Pengikut Blog Panglima

Translate

Video Pilihan

29 Disember 2011

Mohon Sebar Tips Elak Jadi Mangsa Penjenayah Siber

Terdapat kumpulan yang telah memasang peranti pengintip pada laman web tertentu bagi mencuri maklumat "history" pada pelayar yang anda gunakan. Antara maklumat yang boleh dicuri ialah:
 
1.       Alamat email anda

2.       Alamat URL bagi setiap laman web yang anda layari menggunakan pelayar terlibat.

3.       "Session Cache" Kunci keselamatan yang disimpan bagi tempoh tertentu apabila anda mendaftar masuk secara online
(Kecuali laman web yang mempunyai protocol HTTPS seperti https://www.maybank2u.com.my/

4.       Gabungan Pengguna dan Katalaluan (Keyboard Monitoring).
 
Tujuan:

1.       Mendapatkan maklumat yang berkaitan dengan institusi bank secara online seperti Maybank2u, BankIslam, Public Bank dan lain-lain.
 
Operasi:

1.       Apabila memperolehi maklumat email dan URL yang berkaitan dengan bank, satu email yang mengandungi pautan URL akan dihantar kepada mangsa sebagai umpan.
 
Langkah Pencegahan:

1.       Jangan sesekali layan email yang mendakwa ia daripada institusi BANK tanpa mendapat pengesahan BANK terlibat.

2.       Jangan sesekali melakukan akses kepada BANK Online melalui pautan URL yang terdapat di dalam email.

3.       Jangan akses kepada BANK Online di Cyber Café atau mana-mana komputer yang tidak diyakini akan statusnya.

(Terutama komputer yang digunakan untuk melayari laman kategori 18SX atau memuat turun aplikasi yang telah ubahsuai "modification").
 
Sumber :  
 
Shared our Knowledge | My Hobbies

http://orelamo.blogspot.com @ http://jomblajar.blogspot.com
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Tiada ulasan:

Cari Blog Ini

Translate