Pengikut Blog Panglima

Translate

Video Pilihan

15 Mac 2012

Cikgu Abd Bashid Menulis Topik Sikap Blogger Yang Sepatutnya

 
gambar dari FB Cikgu Abd Bashid

1 Blogger UMNO atau boleh sahaja diperluaskan sebagai Blogger Barisan Nasional(BN) wajar membezakan dirinya dengan tipa dan kinda blogger pembangkang. Apa yang kita tidak suka berlaku pada blogger pembangkang, tidak sepatutnya berlaku kepada kita supaya pembaca blog tidak akan berkata yang kita sama sahaja dengan blogger sebelah sana.

2 Blogger memang muncul daripada manusia biasa, tetapi cara berfikir dan bertindak mereka bukan biasa-biasa. Mereka bukan sahaja individu yang dilihat mampu menggali masalah sehingga ke akar umbinya, tetapi mampu juga melakukan diagnosis dan mencadangkan solusi dan ubat yang tepat.

3 Ia boleh sahaja menerima sedikit imbalan daripada usahanya jika ada orang mahu memberinya, dan tentulah itu tidak salah. Tetapi ia tidak sepatutnya mencari makan dengan menyondol-nyondolkan kepalanya kepada seseorang lalu akhirnya membiarkan dirinya dipengaruhi oleh sikap orang itu sehingga sanggup pula menjadi musuh kepada sahabat partinya sendiri.

4 Kita boleh meminta dana atau sedikit peruntukan atas usaha kita sebagai satu cara untuk menyuntik semangat bagi meneruskan perjuangan memperkukuhkan parti dan negara, tetapi blogger tidak sepatutnya mencari sesuap nasi dengan blognya dan lebih hina daripada itu sanggup pula mengekang pemikiran merdeka dan cadangan bebas mereka dengan membiarkan dirinya dipengaruhi oleh cara berfikir dan bertindak seseorang yang dia sendiri di bawah pengaruhnya.

5 Blogger patut menjadi rakan jujur kerajaan dan parti dengan jiwa yang tenang lagi merdeka melalui garapan pemikirannya yang bitara, yang sarat dengan pelbagai cadangan dan pandangan strategik dan taktikal dengan hanya satu nawaitu iaitu untuk membantu usaha transformasi kerajaan BN yang sedang diusahakan oleh YAB DS Mohd Najib bin Tun Haji Abdul Razak, Perdana Menteri Malaysia dan Timbalannya dalam agenda yang dikongsi dan dihayati bersama untuk memperkukuhkan parti dan kerajaan.

6 Jika ia mahu berpihak juga ia hanya patut berpihak kepada parti, agama dan bangsanya. Jika ada individu yang mahu disokongnya individu itu tidak lain dan tidak bukan ialah Perdana Menteri dan Timbalannya.Itu pun bukan sokongan membabi buta tanpa alasan. Usaha transformasi dan agenda memperkukuhkan parti dan kerajaan itulah alasannya untuk kita menyokong mereka.

7 Seseorang blogger itu boleh sahaja menyokong individu tertentu yang diminatinya. Ini adalah fitrah manusia. Tetapi janganlah tendensinya untuk meminati seseorang sampai ia menjadi lupa bahawa ia bukan musuh kepada individu dalam partinya sendiri walhal individu yang dilayan sebagai musuhnya itu tidak ada dosa peribadi dengannya yang turut sama berjuang memperkasakan parti, agama, bangsa dan negara tetapi menggunakan cara dan taktik yang berbeza.


Baca lagi di sini sambungannya



Panglima : pandangan Cikgu Abd Bashid yang bernas ini sangat dipersetujui. Walaupun ia pahit dan pedas namun ia sangat perlu ditelan oleh blogger agar mereka kekal relevan kepada agama,bangsa dan negara Malaysia. 

Kerana itu sebagai blogger pro BN kita perlu membina imej yang bersih dan boleh dijadikan contoh oleh rakyat. Pandangan ini perlu kerana pengundi atas pagar bukan orang yang boleh menerima penjelasan yang emosi, kasar, penuh carutan, dan kosong dari fakta. Kekerasan perlu dilawan dengan kelembutan dan berapa ramaikah yang berubah kerana pendekatan kasar blogger pro Kerajaan melainkan ia perlu didahului dengan kelembutan dan kebijaksanaan !!!

Ingat kisah Nabi Musa a.s seorang yang gagah perkasa tetapi diperintah berbicara dengan penuh tertib dan yang boleh melembutkan hati Firaun dengan harapan beliau akan ingat atau takutkan Allah. Maka apakah ada lagi contoh lebih baik selain contoh ini yang jelas ditunjukkan oleh Al Quran dalam surah Toha ayat 44 ini ?


"Kemudian hendaklah kamu berkata kepadanya, dengan kata-kata yang lemah-lembut, semoga ia beringat atau takut". 


Kerana itu kempen anti-porno digerakkan semalam agar penulisan blogger tidak dicampurkan unsur lucah dan boleh merosakkan imej Kerajaan kerana ia disiar di blog yang menyerang Pakatan dan membela Kerajaan Barisan Nasional.

Mungkin pandangan ini silap namun marilah kita bersama fikirkannya...

Kecuali kita mahu parti dan Kerajaan kita digelar parti lucah dan mencarut...


nota : Cikgu Abd Bashid kerap berkongsi idea beliau di group Facebooker 1Malaysia...

Pesanan : satu group fb baru nama 'Facebooker 1Malaysia' telah diwujudkan oleh Panglima pada 6.6.2011. Sasaran 1 Juta sebelum 13 Julai 2012. Sila klik di sini http://on.fb.me/kFnvGS untuk join dan mohon jasa baik anda untuk disebar kepada kawan2 Fb anda. Terima kasih

3 ulasan:

Cheguman berkata...

Beliau bersama2 kita gerakkan BPN dulu.

Panglima Perang Cyber berkata...

ye betul cikgu...

zakzak berkata...

setuju.

saya menjadi penyokong A.B.A.I. kerana kerap membaca blog YB Zulkifli Nordin yang sarat dengan fakta dan hujah yang membuatkan saya berfikir kembali.

dan betul sebagai pengundi atas pagar, berpendidikan, cara bloggers yg penuh dengan caci karut marut tak berapa disenangi.

kita mahu menyokong dengan keyakinan, dan keyakinan hanya boleh diperolehi dengan fakta dan hujah yang kuat.

begitupun, saya masih lagi kritikal terhadap BN. but at least my vote would not be in the other direction.

Cari Blog Ini

Translate