Pengikut Blog Panglima

Translate

Video Pilihan

15 Mac 2012

@RafiziRamli Layak Jadi Pembaca Berita Astro Awani Isu Sambutan Harijadi dan Pertunangan Anak PM @NajibRazak

Melihatkan kesungguhan beliau membaca nota isu sambutan hari jadi PM di atas, terdetik di hati bahawa beliau layak menjadi pembaca berita untuk Astro Awani.


Lagipun untuk membaca berita, kemahiran membaca sahaja yang diperlukan tidak perlu ijazah yang tinggi. Ada juga yang berijazah tinggi namun pemikirannya serendah penganggur di kampung yang memikirkan perkara remeh temeh untuk dibesarkan menjadi isu.


Kita melihat tindakan Rafizi mendedahkan isu pertunangan anak YAB Perdana Menteri dan terbaru isu sambutan hari jadi, melambangkan kerendahan mentaliti beliau sebagai seorang pemimpin. Isu yang lebih besar sepatutnya dikupas dan didedah oleh beliau melibatkan kepentingan rakyat namun hanya itu sahaja yang mampu dicapai oleh beliau sebagai Pengarah Strategik PKR, ternyata mengecewakan rakyat.


Kalau setakat mahu dedah isu remeh seperti itu, baik kita lantik sahaja Adam Adli yang tentu boleh membuat perkara yang sama, bahkan boleh jadi lebih baik dari beliau kerana pernah baring atas jalan raya dan mencabut bendera.


Teruskan lagi Rafizi untuk dedahkan isu remeh Perdana Menteri, ia sangat menguntungkan kami kerana ia melambangkan tahap mentaliti anda dan Pakatan samada menjadi juara rakyat atau juara haprak.


Kepada Shangri La, nama baik anda sudah dicemarkan oleh perbuatan Rafizi dan jika anda tidak menyaman beliau ini bermakna Shangri La sudah tidak boleh dipercayai kerana membuatkan pelanggannya terhina bila maklumat peribadi dikeluarkan untuk keuntungan politik Pakatan.


Gaji PM sudah lebih dari mampu untuk membiayai kos tersebut.


Published with Blogger-droid v2.0.2

Tiada ulasan:

Cari Blog Ini

Translate