Pengikut Blog Panglima

Translate

Video Pilihan

27 Jun 2012

@RafiziRamli Bukan Sahaja Hina Perdana Menteri @NajibRazak Bahkan Hina Bapa Mertua Beliau Yang Sudah Meninggal !!!


Pada saat 27.27 Rafizi Ramli telah memberitahu : semua  yang tak baik kebanyakannya datang daripada Rosmah dan Mansur.

Perbuatan melibatkan orang tidak terlibat dengan politik sebagai bahan ceramah adalah tidak beradab. Memberi ceramah politik tidak seharusnya melangkaui batasan menghina orang yang tidak bersalah seperti bapa isteri Perdana Menteri iaitu Encik Mansor Katas yang telah meninggal Ogos 2009 usia 84 tahun. 

Betapa benci Rafiz kepada Najib, Rosmah sekalipun jangan dijadikan nama orang yang telah meninggal dunia seperti bapa Rosmah sebagai sasaran. 

Perbuatan oleh pemimpin PKR ini sangat biadap dan tidak akan dapat dihapuskan dosanya oleh Allah kerana menghina maruah manusia itu termasuk bab Hablum Minannas. Meskipun kita sedar tahap pendidikan Rafizi yang hanya mendapat second class lower semasa menamatkan pengajiannya...

Bayangkan bagaimana perasaan kita jika bapa yang disayangi telah dihina di atas pentas ceramah politik oleh pemimpin politik disaksikan ribuan manusia dan ramai lagi di alam maya ? Adakah besar pahala atau dosa perbuatan yang dilakukan oleh manusia biadap seperti Rafizi Ramli ini ? Sudah tentu ia dosa yang besar kemurkaannya di sisi Allah.


Dalam satu artikel tentang bab akhlak di Berita Harian disebutkan :

" Rasulullah SAW bersabda dalam sebuah hadis bermaksud: “Sesungguhnya orang yang terdekat kepadaku di hari kiamat ialah yang terbaik akhlaknya.”

Sudah sepatutnya orang yang beriman dengan Rasulullah SAW bersemangat untuk menghiasi dirinya dengan semua bentuk akhlak mulia. Sehingga Rasulullah SAW mencintainya dan dekat dengannya di akhirat kerana sikap dan kelakuannya mengikut apa yang Baginda perintah.

Dalam hadis lain, Rasulullah SAW bersabda: “Sesungguhnya yang paling aku cintai di antara sekalian kamu dan paling dekat kedudukannya kepadaku di akhirat adalah mereka yang terbaik akhlaknya. Dan yang terburuk di antara kamu sekalian bagiku dan terjauh dariku di akhirat iaitu mereka yang terburuk akhlaknya. Mereka itulah ‘Tsarsarun’, ‘Mutafaihiqun’ dan ‘Mutasyaddiqun’.”

Maksud Tsarsarun ialah orang yang banyak cakap, mutafaihiqun ialah orang yang sombong dan mutasyaddiqun ialah mereka yang cakap tanpa berhati-hati. Justeru, sesiapa yang ingin dicintai Rasulullah SAW dan ingin dekat dengannya di akhirat, hendaklah ia memperbaiki perangainya dan bersungguh-sungguh hingga tercapai cita-citanya. "


Namun kita tidak pelik kerana perkataan pemimpin PKR semua sudah maklum tidak bersopan termasuklah oleh Ustaz mereka seperti Badrul Amin. Dengan kes ditangkap jam 3 pagi di dalam bilik hotel sudah tentu perkataan jahat yang keluar itu selari dengan perbuatan yang dilakukannya. 

Lihat pula Azmin Ali yang semakin teruk berperang sesama sendiri di dalam PKR - juga terkenal dengan perkataan BABI dan HARAMJADAHNYA. Maka jangan anda merasa hairan jika perkataan memburukkan orang lain menjadi zikir harian mereka di dalam ceramah terbuka.


Meskipun tidak suka, namun keterbukaan suara demokrasi di Malaysia membenarkan mereka melakukan ceramah dan menyebarkannya di dalam youtube. 

Aspek positif kita boleh ambil di sebalik insiden negatif ini ialah perbuatan seperti inilah yang akan menguntungkan UMNO/BN yang tidak menggunakan perkataan kasar dan kesat untuk menyerang peribadi lawan. Semakin ramai melihat gelagat biadap semakin ramai akan meluat kepada PKR termasuklah Pakatan Rakyat. Barangkali kita juga harus berterima kasih kepada Rafizi Ramli atas ucapan biadapnya yang akan menjadi sebab orang akan menolak PKR!

Namun selepas kita lihat video di bawah maka kita akan faham perbuatan tidak bermoral termasuk mengherdik wartawan wanita seperti video di bawah ini  adalah datang tidak lain tidak bukan Pemimpin utama PKR Anwar Ibrahim.  


Satu lagi insiden wartawan kena marah lihat sini :



Sekian, salam perjuangan.

1 ulasan:

nutyea berkata...

x mungkin la student yg dpt first class pointer in yaer one and two..ble graduated dpt second class lower..cuba pikir dlu sblum memfitnah..nk menipu birala cerdik skit..saya academician di IPTA..sy mahir sgt kiraan pointer student ni

Cari Blog Ini

Translate