA TIDAK TERUS DIFITNAH DENGAN BERBAGAI TUDUHAN.

MOGA ALLAH MENOLONG KITA.


MOHON BLOGGERS SEMUA MEMBANTU USAHA MEMBETULKAN FITNAH YANG TELAH DIBUAT KALI INI PADA AGENSI KERAJAAN BERNAMA FELDA.





KEMUDAHAN KEPADA WARGA PENEROKA

Pelbagai program telah dilaksanakan di rancangan dan wilayah melibatkan penyertaan semua warga peneroka. Tumpuan aktiviti adalah kepada pendidikan, kesihatan, kerohanian dan pengukuhan institusi keluarga.



Dalam bidang pendidikan, penumpuan diberikan dalam pelaksanaan Pusat Literasi Keluarga (PLK) bagi kanak-kanak 3 hingga 5 tahun.Pusat Pemulihan Dalam Komuniti (PDK) FELDA, Pusat Tuisyen Wilayah dan Skim Tuisyen FELDA (STF) yang dilaksanakan dengan kerjasama Kementerian Pelajaran Malaysia. Program kemahiran generasi kedua diteruskan bagi melatih mereka dalam pelbagai bidang kemahiran di peringkat sijil dan diploma.



Di samping itu, pelbagai bentuk bantuan dan pinjaman turut disediakan bagi kemudahan warga peneroka. Kemudahan-kemudahan yang disediakan ini telah membantu meningkatkan pencapaian pendidikan dan kualiti hidup warga FELDA.



Penekanan dalam Modal Insan untuk generasi baru diteruskan melalui aktiviti-aktiviti kepimpinan, kursus dan latihan, program kerohanian, sukan dan kebudayaan serta badan sukarelawan. Melalui penglibatan dalam program yang dilaksanakan telah berjaya meningkatkan sahsiah dan jati diri serta bebas dari gejala sosial.


PENDIDIKAN



Pusat Pemulihan Dalam Komuniti (PDK):
PDK ditubuhkan bertujuan untuk menyediakan tempat bagi anak-anak istimewa di rancangan dan mereka akan diajar tentang kemahiran hidup. Kemudahan yang disediakan termasuk bangunan, kelengkapan dan peralatan yang sesuai serta tenaga guru dan penjaga/pengasuh. Dengan cara ini mereka diajar menguruskan diri dan secara tidak langsung berinteraksi antara satu sama lain. 

Pusat Literasi Keluarga (PLK)
PLK ini ditubuhkan sebagai tempat pembelajaran awal anak-anak peneroka berumur di antara tiga (3) hingga lima (5) tahun bertujuan untuk menggalakkan mereka berinteraksi sebagai persediaan memasuki Tadika. Kanak-kanak di peringkat umur ini perlu diberi pendedahan awal supaya merangsang minda mereka melalui aktiviti :
1) mencungkil kreativiti
2) membina personaliti
3) kemahiran berinteraksi
4) kemahiran sosial


PERMATA
Pusat PERMATA ditubuhkan dengan kerjasama Jabatan Perdana Menteri (JPM) merupakan usaha FELDA untuk memastikan kepentingan pendidikan awal kanak-kanak sentiasa diberi keutamaan. Pusat ini diwujudkan bagi kanak-kanak di rancangan yang berumur 5 tahun ke bawah (pra Tadika). Tenaga pengajar di pusat ini terdiri daripada golongan profesional/pemegang ijazah dan berkemahiran mengajar dalam Bahasa Inggeris. 

Projek PERMATA telah bermula pada tahun 2007 di Feldajaya Mempaga (Mac) dan Chini Timur Tiga (Julai) melibatkan kanak-kanak yang berusia di antara 1 hingga 4 tahun. Aktiviti yang dijalankan di PERMATA turut melibatkan peranan ibu bapa. Selain menjalankan aktiviti untuk kanak-kanak di bawah umur 4 tahun, PERMATA juga akan dijadikan Pusat Kecemerlangan Pendidikan dan Pembelajaran Sepanjang Hayat bagi Warga FELDA.
Asrama Semai Bakti (ASB)



Asrama Semai Bakti FELDA telah ditubuhkan pada tahun 1975 bagi menempatkan pelajar generasi baru FELDA di kalangan anak-anak peneroka dan kakitangan dari tingkatan satu (1) hingga lima (5). ASB dibina bertujuan memberi peluang kepada mereka untuk mendapat pendidikan yang sempurna di bandar-bandar utama. Pelajar-pelajar yang ditempatkan di ASB FELDA akan mendapat pendidikan di sekolah-sekolah terpilih di bandar. Selain dari kemudahan asrama, FELDA juga menyediakan perkhidmatan pengangkutan ke sekolah, kelas tambahan dan lain-lain keperluan pelajar.

