Pengikut Blog Panglima

Translate

Video Pilihan

25 Jun 2012

Dinar Emas KGT Didakwa Tiada Ciri Nilai Islam - Mantan Pengarah KGT Nik Mahani


Temuramah beliau disiarkan Buletin Utama TV3 semalam

Berita terdahulu :


KUALA LUMPUR 17 Jun - Kelantan Golden Trade Sdn. Bhd. (KGT) iaitu sebuah syarikat pengeluar mata wang dinar dan dirham milik penuh Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK) didakwa berhadapan dengan kemelut salah laku terutamanya melibatkan salah seorang pegawai kanan syarikat tersebut. 


Berdasarkan satu laporan polis yang dibuat oleh seorang pelabur Jepun, Takao Kono pada 28 Mei lalu, beliau mendakwa menjadi mangsa penipuan pegawai kanan berkenaan yang dianggarkan melibatkan wang berjumlah AS$1 juta (RM3.19 juta). 

Difahamkan pelabur Jepun itu sebelum ini dikatakan tertarik dengan perniagaan program syiling dinar dan dirham yang diperkenalkan oleh lelaki itu membabitkan KGT. 

Malah, pegawai terbabit dikatakan menggunakan nama dua sultan di negara ini dan juga Kesultanan Sulu, selain nama kerajaan Zimbabwe bagi mempengaruhi pelabur Jepun tersebut. 

Pelabur Jepun itu dikatakan telah menyediakan wang berjumlah AS$1 juta (RM3.19 juta) dalam masa satu bulan dan kemudian membeli emas serta perak untuk program perniagaan dinar dan dirham. 

Bagaimanapun, Kono kemudian ingin menarik diri daripada perniagaan tersebut selepas hilang keyakinan terhadap pegawai kanan itu, namun emas dan perak yang dibelinya dikatakan telah dihantar ke Kazakhstan. 

Bukan itu sahaja, terdapat satu lagi laporan polis yang telah dibuat oleh seorang individu warga Perancis bernama Mohamed Esfih pada 1 Jun lalu terhadap pegawai yang sama ekoran aktiviti keagamaan yang begitu meragukan dilakukan oleh lelaki itu di sebuah kondominium hampir setiap pagi Ahad. 

Menurut Mohamed, sepanjang beliau menyertai kumpulan itu kira-kira dua bulan lalu, didapati lelaki yang digelar sebagai "Sheikh" tersebut mendakwa dirinya dianugerahkan kuasa yang luar biasa. 

Sementara itu, bekas Pengarah Eksekutif KGT, Nik Mahani Mohamad juga telah membuat satu laporan polis di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur pada 31 Januari lalu berhubung salah laku dikatakan telah dibuat oleh pegawai kanan tersebut ketika memegang satu jawatan penting KGT. 

http://www.utusan.com.my/ 

Tiada ulasan:

Cari Blog Ini

Translate