Dengan kos pembinaan berjumlah RM21.7 juta, sebanyak tiga (3) buah asrama beroperasi pada tahun 2009:

Asrama Semai Bakti Kuala Lumpur (ASBKL)
Asrama Semai Bakti Johor Bahru (ASBJB)
Asrama Sri Semai Bakti Kuantan (ASSBK).

Semua kos perbelanjaan pelajar ditanggung oleh FELDA meliputi kos penginapan, pembelajaran termasuklah kos tuisyen, kegiatan kokurikulum, pengangkutan dan sebagainya. Seramai 12,030 orang pelajar telah dilahirkan daripada Asrama Semai Bakti FELDA sejak ditubuhkan pada tahun 1975 sehingga Disember 2009.

Skim Tuisyen FELDA (STF)
Matlamat STF ialah untuk meningkatkan prestasi akademik pelajar-pelajar rancangan dalam peperiksaan utama iaitu Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR), Penilaian Menengah Rendah (PMR) dan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). 



Program Skim Tuisyen FELDA 2008 (STF) telah dimulakan pada 1 Februari 2008 di semua sekolah rendah dan sekolah menengah dalam Rancangan. Sebanyak 370 buah sekolah yang terlibat iaitu 100 buah sekolah menengah dan 270 buah sekolah rendah. Seramai 58,966 pelajar yang terlibat seperti pecahan berikut:

Tahap             Bilangan

Tahun   5        14,351
Tahun   6        15,357
Tingkatan 3     14,579
Tingkatan 5     14,679

Jumlah            58,966

Guru pakar dari sekolah luar turut disediakan untuk Tuisyen Bahasa Inggeris bagi meningkatkan penguasaan bahasa tersebut di kalangan anak-anak peneroka.
Pusat Pembelajaran Sains (PPS)

FELDA dengan kerjasama Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) telah menubuhkan Pusat Pembelajaran Sains (PPS) pada tahun 2008. PPS merupakan satu projek khas bagi membantu pelajar FELDA yang mengikuti aliran sains tulin. 

PPS dilaksanakan di mana KPM menyediakan kemudahan infrastruktur iaitu bangunan, sekolah dan asrama, guru dan sukatan pelajarandan FELDA bertanggungjawab membiayai perbelanjaan elaun guru tuisyen, elaun penyelaras PPS, program–program tambahan seperti program topping-up, prep-class, program motivasi dan lawatan serta program bina insan dan pembangunan sahsiah.

PPS menyediakan program pembelajaran sains yang lebih terancang dengan kemudahan asrama dan tuisyen mulai Tingkatan empat (4).  Kelas tuisyen selama dua (2) jam seminggu ditumpukan kepada subjek sains tulin iaitu Fizik, Kimia, Biologi, Matematik, Matematik Tambahan dan Bahasa Inggeris.



Pelaksanaan Kelas Aliran Sains Tulin telah dimulakan pada bulan Febuari 2008 di 10 buah PPS bagi pelajar-pelajar dari kalangan anak–anak peneroka lepasan PMR yang memperoleh gred C dalam mata pelajaran Sains, Matematik dan Bahasa Inggeris.



Selain perbincangan dan bimbingan kepada pelajar seperti kelas tuisyen dan program topping-up, pelbagai aktiviti diselaraskan di PPS antaranya ialah program motivasi dan lawatan Career Explorer Camp  ke Petrosains di Pusat Latihan Petronas dan Akademi Laut Malaysia (ALAM), Melaka. Manakala untuk guru diadakan bengkel guru PPS bersama guru best practioner iaitu seorang guru bagi setiap subjek PPS (Matematik, Matematik Tambahan, Fizik, Kimia, Biologi dan Bahasa Inggeris).

BANTUAN DAN PINJAMAN MELANJUTKAN PELAJARAN KE IPTA/IPTS:

Selain kemudahan pendidikan, FELDA juga memberikan bantuan dan pinjaman kepada pelajar-pelajar yang layak dan cemerlang dalam bidang pendidikan.  Pelbagai bantuan disediakan bertujuan sebagai galakan dan membantu mereka mendapatkan kelulusan yang tertinggi.
Bantuan Pelajaran Tinggi

Skim Bantuan Pelajaran Tinggi diberikan kepada anak-anak peneroka yang layak dan berjaya melanjutkan pengajian mereka ke Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) atau Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) yang diiktiraf oleh kerajaan di peringkat Ijazah Sarjana Muda dan Diploma serta mengikuti pengajian sepenuh masa. 

Bantuan ini diberi untuk meringankan beban kewangan serta menggalakkan mereka meneruskan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi.


Skim Pinjaman Pelajaran Tinggi FELDA (SPPTF):
SPPTF ini diberikan bagi membantu anak peneroka mendapat sumber pembiayaan bagi meneruskan pengajian mereka di institusi pengajian tinggi. Pinjaman ini layak kepada semua anak peneroka yang bersama FELDA yang menuntut di IPTA/IPTS seluruh negara dan juga ditawarkan kepada mereka yang tidak menerima bantuan kewangan dari mana-mana pihak.



Biasiswa Kumpulan FELDA:
Pada tahun 2008, FELDA telah menawarkan sebanyak 20 tempat untuk Anugerah Dana Khas Pelajar Cemerlang 2008 pelajar lepasan SPM 2007 yang terdiri daripada anak peneroka dan anak kakitangan FELDA. Daripada jumlah tersebut, hanya seramai 14 pelajar yang didapati layak dan dihantar mengikuti program persediaan di beberapa institusi seperti berikut


Pada tahun 2009, FELDA telah mula menghantar pelajar ke luar negara. Seramai 36 pelajar telah dihantar ke Amerika Syarikat, United Kingdom dan Ireland bermula Ogos sehingga Oktober. Pecahan pelajar mengikut negara adalah seperti berikut :




LATIHAN KEMAHIRAN GENERASI BARU FELDA

OBJEKTIF PROGRAM
Program Latihan Kemahiran Generasi Baru dilaksanakan mulai tahun 2005 khusus bagi Generasi Baru peneroka lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang belum mempunyai pekerjaan tetap dan masih berada di rancangan.  

Program ini disediakan bagi melatih generasi baru dalam pelbagai bidang sebagai persiapan mendapatkan peluang pekerjaan yang sesuai apabila tamat menjalani latihan.  Setiap tahun FELDA memperuntukan sejumlah RM50 juta bagi program tersebut.



KURSUS-KURSUS YANG DITAWARKAN


Latihan Kemahiran kepada generasi baru dilaksanakan dalam 3 peringkat iaitu sijil, diploma dan ijazah. Program ini diadakan dengan kerjasama Agensi Kerajaan dan FELDA sendiri seperti GiatMARA, Institut Kemahiran MARA (IKM), Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN), Institut Latihan Perindustrian (ILP) dan Prodata.  

Kursus diperingkat sijil dibiayai sepenuhnya oleh FELDA meliputi tahap 1, tahap 2 dan tahap 3 yang menyediakan program kemahiran asas, pertengahan dan lanjutan dalam pelbagai bidang. 

Kursus peringkat diploma pula dijalankan di Universiti atau Kolej dan pusat latihan bertauliah yang diiktiraf di seluruh negara seperti Nilai University College, Akademi Laut Malaysia, UNITAR, UITM dan lain-lain.


Bagi kursus di peringkat sijil, FELDA menanggung sepenuhnya kos pembiayaan kursus manakala peringkat diploma dan ijazah, ia dibiayai dalam bentuk pinjaman tanpa faedah. Bayaran balik pinjaman hendaklah dilakukan oleh pelajar setelah 3 bulan tamat pengajian masing-masing.




GAMBAR TAMBAHAN :








3 ulasan:

Melayu Pasir Gudang berkata...

Tahniah Pang5. Seharusnya artikel ini di publishkan dalam akbar arus perdana, biar mereka tahu betapa FELDA telah berjasa kepada rakyat. Anak-anak dan peneroka FELDA yang mudah termakan hasutan pembangkang adalah dari kalangan mereka yang KUFUR nikmat. harusnya mereka di singkirkan dari FELDA. Dan yang lebih penting adalah mereka yang memusuhi FELDA adalah mereka yang beridologi Komunis dan anak haram kepada DAP. Hanya Komunis dan DAP sahaja yang tidak suka orang Melaya maju. Mazlan Aliman anak Gampang yang tidak sedar diri..

Tanpa Nama berkata...

nak dedah dedahlah,

tapi kena fikir apa untungnya kalau akhirnya ia merugikan bangsa melayu

melayu suka buka pekong sendiri, beritau semua bangsa dimalaysia bahawa melayu menipu

sikap melayu, suka fitnah bangsanya sendiri kerana itu akan memberi kepuasan kepada pihak yang memfitnah

kalau aku tak nak mengaku melayu pun kerana perkara perkara inilah

agaknya melayu ni kena tubuh secret society baru tau nak tutup mulut

usin berkata...

kalau nak carik kesalahan, korek kt mana2 pasti akan dapat. maklum la, manusia bukan sempurna. tapi bila buat kenyataan bodoh seolah2 felda langsung tidak pernah memberi bakti kepada rakyat terutamanya melayu, itu adalah fitnah. tukang fitnah pulak adalah anak melayu lahir di felda , konon pejuang parti islam. membesar dengan hasil felda, bersekolah dengan bantuan felda, bila dh besar mula nak menggigit felda. kurang ajar, biadap, x kenang jasa, derhaka punya manusia. parti islam sekarang dh banyak berubah. dah tak boleh harap, perosak masyarakat je kerjanya..

Cari Blog Ini

Translate